20 Cara Untuk Membuatkan Roommate Anda Jadi Gila

11:30:00 AM




1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitahu kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik dan terangkan bahawa tak ada orang kat rumah. Unpack segala barang anda dan pergi tidur.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati”... horee…awak dah balik”. Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia “Sepatutnya... awak dah blah dah sekarang!”

3. Buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat-kuat. "Tolong, kat mana saya berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidur. Esoknya, kalau dia tanya, pura-pura tak tahu apa yang anda cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”



5. Beli pepokok bonsai. Bercakap dan tidur dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap “saya tak boleh hidup sebilik dengan awak lagi!” sambil keluar dan menghempaskan pintu bilik dengan kuat. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi!”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidur. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat “Horee…!”. Bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, awak rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk awak”. Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…saya dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Bagitahu dia yang  mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.

15. Duduk dan renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa kawan-kawan sekali sambil makan kacang dan popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. Cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada anda.

18. Pegang dan gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut awak hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Masa roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil kawan dalam 10 orang baca yasin ramai-ramai. Bila roommate terjaga pakat-pakat buat tak nampak apa-apa.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat..

**sumber dari : Facebook

You Might Also Like

9 comments

  1. hehe
    penah baca dlu ni n roomate penah buat yg lukis2 bulat2 kt tgn tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tak betul je baca benda ni kan hehe

      Delete
  2. hahahaahah kang rommate ckp kite ni mental pulak =p

    bole try ni ~_^


    anda ditag http://loveneddy.blogspot.com/2014/08/7-things-about-cik-nadyya-versatile.html

    ReplyDelete
  3. hahaha . memg jd gilaa sungguh ni nanti . haha

    ReplyDelete
  4. uiksss... masuk u nanti boleh gunaaa tricks ni. XDDDDD

    ReplyDelete
  5. hahahahhaa u make my day in the morning..... yeehuuuu ini lawakkk !!

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. good one xD Pernah tinggal kat asrama gak la.. haha.. semua orang pandang saya pelik semacam sebab gosok gigi jalan satu dunia xD

    ReplyDelete
  7. This is crazy.
    Haha..
    Please don't do to me.

    ReplyDelete

Featured Post

Followers