Resepi Mudah Fetucinni Carbonara

9:00:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera !
Jom buat fetucinni carbonara..
senang dan sedap hihi
Bahan-bahan :
  • fetucinni
  • daging kisar
  • sos Prego Carbonara
  • 1 bawang besar, 4 bawang merah dan 2 ulas bawang putih
  • serbuk lada hitam
  • 3tbsp butter
Prosedur :
  • Rebus fetucinni sehingga lembut. (masukkan 1 tsp minyak ke dalam air rebusan, serta secubit garam)
  • Masukkan butter, dan tumiskan bawang besar, bawang putih serta bawang merah yang dipotong dadu.
  • masukkan daging kisar dan masak sehingga empuk.
  • Tuang 1 botol sos Prego Carbonara, kacau dan masak untuk seketika.
  • Masukkan lada hitam dan bahan sampingan seperti **meatball, sosej atau sebagainya
  • Siap dan boleh dihidang dengan fetucinni yang sudah lembut.
Bahan untuk meatball (optional) :
  • daging kisar
  • 1 biji telur
  • 1 bawang besar dipotong dadu
  • serbuk roti / oat / cornflake hancur
Prosedur :
  • Gaulkan daging kisar, telur, bawang besar serta serbuk roti hingga sebati dan tidak lembik (mampu dibentuk bebola.. kalau lembik lagi, tambah serbuk roti lagi)
  • Bulat-bulatkan dan terus goreng hingga keperangan.




You Might Also Like

5 comments

  1. senang ja kan resepinya. rajinnya buat bebola sendiri. kalau saya beli yang ready made terus ja. hehe

    ReplyDelete
  2. Wah sedapnya. Nak buat xboleh sebab duk hostel, so pi makan kat pizza je mampu. Lambat lagi cuti sem T.T
    Jemput singgah : Tieysmilez@blogspot.com

    ReplyDelete
  3. yummy... carbonara daging sedapnya. tapi fetucini kureng gemar sikit ;)

    ReplyDelete

Featured Post

Followers