Peribahasa Moden : Versi Geli Hati

6:30:00 AM


Peribahasa moden... Jom gelikan hati baca peribahasa moden ni  


  • BAPAK BOREK, ANAK RINTIK, EMAKNYA PASTI PETAK-PETAK.
  • ALANG-ALANG MANDI BIAR GUNA SABUN.
  • BERAPA BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI SEGUNI BERAS.
  • BIAR PUTIH TULANG, JANGAN KUNING GIGI.
  • CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI SHUTTLECOCK.
Sambung lagi..hihi

  • CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TAK RASA APA-APA PUN.
  • DARI MANA HENDAK KE MANA , KENAPA KAU TANYA,MENYIBUK PULA.
  • DI MANA ADA GULA DI SITULAH ADA GULA-GULA.
  • DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITULAH ADA KESAN KENA PIJAK.
  • DIAM-DIAM UBI, BERISI, DIAM-DIAM ORANG, BISU.
  • GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGAL DUNIA.
  • HABIS MADU SEPAH DIKITAR SEMULA.
  • SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA TINGGAL SIKIT.
  • HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAP.
  • HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK TAK APA.
  • HIDUP SEGAN, MATI DITANAM.
  • HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,LEBIH BAIK KALAU HARI TAK HUJAN.
Dan lagi...
  • JAUH DI MATA SAKIT DI HATI.
  • JIKA KAIL PANJANG SEJENGKAL,BELI LE KAIL YANG PANJANG SIKIT KALAU NAK NGAIL DI LAUT (BELI KAPAL TUNDA LAGI BAIK).
  • KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG, NAK MAKAN ESOK KAIS ESOK JELAH
  • KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG, SERI JADI ABU BAKAR.
  • KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE BAWAH.
  • KECIL-KECIL CILI PADI, KECIL LAGI BIJI CILI.
  • LEMBU PUNYA SUSU, CAP TEKO DAPAT NAMA.
  • MAKAN HATI BERULAM JANTUNG DENGAN JERUK BUAH PINGGANG DAN USUS MASAK KICAP.
  • MASUK TELINGA KIRI, KELUAR TELINGA KANAN, TERSUMBAT KAT MULUT, MELELEH KAT HIDUNG.
  • MEMBUJUR LALU, MELINTANG PUKANG.
Ada lagi...
  • ORANG MEMBERI KITA MERASA,ORANG TAK BERI KITA PAKSA DIA.
  • PATAH TUMBUH , HILANG REPORT POLIS.
  • PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, PONDAN TIANG TELEPON.
  • SAMBIL MENYELAM TENGOK KAPAL SELAM.
  • SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT.
  • SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA MAKANAN DI DALAM MULUT.
  • SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS.
  • SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK DAPAT MASUK OLIMPIK JUGA.
  • SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN HILANG PENDAPATAN, YANG PALING SESAL CUKAI PENDAPATAN
Akhir sekali,
  • TIADA ROTAN,PELEMPANG PUN BERGUNA. 


** sumber : whatsapp

You Might Also Like

6 comments

  1. hahahaha . comel lawak peribahasa moden laa ni . haha

    ReplyDelete
  2. kalau bersabor, sabor je ler.....:)

    ReplyDelete
  3. Hahahahah, kelakarnya ! Nak copy juga lah bagi kawan-kawan tengok..

    ReplyDelete
  4. hahahahaah lawak laaa.. paling lawak sepandai pandai tupai melompat =p

    ReplyDelete
  5. Pisang emas dibawa belayar,
    Kalau dah masak gorenglah..kenyang perut.

    ReplyDelete

Featured Post

Followers