Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Recently, di Facebook banyak yang sudi berkongsi-kongsi resepi.
Teringin nak cuba dan merasa cucur ayam tanpa tepung.
Jom !
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Resepi ni tetiba je muncul..olah dari basic crunchy chocolate chip yang dulu.
Masa kemas-kemas bahan tadi, nampak 2 bekas badam. Huu tarikh expired pula tinggal 2 bulan lagi.
sayang..takut membazir, buat cookies lagi la rini yeay!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Crunchy crumbly cookies are my favourite.
Finally, after several trials and errors,
dapat juga hasil cookies yang aku impikan hehe..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya aku tak sempat pun nak ambil proper picture sebab cepat sangat habis. Nasib baik aku ada simpan sikit dalam tupperware.
Assalamualaikum dan hi ^^
Sebelum ni ada buat orange chiffon cupcakes..
jadi ada lah lagi lebihan buah oren.
Tak ada siapa nak makan.
Alang-alang tu,
kita twistkan dan jadikan biskut oren pula.
Baru syok nak makan..hehe
(menambah kalori saja ja aku ni..)
Assalamualaikum dan hi :)
Resepi kali ini yang ingin dikongsi ialah simple crunchy butter cookies.
Sangat mudah dan tidak banyak bahan yang diperlukan. Semuanya juga mudah didapati.
Assalamualaikum dan Hi ^^
Waktu pertama kali tengok Anna Olson
mengajar cara-cara wat basic cupcakes dengan basic frosting..
terus terasa teringin nak mencuba.
Assalamualaikum dan hi ^^
Nak dekat dua hari tak on lappy..
Ni pun..post entry via mobile saja..
Blogwalking pun tak syok sebab limited kan melalui phone je..huu
Anyhow,aku nak kongsi satu resepi
Yang baru je aku cuba buat tadi hehe..
Sangat sangat excited sebab first time buat frosting just guna whipped cream..hehe
Selalu mesti tambah butter la..cream cheese..
kali ni tak !
kali ni tak !
Assalamualaikum dan hi ^^
Sebelum ini, aku ada beli puff pastry yang ready made dari supermarket
dekat rumah aku.
Excited sangat sebab dah lama teringin nak buat puff..tapi malas
nak buat pastry nya.
Assalamualaikum dan hi =)
Kali ini, untuk resepi aku nak share
tentang kek rainbow yang mudah dan sedap.
Aku ada buat untuk tiga versi,
iaitu first yang guna butter, second guna minyak masak dan last sekali
guna santan kelapa fresh punya.
Hasilnya?
Ada slight different dari segi teksur dan rasanya.
Tekstur boleh dibezakan, tapi rasanya hehe..yang guna santan rasa lain sedikit
berbanding guna minyak masak dan butter.
Jom usya =)
![]() |
| a. guna butter b. guna minyak masak c. santan kelapa |
Kek yang aku buat ni semuanya
versi kukus.
Kalau nak cuba guna oven, boleh try especially yang guna
butter.
Resepi Kek Rainbow Simple
Bahan Kering
- 2 1/2 cup tepung kek
- 1/2 tsp baking powder
- 1/2 tsp soda bikarbonat
Bahan Basah
- 2 biji telur gred A (besar nye)
- 1 cup susu sejat campur dengan sesudu kecil cuka epal/cuka makan (buttermilk)** kalau guna santan, tak perlu letak.
- 2 tbsp cheese cream
- 1 cup gula kastor
- 1 tsp esen vanilla
- 1 cup minyak masak / santan kelapa / butter
- Pewarna mengikut kesukaan.
Prosedur :
- Sediakan pengukus dengan api yang sederhana.
- Untuk bahan kering, ayak tepung kek dan campur kan baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
- Untuk bahan basah, putarkan gula, telur, cream cheese, esen vanilla dan **sekiranya anda nak guna butter atau minyak masak, masukkan pada peringkat awal ini. Putar sehingga kembang.
- Kemudian masukkan bahan kering tadi, berselang-seli dengan **buttermilk atau **santan kelapa.
- Bahagikan adunan mengikut jumlah warna yang diinginkan.
- Kukus selapis demi selapis warna.
- Apabila sudah siap dan masak, tutup api dan rehatkan kek terlebih dahulu sebelum memotong dan dihidang.
** Boleh salut dengan cream cheese frosting juga. Resepi cream cheese frosting.
Kek yang menggunakan butter lebih halus dan gebu. Manakala kek
yang menggunakan minyak masak dan santan kelapa agak moist dan fluffy.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum dan hi !
Seperti yang pernah dijanjikan sebelum ini,
aku nak share tentang resepi membuat cream cheese frosting yang super duper
easy!
Berikut antara resepi yang aku pernah gunakan bersama :
![]() |
| Chocolate Moist Cake with Chocolate Ganache and Cream Cheese |
![]() |
| Red Velvetine Cake with Cream Cheese |
Resepi Cream Cheese Frosting
- 250 gram cream cheese (dilembutkan)
- 3/4 gula icing (diayak)
- 50 gram butter (dilembutkan)
- 1/2 cup heavy cream / whipping cream
Prosedur
- Putarkan cream cheese dan butter yang telah dilembutkan sehingga sebati.
- Masukkan gula icing, dan putar.
- Akhir sekali, masukkan whipping cream dan putar sehingga berkrim.
- Simpan dalam bekas dan letakkan ke dalam peti ais untuk setengah jam sebelum digunakan untuk frosting.
- Selain untuk frosting, ia boleh disimpan lama dan disapu di atas roti atau makan bersama ice cream. Sedap!!
Selamat Mencuba !
Assalamualaikum dan Hi ^_^
Pernah makan butter cookies dip dengan caramel sauce tak?
hihi..one of my favourite snacks.
Caramel sauce banyak kegunaan.
Boleh dijadikan filling untuk yellow cake ataupun buttermilk cake
ataupun, kita keraskan dan salut dengan coklat
untuk jadikan manisan.
Sedap!
![]() |
| Steamed Yellow cake aka buttermilk cake with caramel filling |
Sharing recipe
- 1 cup gula kastor (210g)
- 6 tbsp butter (85g)
- 120 ml whipping cream / susu UHT
- 1/2 tsp vanilla essence
Prosedur
1. Panaskan gula dalam sauce pan pada api yang sederhana dan kacau sentiasa.
2. Sebaik sahaja gula mula mencair, dengan menggunakan whisk atau spatula kayu kacau lebih laju .
3. Apabila mula berubah warna kepada kekuningan atau amber, masukkan butter.
4. Tutup api, apabila ia mula nak mendidih dan dalam masa yang singkat, masukkan whipping cream.
Hati-hati takut terpercik gula panas.
5. Teruskan whisking sehingga smooth dan masukkan esen vanilla. Whisk lagi.
Siap !
Proses nak membuat memang leceh sedikit sebab
suhu memang memainkan peranan yang sangat besar. Kena sentiasa alert.
Kalau ada termometer kitchen, bagus la..
Boleh refer kat internet untuk resepi caramel yang terbaik punya.
Aku ni cikai je..haha..tawakal ja waktu buat.
Cuba jaya.
Boleh disimpan dalam bekas kaca seeloknya, pada suhu bilik (boleh tahan seminggu, bergantung)
atau simpan dalam fridge (boleh tahan lebih dari beberapa minggu, bergantung)
Kalau nak jadikan manisan, letak dalam freezer untuk cepat membeku.
Untuk dijadikan sauce pula, panaskan
dalam microwave atau double-boiler
sebelum dihidang.

**kalau korang tak faham ataupun nak lebih detail tentang cara-cara
pembuatan, boleh refer link dibawah ini.
Lengkap dengan gambar hehe..
Simply Recipes
Assalamualaikum dan hi ^_^

Pernah dengar 'buttermilk' tak?
kalau mereka yang rajin buat kek khususnya red velvet misalnya..
mesti familiar.
Familiar...yeap.. tapi korang tahu tak
apa fungsinya? kalau tak buat ada memberi kesan tak?
ada dijual ke? tak pernah jumpa pun..susah nak cari..
Apa bahan yang boleh digunakan nak buat sendiri buttermilk ni?
Ha..tudia..banyak persoalan..
sebenarnya..itu lah yang sering aku tertanya-tanya sebelum
aku mengenali dengan lebih rapat dengan buttermilk ni.
Jom terjah!

- Apa itu buttermilk?
Nama buttermilk, mesti ingat ada kandungan butter dalam liquid tu kan? sebenarnya, tiada kandungan butter ataupun level lemak yang tinggi dalam buttermilk. Sebaliknya, kadar lemak adalah kurang daripada susu biasa. Reason mengapa dipanggil buttermilk ialah buttermilk merupakan lebihan cecair yang terhasil sewaktu penghasilan butter daripada krim.
Rasa buttermilk ini, masam lebih kurang macam yogurt dan tekstur lebih kurang kental ataupun pekat sedikit daripada susu biasa. Ada pelbagai jenis penghasilan buttermilk, selain daripada penghasilan secara tradisional daripada pembuatan butter dari krim yang dinyatakan sebelum ini, iaitu secara kultur (untuk tujuan komersial) dan acidified (boleh dibuat homemade).
- Kegunaan buttermilk dalam masakan
Buttermilk bersifat acidic, dan akan memberi tidak balas kimia dengan baking soda. Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap teksture cake yang spongy dan crumb yang terhasil, selain daripada lebih ringan dan lembut. Kalau nak buat classic American pancake yang lembut tapi naik dengan cantik, sertakan buttermilk ini dalam resepi.
Di samping itu, ada sesetengah mengatakan ia juga membantu mempercepatkan roti untuk naik (untuk penghasilan roti).
Boleh dikatakan, buttermilk ini complementary terhadap penggunaan baking soda lah juga.Oleh kerana kebaikan tindak balas yang terhasil daripada kombinasi kedua bahan ini.
Baking soda memerlukan bahan acidic untuk menjadi aktif dan mengimbangi rasa, di situlah buttermilk ini berfungsi.
- Alternatif untuk Buttermilk
Buttermilk jarang dijumpai khususnya di Malaysia ini.. Jadi, apa kata kita cuba hasilkan sendiri.
Berikut antara alternatif yang boleh dicuba untuk membuat 1 cup buttermilk.
- 1 cup susu ditambah dengan 1 tbsp cuka, lemon atau buahan citrus. (biarkan 10 minit)
- 1/4 cup susu ditambah 3/4 cup yogurt asli (tanpa perisa)
- 1 cup yogurt asli
- 1 cup susu ditambah dengan 1 3/4 tsp cream of tartar
Susu yang digunakan boleh sama ada susu UHT atau pun susu cair.
Selalunya aku akan menggunakan campuran susu UHT dan apple cider vinegar/buahan citrus dalam kebanyakan resepi yang aku buat.
![]() |
| selain berguna untuk masakan, cuka epal ini pun aku jadikan toner pencuci hehe |
Sumber
Assalamualaikum dan hi ^^
Sebelum ini aku ada post tentang chocolate moist cake
version kukus nya, dengan topping
chocholate ganache dan sedikit lebih creem cheese filling dari
red velvet cake.
Jadi, entry kali ini aku akan share tentang resepi mudah untuk hasilkan
chocolate ganache.
version simple punya, tak susah dan rumit.
Beginner nye level. Advance punya, nanti aku share
selepas aku try okeh.
Bahan-bahan
- Resepi Simple Chocolate Ganache
1 bar coklat masakan
200 ml whipping cream
50 g butter
Prosedur :
1. Lembutkan butter dan coklat masakan (secara berasingan) dengan menggunakan kaedah double boiler ataupun dengan cara lebih mudah :
mangkuk kaca berisi kepingan coklat masakan yang telah dipotong kecil, diletakkan di dalam bekas
besi atau kaca juga yang berisi air panas. Jangan bagi kena air bahan itu ya. Paham tak?
huhu..kalau tak juga, kena search google k.
2. Masakkan whipping cream dalam saucepan ataupun periuk kecil, dengan api yang sederhana. Tutup api sebelum ia mendidih okay. (simmering only not boiling)
3. Masukkan coklat masakan yang dah lembut ke dalam whipping cream sambil dikacau. Kemudian, masukkan butter yang telah kita lembutkan tadi juga.
4. Kacau sehingga menjadi smooth.
Dah siap, boleh dijadikan sos coklat (kena panaskan sebab nanti dia mengeras), atau topping kek. Kalau nak keras sedikit, letak dalam peti ais untuk beberapa jam.
Kalau ada lebihan, boleh disimpan dalam peti ais juga dan tahan berbulan.
Selamat mencuba !
- Rainbow Cake
- Buttermilk Cake (Yellow Cake)
- Cream Cheese Frosting
- Caramel
- Buttermilk
- Simple Chocolate Ganache
- Kek Chocolate Moist
- Churros
- Nasi Kerabu Simple
- Beef Pepper Puff
- Whipped Cream Frosting
- Vanilla Cupcakes with Cream Cheese Topping
- Simple Crunchy Butter Cookies
- Cucur Jagung Sempoi
- Orange Cookies
**kalau suka, jemput klik butang donate di bawah ye..terima kasih =)**
Assalamualaikum dan hi ^^
Aku seorang yang mempunyai gigi manis (sweet tooth).
Memandangkan aku ada banyak masa, minggu ini sahaja
dah dua jenis kek aku buat.
Red velvet dengan chocolate moist cake cake.
Semua nye kukus sebab oven hamba ngongek dah..
suhu tak ley harap..
Kembali kepada tradisional la jawab nya.
Aku just nak share moist choc cake dulu sebab
red velvet dah habis huhu dan tak sempat grab picture.
Hehe..next time la kot insyaallah.
Harap maklum lah, aku ni tak pandai ambil gambar. tak tahu sudut mana
lawa. hehe..lagi pun, kalut nak makan je =P
Kek coklat ni, aku tambah coklat ganache dengan lebihan cream cheese dari
red velvet punya.
Dah cair pun huhu.
- Resepi Kek Chocolate Moist Kukus Style
Bahan A
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan air suam
2 biji telur
1 tsp vanilla
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan serbuk koko
Prosedur :
1.Sediakan bahan dan panaskan pengukus dengan api yang sederhana dahulu.
2. Ayak bahan B bersama, kecuali gula kastor dan serbuk koko.
3. Gaulkan bahan yang telah diayak tadi bersama gula kastor dan serbuk koko, hingga sebati.
4. Pukul minyak masak, susu pekat dan telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan esen vanila, dan pukul sebentar sahaja.
5. Masukkan bahan B yang telah diayak dan digaul bersama tadi kedalam adunan B, berselang seli dengan air suam , sambil memutar.
6.Tuang adunan kedalam acuan, dan kukus selama 40-60 minit.
7. Dah siap, keluarkan dan biarkan sejuk seketika.
Kek ini dah cukup moist.. Memang lembab.
Untuk resepi coklat ganache dan cream cheese , klik sahaja pada link
. Resepi sangat mudah, anda boleh sapu kat bun atau roti juga.
. Resepi sangat mudah, anda boleh sapu kat bun atau roti juga.
Assalamualaikum dan hi!
Aku nak share salah satu snek paling aku suka iaitu "churro" ataupun "churros".
Snek ini merupakan snek orang spanish dan dikenali sebagai "spanish doughnut".
Sangat popular di Spain, Portugal serta Amerika Latin.
Apa yang significant, dengan snek churros ini ialah bentuk nya ha..
Bentuk nya terhasil dengan menngunakan acuan yang nozzle nya berbentuk bintang.
Senang cerita, guna acuan semperit je.. =P
Sesuai dijadikan kudapan pagi mahupun untuk minum petang.
Ini dia homemade churros
Favourite aku, cicah dengan chocolate sauce. Hehe caramel sauce
sedap gak.. Nak ?
Resepinya cukup senang dan kalau korang pernah buat 'choux paste' untuk hasilkan cream puff atau eclairs,
lebih kurang sama sahaja.
Resepi Churros Bersama Chocolate Sauce
**Churros
1 cup tepung serbaguna
1 cup air
2 tbsp minyak sayuran ( aku pakai minyak sawit je)
1 1/2 tbsp gula halus
1/2 tsp garam
Cara-cara :
- Dengan menggunakan saucepan atau periuk kecil, panaskan air beserta gula, garam dan minyak di atas api sederhana. Kacau supaya gula dan garam larut.
- Apabila mendidih, tutup api dan letak saucepan ke tepi, lalu masukkan tepung.
- Kacau adunan sehingga dapat membentuk doh.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Isikan doh ke dalam acuan semprit dan squeeze kan ke dalam minyak yang panas. ( Hati-hati, takot terpercik minyak panas)
- Goreng sehingga keperangan.
- Dah siap, angkat.
- Golekkan churros atas gula dan serbuk kayu manis. (optional)
**Sos coklat
1/2 bar coklat masakan
100 ml susu UHT
2 tbsp susu pekat
Cara-cara :
- Cair kan coklat masakan di atas api yang kecil ( atau boleh guna teknik double-boiler)
- Sebaik sahaja coklat dah cair, cepat-cepat tutup api. (tak nak coklat hangus huhu)
- Masukkan susu UHT dan susu pekat. Kacau hingga sebati.
Siap!
Selamat Mencuba.
p/s: resepi sos karamel akan aku update kan nanti beserta resepi biskut mentega. Sedap
dicicah bersama hehe.


























