Hidup Hanya Sementara

12:12:00 PM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam Muharram. Cuti-cuti ni kalau di semenanjung atau ada disamping keluarga, mesti best sebab terisi dengan macam-macam aktiviti. Memasak..berjalan dengan adik-adik tak pun, ziarah tokwan atau hadiri kenduri kendara.
Sedih dan bosan juga aku kat sini. Suami jauh, keluarga pun jauh. Tak ke mana pun cuti kali ni. Yelah, hujung bulan kan huhu..nak pi mana..stay kat rumah je la. Housmate pun sama cam aku. Krik..krikk..krik..

Bila sorang-sorang macam ni, rindu dan teringat pada orang-orang yang kita sayang.
Teringat moment dan kebiasaan yang selalu kami buat. Tahun lepas..dua tahun lepas dan bertahun-tahun yang lepas. hehe..throwback la kan..

Teringat arwah tok. Ingat lagi wajah dia , suara dia panggil nama aku. Cara dia gelak. Sedih dan sayu rasa. Sebab betul rasa kehilangan. Aku masa kecil tinggal dengan tok sebab ma abah kadang kerja dan outstation. Bila dah besar, tinggal asrama kemudian matriks dan universiti.
Jarang dah masa tu balik kampung tok dan tokwan.

Subhanallah..perasaan tu.. Rasa pelik, bila aku balik selepas tok meninggal. (aku tak dapat balik tengok arwah dikebumikan..ma kata tak dapat tunggu). 

Rasa macam arwah tok pergi jalan-jalan..pergi Langkawi or Kelantan ..(arwah suka melancong).
Rasa macam ada lagi ja..nanti tok balik la..
Huhu.. tahu tok tak kan balik lagi..tok pergi 'cuti' lama kali ni..

Sebak bila teringat balik.
Moga arwah tok dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dengan mereka yang disayangi Allah SWT.
Amin

You Might Also Like

3 comments

Featured Post

Followers