Resepi Crunchy Almond Cookies

10:00:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Resepi ni tetiba je muncul..olah dari basic crunchy chocolate chip yang dulu.
Masa kemas-kemas bahan tadi, nampak 2 bekas badam. Huu tarikh expired pula tinggal 2 bulan lagi.
sayang..takut membazir, buat cookies lagi la rini yeay!
Resepi Crunchy Almond Cookies

Bahan-bahan :

  • 1 cup tepung gandum (ayak)
  • 1/4 cup tepung jagung (ayak)
  • 1/2 tsp garam
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 1 biji telur
  • 150 g butter
  • 1/2 tsp esen vanilla
  • 1/2 cup gula kastor
  • 1/4 cup gula perang (optional)
  • 200 g badam (dikisar hancur)
Prosedur :
  1. Satukan bahan kering (tepung gandum, tepung jagung, garam dan soda bikarbonat)
  2. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius
  3. Putarkan mentega dan gula hingga kembang.
  4. Masukkan telur dan esen vanilla (kalau ada susu segar, masuk 1 tbsp..tak letak pun tak pa)
  5. Putar sehingga sebati, kemudian masukkan bahan kering sedikit demi sedikit.
  6. Akhir sekali gaul kan bersama dengan badam menggunakan spatula.
  7. Bentukkan cookies dan siap untuk dibakar selama 10 hingga 15 minit. ( kena tengok takut terlebih masak)
orang yang allergic kacang ni..tak boleh la ye..huu



You Might Also Like

7 comments

  1. wah, mak oi.. nampak sedapp sangat >.< saya boleh la makan kacang sikit2. hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Salin salin salin resepi .. thanks ^_^

    ReplyDelete
  3. rajin betul buat cookies. nampak macam sedap jugak. ^^

    baru perasan blog ni tukaq wajah. cute!^^

    ReplyDelete
  4. Akak banyak barang expired.
    Including lah badam.
    Dah buang dalam tong.

    ReplyDelete

Featured Post

Followers