Review : The Face Shop Face It Oil Cut Pore Powder Pact

8:09:00 PM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen review, aku nak komen tentang produk dari The Face Shop, antara paling aku berpuas hati setakat ini iaitu Face It Oil Cut : Pore Powder Pact.

Ini merupakan pertama kali aku purchase compact powder dari The Face Shop dan sebelum ini aku pakai caca merba..macam-macam jenis compact powder mahupun BB cream. 
Tak ada yang dapat berikan finishing yang bagus serta mengawal minyak di wajah.
Selalunya, tak sampai 3 jam pakai dah rasa berminyak di hidung.
At the end of the day, hah.. berkilat-kilat jadinya..

Macam biasa, aku search dahulu, dan kebetulan satu hari singgah di outlet Face Shop. Promoter promote produk ini. Tengok harga..hehe..memang mahal dowh kalau nak banding compact powder aku selalu beli..RM79.90. Di tambah pula, dia promot dengan CC Cream yang menurutnya hot selling di situ. Yang tu pula harganya RM 129. Gulp! Kalau tak pernah cuba tu, rasa sayang juga la nak beli kosmetik product ni..
skincare lain..kosmetik ni..sebab aku jarang pakai, ye lah asyik berminyak berkilat. malas la..

Balik rumah dulu dan search reviews. Fikir punya fikir..beli je lah..Tapi yang CC Cream tu aku beli refill sahaja dulu hehe RM79.90. (Suruh adik belikan, aku tak ada masa hari tu)

So, dah nak hampir sebulan aku pakai. Alhamdulillah, tak ada masalah yang berlaku.
Kombinasi powder pact dengan CC Cream ni memang kebabom! Tahan lama.
Hanya pakai sekali sahaja. 
Before pergi kerja, lepas tu kalau nak touch up pun selepas solat, tak nampak bertepung. 



yang best nya, ada penghadang plastik kekal yang asingkan puff dan cake.
Jadi lebih bersih lah !  Selain itu, casing nya pun ley jadi cermin juga tau
Face It 
Oil Cut Pore Powder Pact
SPF25 PA++
Oil-free compact adhering to the skin as light as air for clump-free make-up even after several touch-ups

Mengandungi bahan semula jadi seperti ekstrak kacang hijau, birch dan curly dock untuk mengatasi masalah kulit serta mengawal pengeluaran sebum. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Komen Penggunaan :
- guna bersahaja ataupun selepas memakai CC Cream atau BB cream

Yang best : 
  • Wajah tidak kelihatan bertepung atau ada kesan bedak selepas di touch-up banyak kali.
  • Baik untuk mereka yang mengalami masalah kulit berminyak.
  • Ada penghadang plastik kekal yang asing kan puff dan cake
  • SPF25 PA ++ untuk perlindungan dari sinaran UV
  • Kemasan yang elok
  • Casing yang boleh bertindak sebagai cermin
Yang tak best :
  • Harga agak mahal, namun sangat berbaloi dan tahan lama
Nak beli lagi tak ? : Nak ! Sesuai untuk mereka yang tercari-cari compact powder yang sesuai untuk kulit berminyak khususnya.

You Might Also Like

5 comments

  1. wah. bestnyaa. nanti da keje bole try ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. cc cream sesuai utk daily use yg keje ..sng ..sapu2 dah cntik ...hehe

    ReplyDelete
  3. Betul tu :) kadang pakai cc cream pun cukup tapi nak extra tambah loose atau compact powder

    ReplyDelete
  4. First time dengar Face Shop.
    Dah lama tak beli powder.
    Dah 8 bulan stop pakai.

    ReplyDelete

Featured Post

Followers