7 Pintu Neraka

11:30:00 AM



  • Hawiyah
Neraka untuk mereka yang ringan timbangan amalnya, iaitu mereka yang hidup di dunia mengerjakan kebaikan bercampur keburukan. Sebagai contoh, wanita yang tidak mengenakan hijabnya, lelaki yang sering memakai sutera dan emas, mencari rezeki dengan cara yang tidak halal, memakan riba dan sebagainya.
  • Jahiim
Tempat penyiksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan diseksa dengan para sesembahan mereka. Syirik adalah dosa yang paling besar menurut Allah.
  • Saqar
Neraka untuk orang munafik, iaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan RasulNya. Mereka mengetahui bahawa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Rasulullah SAW, namun mereka masih meremehkan syariat Islam.
  • Lazhaa
Disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mahu bersedekah, membayar zakat atau bahkan menunjukkan muka masam apabila ada orang miskin datang meminta sedekah.
  • Huthamah
Neraka untuk mereka yang gemar mengumpul harta seperti emas, perak namun tidak mahu keluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini, harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminum sebagai seksaan kepada pengumpul harta. selain itu, penghuninya juga terdiri daripada mereka yang suka mengumpat dan mencela.
  • Sa'iir
Neraka untuk orang kafir dan orang yang memakan harta anak yatim dan kufur terhadap Allah Taala.
  • Wail
Neraka untuk para pengusaha dan pedagang yang licik, dengan cara mengurangkan timbangan. Barangan dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan kedalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. Selain itu, penghuninya juga terdiri daripada mereka yang lalai dalam solat dan meninggalkannya.

You Might Also Like

5 comments

Featured Post

Followers