Punca Kulit Berminyak

11:28:00 AM


  • Kerap Bersihkan Wajah
Individu yang mengalami masalah kulit berminyak sering dengan rutin mencuci kulit wajah dengan pendapat dapat mengeringkan kulit dan jerawat. Sebenarnya, cara ini adalah salah dan sebaliknya membuat kulit semakin berminyak.

Cucilah muka sebanyak dua kali sehari sahaja iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Itu memadai agar memastikan kulit muka tidak terlalu terdedah dengan klorin dan bahan kimia pada sabun pencuci.
  • Sering skrub
Menggunakan skrub terlalu kasar juga menjadikan kulit lebih sensitif sehingga mengakibatkan keradangan. Cara yang betul ialah dengan melakukan skrub sekali atau dua kali sahaja dalam seminggu. Pastikan skrub dari tekstur halus dan diurut lembut pada muka serta dibilas dengan air suam.
  • Sentiasa biarkan peluh kering sendiri
Antara punca kulit menjadi semakin sensitif ialah apabila peluh di wajah dibiarkan kering sendiri tanpa dibersihkan. Jangan biarkan peluh menyerap ke dalam kulit, bersihkan muka secepatnya supaya tiada kotoran yang tinggal,
  • Suka picit jerawat
Tangan gatal sememangnya adalah kebiasaan. Elakkan perkara ini kerana ia akan meninggalkan kesan parut selepas dipicit. Sebaiknya, gunakan krim jerawat untuk mengeringkannya dan biarkan ia hilang sendiri.
  • Menu Berminyak
Kerap mengambil hidangan berminyak antara penyumbang kepada masalah kulit berminyak. Kurangkan makan bergoreng dan amalkan diet yang sihat.
  • Kosmetik berminyak
Pastikan kosmetik yang digunakan tidak mempunyai kandungan minyak yang tinggi. Periksa label dan pilih hypo allergic dan oil free ketika membeli.

Sumber : Remaja Bil. 647

You Might Also Like

4 comments

  1. aduiii.. menu musim raya macam2.... huhuh xleh handle...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #7. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/08/senarai-url-blog-7.html

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing...
    info yang last tu miya baru tau..heheh

    ReplyDelete
  3. Huhahuha.. especially pasal peluh tu.. hmm..

    ReplyDelete
  4. Boleh refer sini ~ Skin Care. Alhamdulillah kulit dah tak berminyak macam dulu.

    ReplyDelete

Featured Post

Followers