Wedding Planner : Syurga Cinta Abadi

10:29:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
seperti yang dijanjikan aku nak share khidmat wedding planner yang aku gunakan untuk merealisasikan hari bahagia kami berdua.

Macam mana aku boleh jumpa ? Melalui instagram.. saja search wedding planner area penang.
Banyak lah yang keluar, semua cantik cantik.
And then , i met page Syurga Cinta Abadi Wedding Planner.
Terus aku berkenan tengok pelamin serta design baju yang dipamerkan dalam page tu.
Tambahan, detail tentang harga pun siap ada.
So, tak menyusahkan customer nak tertanya-tanya..
Yelah, kadang tu kalau nampak pelamin cantik baju cantik..segan juga nak tanya harga hehe takut tak jadi ambil :P

Tapi page kak Ena ( panggilan mesra pemilik butik ini ) sangat mesra dan mudah untuk para pelanggan.
Aku tertarik dengan pakej masa tu, termasuk baju pelamin dan fotografer. Sesuai dengan harga dan bajet aku masa tu, tambahan memang aku mencari yang kalau boleh semua dah ada.
Caterer and tempat semua parents yang sediakan.
Part sal pelamin fotografer doorgift semua aku yang handle.
Jom tengok antara hasil kerja Kak Ena and the team .



Baju sanding, kami sewa baru..maksudnya, kita nyatakan design macam mana, warna dan bagi ukuran, kak Ena akan buatkan. ha... means, sewa baju baru la dan kita yang rasmi dulu hehe.


Aku teringin kepuk-kepuk kat bawah hehe tapi bersongket.
Memang pandai lah kak Ena design. Suka sangat baju sanding aku waktu tu. Teringat-ingat saat menyarungkan nya hehe



cey...kepuk-kepuk..flowy..princess sangat ahahahaha
fresh flower handbouquet free.


Ha,, kalau ada yang berminat atau sedang mencari wedding planner yang boleh cover all in one..
boleh usha-usha dulu instagram atau facebook fan page k :)
Jangan risau memang friendly dan sangat senang berurusan.

Terima kasih kak Ena ! Alhamdulillah


You Might Also Like

0 comments

Featured Post

Followers