Feri Pulau Pinang

6:21:00 PM

Assalamualaikum dan hi ^^

Baca surat khabar Metro, ada cerita tentang feri di pulau pinang..
hehe..teringat masa kecil-kecil dulu 
mama abah selalu juga bawa aku dan adik-adik ke Penang naik feri..
Best..berangin.. boleh tengok laut 
Rajin juga abah bawa aku naik ke tingkat atas feri.
Tingkat bawah untuk kenderaan..
Yang atas pula untuk pejalan kaki.
Masa itu, ada gerai juga kalau tak silap lah..
Aku pun tak pasti, sebab apa aku nak naik atas sangat.

encik kesayangan first time naik feri hee :)
Kali terakhir naik feri few months ago hehe...travel as pejalan kaki je..dan naik rapid hihi sekali dengan adik dan encik caviar.

Sedikit Info Tentang Feri Pulau Pinang
  • Perkhidmatan feri di negeri ini bermula pada tahun 1894 oleh pengusaha persendirian.
  • Feri pertama berbentuk kapal kecil yang menggunakan kuasa wap dan hanya boleh mengangkut penumpang dan barang dengan kadar yang terhad berikutan tiada kenderaan bermotor
  • Pelabuhan kini diuruskan oleh Penang Port Sdn Bhd dan menyediakan lapan buah feri iaitu Feri Pulau Undan, Feri Pulau Angsa, Feri Pulau Rimau, Pulau Pinang, Pulau Payar, Pulau Kapas dan Pulau Rawa.
  • Beroperasi pada jam 5.30 pagi sehingga 1.00 pagi.
  • Perjalanan feri mengambil masa 20 minit bagi menyeberang selat sejauh 3.2 kilometer.
  • Bayaran tiket bagi pejalan kaki (RM 1.20), kanak-kanak (RM0.60), basikal RM(1.40), motorsikal (RM2), beca (RM3) dan kenderaan empat roda (RM7.70). Untuk lori pula antara RM13.20 hingga RM27.50.
(sumber : Metro Ahad)

Jom mai jalan kat Penang!

You Might Also Like

8 comments

  1. mai dah penang
    naik feri duk depan skali mcm ni rasa mcm polis marin :P

    ReplyDelete
  2. hehehe amboiii.encik kesayangan tu kawan sy laaaa... hahahha

    ReplyDelete
  3. rindu nak naik feri kat Penang!dah bertahun tak merasa

    ReplyDelete
  4. Dayah dah lama tak naik feri , tak sangka la pulak harga still sama . Dalam 2 tahun , belum tentu kami masuk pulau sebab sesak laaaa , kami pulak spesies nak jalan lurus ja , hari tu pakai Gps still boleh sesat . Dok pusing kut batu feringgi ja .. Huhuhuuu

    ReplyDelete
  5. Dua taun lepas first time naik feri :D

    ReplyDelete
  6. Pernah 2-3x je naik feri.
    Tu pun lama dah..masa belajar dulu.

    ReplyDelete

Featured Post

Followers