Review : Etude House Ac Clinic Intense Red Spot Balm
11:06:00 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Produk yang ingin aku kongsikan kali ini ialah dari Etude House, antara yang terlaris selain rangkaian Baking Powder iaitu AC Clinic Red Spot Balm. Mengapa aku nyatakan disini produk ini antara yang terlaris?
Aku tertarik nak mencuba produk ini, disebabkan kadang kala jerawat suka timbul. Timbul sebiji boleh tahan lagi, ni tetiba bercambah. Uih..bintik merah-merah timbul. Jadi agak rimas juga.
Nak picit lagi teruk, kesan parut lagi.
Jadi terfikir nak cuba produk ini. Sebelum ini masa zaman sekolah dulu, selalu pakai Oxy tak pun tea tree oil.
Kesan nya boleh la tahan.. Yang ini, saja-saja nak cuba alang-alang masa itu ada promosi. Harga 1 set balm beserta mini cleanser ni hanyalah RM40 kalau tak salah aku. (aku beli atas talian)
Gunakan dengan applicator, lebih bersih dan hygienic. |
Pencuci muka |
- Sapukan balm pada kesan cela serta jerawat.
** aku tak beli set lengkap, jadi cuma guna balm ni bila jerawat muncul je. Sapukan before tidur, esoknya jerawat mengecut. Ambil masa 2-3 hari juga untuk pulih.
Yang best :
- mempunyai kesan pencerahan, sapukan pada cela secara konsisten, lama kelamaan parut akan pudar.
- bau ubat. (normal untuk ubat jerawat)
- murah
- dapat kecutkan jerawat yang baru tumbuh
- non comedogenic
- disertakan dengan applicator, memudahkan untuk mencolet sedikit balm dan dapat memelihara kebersihan
Yang tak best :
- bau ubat (sesetengah tak suka mungkin)
3 comments
Balik kampung sampai tercicir Cream Oxygen Cell :(
ReplyDeleteKalau ade tu jerawat kecut.
kite selalu guna oxy je. hehe
ReplyDeletetak pernah tau pun pasal produk ni.. dh start pakai eversoft muka okay. kadang2 pakai bedak sejuk pun jerawat surut. hehe
ReplyDelete