Kelebihan Orang Rendah

8:30:00 PM



  • Lebih panjang umur :
Kajian terbaru di Sardinia dan yang diterbitkan di Jurnal Sains Kehidupan menunjukkan individu rendah cenderung untuk hidup dua tahun lebih lama berbanding mereka yang tinggi.

  • Lebih subur :
Menurut penyelidik Belanda, wanita yang lebih rendah cenderung mempunyai anak yang lebih banyak berbanding wanita yang lebih tinggi. Puncanya ? Masih belum jelas tetapi Gert Stulp, penyelidik kajian tersebut mengandaikan wanita bertubuh rendah menggunakan tenaga lebih banyak sewaktu bersetubuh.

  • Lebih kelakar :
John Schwartz, penulis buku Short: Walking Tall When You Are Not Tall menyatakan mereka yang rendah bekerja keras, bertanggungjawab dan mempunyai selera humor yang tinggi.

  • Kurang risiko kanser
Penyelidikan yang diterbitkan di The Lancet Oncology menyatakan wanita bertubuh pendek menanggung risiko kanser lebih sedikit berbanding wanita bertubuh tinggi. Bahkan penyelidik turut mendapati risiko kanser naik 16% bagi setiap kenaikan 4% tinggi badan wanita.

  • Pemain bola juga rendah
Jika anda seorang lelaki, jangan bimbang. Lihat pemain bola sepak yang lincah seperti Lionel Messi. Beliau bertubuh rendah tetapi berupaya meledak gol dan mengelecek bola dengan baik. Messi ramai peminat bukan?

Sumber : i-sihat

You Might Also Like

4 comments

  1. wahh bertuah la badan siapa yang rendah2 nie..:)

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. tergolong dalam kategori orang rendah jugak..

    ReplyDelete

Featured Post

Followers