Orange Cookies

10:03:00 AM


Assalamualaikum dan hi ^^
Sebelum ni ada buat orange chiffon cupcakes..
jadi ada lah lagi lebihan buah oren.
Tak ada siapa nak makan.
Alang-alang tu,
kita twistkan dan jadikan biskut oren pula.
Baru syok nak makan..hehe
(menambah kalori saja ja aku ni..)



Resepi Biskut Oren

Bahan-bahan
  • 113 g butter (lembutkan pada suhu bilik)
  • 3/4 gula kastor (boleh kurangkan sedikit kalau tak nak manis sangat)
  • 2 tsp zest oren ( parutan kulit oren)
  • 70 ml perahan jus oren
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 1/2 cup tepung naik sendiri
**Optional : nak tambah kekacang dan sebagainya..aku tak ada dalam stok..jadi naked cookies je la huu

Prosedur
  • Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
  • Putarkan butter bersama gula sehingga berkrim.
  • Masukkan esen vanilla, zest oren dan jus perahan buah oren dan putar sehingga sebati
  • Masukkan sedikit demi sedikit tepung sambil putar.
  • Scoop satu sudu besar dalam dulang pembakar yang telah dilenserkan dan bakar sehingga 10-15 minit.
  • Atau, anda boleh keraskan dalam peti sejuk untuk semalaman (pastikan wrap betul-betul adunan doh tersebut). Kemudian, keesokkan nya bila dah keras sedikit, uli sedikit kemudian terapkan dengan acuan cookies dan bakar macam biasa.
  • Setelah dibakar, biarkan dahulu biskut rehat dan sejuk dahulu.
Selamat mencuba!

You Might Also Like

3 comments

  1. wow... macam best je minum petang iola! =D

    ReplyDelete
  2. andaiii oven tak rosak, kang dah cuba... .____.

    ReplyDelete

Featured Post

Followers