Tips Pikat Hati Si Dia

11:10:00 AM


♥ Senyum : senjata paling berkesan untuk memikat hati sesiapa pun.

♥ Pandai memasak : biarpun tidak sehandal ibu, namun jangan malu untuk tunjukkan yang kamu mampu untuk hidangkan sesuatu yang istimewa untuk nya.

♥ Berwatakan menarik : tidak semestinya kamu harus miliki wajah yang cantik. Cukup andai kamu bijak membawa diri serta mempunyai karakter tersendiri.

♥ Jujur dan merendah diri : tiada siapa yang selesa dan gemarkan dengan individu yang suka angkat bakul sendiri.

♥ Mempunyai tingkah laku yang baik : lemah lembut dan bersopan santun adalah sifat yang wajib dimiliki. Tiada gunanya kaya harta dan rupa tetapi miskin adab.

♥ Jaga cara pemakaian : cara berpakaian melambangkan keperibadianmu. Kebersihan serta menjaga penampilan adalah kunci kepada kepercayaan daripada sesiapa yang memandang.

♥ Bijak menyesuaikan diri : Jadilah seorang yang boleh berdikari dan tidak terlalu bergantung padanya sahaja.

♥ Terlalu manja : manja berpada-pada. Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku dapat memikat hati si dia. Jangan terlalu mengada ngada kelak ada yang rimas pula.

Sumber : Remaja bil 554

You Might Also Like

3 comments

Featured Post

Followers