Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jalan-jalan di Kuching kali ni, nak bawa suami cuba ber'shell out' pula. First time aku makan shell out ni , masa di Bintulu di Seribu Bintang..orang Bintulu kalau sebut Seribu Bintang, confirm tahu.. entry lain , aku akan cerita pula na..hehe
Shell Hauz ni aku google dan waze je .. terletak di Metrocity, Matang ..berdekatan dengan hotel yang kami menginap iaitu Penview Hotel ( murah gila...selesa.. siap ada breakfast lagi for only RM70 per night).
sumber : Penang Cat Studio & Spa |
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah seronok sangat rasanya kali ini, dapat bercuti lebih lama di Penang.
Almaklumlah..sekarang ni tiga bulan sekali dapat balik. Kena bergilir.
tapi syukur, pertukaran kali ini diluluskan..but not to Penang la..
bertukar bahagian dari Bintulu ke Sri Aman..Nak dekat dengan suami
Walaupun still dipisahkan laut Cina Selatan dengan mak ayah tapi sekurangnya, tiket nak ke Penang sehala sahaja dari Kuching. Tak perlu lagi nak transit.. Apa apa pun , moga dipermudahkan.. siapa tak sedih tinggal jauh dari mak ayah kan..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam Muharram. Cuti-cuti ni kalau di semenanjung atau ada disamping keluarga, mesti best sebab terisi dengan macam-macam aktiviti. Memasak..berjalan dengan adik-adik tak pun, ziarah tokwan atau hadiri kenduri kendara.
Syukur, hee selesai sudah perkara paling last sekali bila buat majlis perkahwinan iaitu bila dah dapat ALBUM KAHWIN hihi..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekarang ni, cuaca terasa panas sangat. Dalam bilik , pun boleh terasa bahangnya.
Keraplah kita minum air. Aku di sini, tak ada penapis air, jadi selalu beli berkotak-kotak air mineral untuk simpanan nak minum. Kalau nak buat air panas ke apa, pakai air paip je la.. (pokai aku). Hidup menyewa lah katakan. Bukan rumah sendiri kalau nak pasang penapis sekali pun.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
seperti yang dijanjikan aku nak share khidmat wedding planner yang aku gunakan untuk merealisasikan hari bahagia kami berdua.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini teringin nak makan ayam goreng kunyit macam di restauran tu..
Jadi aku cuba resepi dari kak Azie.
Jom tengok apa bahan yang diperlukan dan cara nak masaknya !
Salam sejahtera, hari ini berkesempatan nak menyiasat kelebihan asid folik ni..hee
ada masa baca..ada lebih lagi masa, boleh berkongsi hasil dapatan.
Jom check it out !
Baca suatu artikel tentang persahabatan di internet.
Teringat zaman dulu-dulu.
Aku ada banyak kawan baik..
Banyak tu disebabkan semakin meningkat usia,
kawan-kawan pun dah makin berbeza.
Kadang-kadang ada yang terputus hubungan,
dapat kawan baik lain pula.
Masa tu, erti kawan baik bagi aku
ialah rakan yang sekepala
dan boleh buat geng serta bermain bersama.
Erti bagi seorang budak sekolah sahaja..
Bila dah menginjak ke alam dewasa,
baru lah aku faham kawan baik
ataupun lebih aku gemari sebagai
sahabat baik, sahabat dunia akhirat.
Yang membantu aku menjadi lebih matang,
saling membimbing ke arah kebaikan
dan sahabat yang boleh diharap
apabila ditimpa kesusahan, insyaallah.
Kawan baik pertama aku dahulu,
berbangsa Cina.
Kami berkawan sejak dari tahun satu hingga tahun 3.
Yang menarik tentang rakan aku ni,
dia yang jadi pakar pemakanan aku.
Kalau nampak aku makan keropok atau gula-gula sahaja waktu rehat,
mesti dia berleter punya.haha..
Dia cakap tak baik la..nanti sakit perut la..
Dia mesti akan teman aku pergi beli nasi atau nugget.
hehe..dia pandai..selalu ajar aku math.
Tapi persahabatan kami sampai tahun 3 sahaja.
Dia berjaya lompat ke tahun 5..kan ada PTS lagi masa tu.
Aku tak berjaya jadi masuk tahun 4 sahaja lah.
Makin lama, hubungan makin renggang.
Mulanya aku cemburu la juga, tapi lama-lama aku tak kisah dah.
Dia dah ada yang lain,
aku pun ada yang baru.
Rakan baik aku yang kedua pun Cina juga.
Kami sangat rapat.
Kami berdua pula join satu geng ni juga.
Kiranya kalau dalam kelas,
kami satu geng mesti akan jadi satu kumpulan.
Dalam group tu, aku dengan kawan aku sorang lagi je Melayu.
Yang lain semua chinese.
Memang rapat.
Pergi mana-mana pun mesti bersama,
especially dengan kawan baik aku tu la.
Hubungan kami tak terputus pun biarpun dah masuk sekolah lain.
Aku dengan rakan melayu aku seorang lagi dapat masuk sekolah berasrama penuh.
Rakan-rakan chinese yang lain sambung di sekolah yang sama..
Biarpun begitu,
kadang-kadang waktu cuti sekolah, selalu juga jumpa.
Rajin juga berbalas surat waktu aku tinggal di hostel.
Yang paling sweet bila kami hangout..( kawan Melayu aku jarang follow)
diorang semua chinese, and aku je Malay serta bertudung.
Time tu, ada orang tengok-tengok juga kami berlima.
Mungkin pelik, tah. hehe..tak pun, sebab aku ni berwajah chinese kot. haha.
aah tak kisah pun, janji happy.
Masa tu, birthday aku..diorang sambut and hadiahkan aku anak patung comel.
Our friendship lasts sampailah habis SPM,
dan masing-masing bawa diri haluan masing.
Ada yang sambung STPM, ada yang pergi overseas.
Jadi jarang dah la berhubungan.
Di sekolah menengah, aku berkawan rapat dengan seorang ni je.
Yang ni la kawan baik aku pertama di sekolah baru.
Dia dormate dengan aku biarpun kelas berbeza.
Tidur sebelah-sebelah sahaja.
Kami share everything.
Masalah, luahan semua.
She's still my good friend till now.
Tapi contact melalui FB and mesej je..
Aku segan nak berjumpa dengan any of my schoolmates.
huu..aku rasa aku masih tak berjaya lagi.
Diorang semua dah hebat-hebat..
Aku jadi segan, padahal kalau korang fikir alah..biasala tu.
Humm..in my situation..it's different. Enough then.
Masuk matriks pula..aku tak ada kawan baik..
cuma kawan nak pergi kelas sama-sama sahaja.
Tak ada yang sebaik dahulu aku rasa..
And lastly,
di universiti..barulah aku jumpa sahabat baik.
Kami berenam.
Asal pertemuan kami ada cerita yang tersendiri.
Tapi kami survive selama empat tahun di uni.
susah senang kami bersama.
Ada kala pernah juga bergaduh.
tapi kami baik semula.
Baik macam tak pernah ada hal sebelum ini.
Biarpun deep down of course ada parut,
tapi bila mengenangkan ada hikmahnya,
kami sentiasa bersama.
Pernah juga jadi konflik antara aku dengan mereka.
Namun akhirnya baik kembali apabila masing-masing mampu berfikir positif.
Rasa macam suatu keluarga dah.
Di samping aku dapat belajar banyak perkara melalui persahabatan ini,
kami masing-masing dapat berkongsi pendapat dan sebagainya.
Saling ingat mengingati.
Biarpun tak perfect, tapi sekurang-kurangnya mencuba ke arah yang lebih baik.
Bila ada yang susah, semuanya sama-sama terasa dan akan cuba membantu.
Biarpun tidak mampu sekali pun,
sokongan yang diberi pun sudah mencukupi.
Pernah juga jadi konflik antara aku dengan mereka.
Namun akhirnya baik kembali apabila masing-masing mampu berfikir positif.
Rasa macam suatu keluarga dah.
Di samping aku dapat belajar banyak perkara melalui persahabatan ini,
kami masing-masing dapat berkongsi pendapat dan sebagainya.
Saling ingat mengingati.
Biarpun tak perfect, tapi sekurang-kurangnya mencuba ke arah yang lebih baik.
Bila ada yang susah, semuanya sama-sama terasa dan akan cuba membantu.
Biarpun tidak mampu sekali pun,
sokongan yang diberi pun sudah mencukupi.
Syukur
Persahabatan itu masih terjalin.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi akhirnya aku telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan ku. Sudah tiga bulan bergelar suami dan isteri. Lain rasanya bila dah berumah tangga berbanding zaman bercinta dahulu hihi..
Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.
Kisahnya di SINI.
Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna. Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya...
Syarat-syaratnya :
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
- Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017.
** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...
** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...
Hampir 70% tubuh badan kita terdiri daripada air.
Jom lihat apakah punca-punca penyebab masalah dehidrasi ataupun perkara yang boleh menyebabkan tubuh kehilangan air.