Jenis-Jenis Baju Kurung Tradisional

9:30:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekarang ni, dah ada banyak jenis fesyen baju kurung yang lebih moden dan kotemporari.
Jom tengok, antara beberapa jenis kurung tradisional :)
  1. Baju Kurung Teluk Belanga ( baju kurung biasa )
Baju kurung ini turut dikenali sebagai baju kurung Johor dan mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar. Almarhum menetapkan supaya baju perempuan labuhnya hingga ke bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek. Kini, perbagai jenis modifikasi serta pengubahsuaian dilakukan seiring dengan perubahan fesyen.

sumber : Google Image
2. Baju Kurung Cekak Musang

Baju kurung ini lebih kurang seperti baju kurung teluk belanga, kecuali pada lehernya. Potongan baju ini dipercayai menerima pengaruh dari India dan China.

sumber : Google Image

3. Baju Kurung Kedah

Dipercayai berasal daripada Selatan Thai, kerana baju tersebut menyerupai blaus pendek dibuat singkat ke paras punggung di Selatan Thai. Baju kurung kedah boleh disifatkan sebagai pakaian seharian atau basahan. Kini, ia kembali popular dengan diberi suntikan baru dan gaya moden.
 
sumber : Google
4. Baju Kurung Pahang

Berbeza dengan pesak baju kurung, kedua-dua bahagian tepi baju kurung Pahang berpesak kembang dan disambungkan kekek gantung.

sumber : Google

sumber : Remaja









You Might Also Like

6 comments

  1. akak minat pada baju kurung cekak musang dan juga baju kurung pahang...dalam koleksi pun banyak yang itu jer...

    ReplyDelete
  2. wah! cantiknya baju kurung cekak musang, mintak mak buatlah lepas ni >.< *panggil mak*

    ReplyDelete
  3. sgt suka baju kurung pahang dr dlu lg.. :)

    ReplyDelete
  4. tak tau pulak baju kurung biasa tu nama baju kurung teluk belanga. hehe. tau pakai ja,nama pun tak tau. heheh

    ReplyDelete
  5. Pernah buat yang no.3 (putih) tu..
    Tapi, entah mana pi baju tu..tak ingat pulak.

    ReplyDelete

Featured Post

Followers