Clearing Closet vs Preloved Items
10:30:00 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hujung minggu memang selalunya diperuntukkan untuk kemas bilik, baju , rumah , almari dan sebagainya.
Iron baju siap-siap untuk seminggu, di samping susun atur barang-barang yang nak digunakan supaya tak kalut mencari nanti. Tapi, lama-lama aku makin menjadi bosan dengan baju menimbun-nimbun.
Tambahan, perubahan saiz mendadak kadang besar, kadang kecil, singkat dan bla..bla..bla..
menyebabkan disimpan sahaja baju tu. Di tambah pula, dengan habit suka shopping baju ni, makin nak meletup la almari ni dengan baju yang nak dipakai, tak nak dipakai dan tak terpakai. huhu..
Dah banyak kali sebenarnya, aku keluarkan baju dan asingkan mana yang nak dan tak nak but end up simpan balik sebab rasa sayang dan rasa elok sangat lagi.
Nak bagi kat saudara pun, tak ada yang muat.
Jadi masuk dalam semula la, dari digantung, kemudian dilipat kecil-kecil. haha...
(Dah tak muat nak beli almari baru lagi, tambahan majoriti perempuan sahaja di rumah..almari masing-masing pakat nak meletup dah pun..haha)
Terfikir juga, nak menjual kembali preloved items ni especially yang masih sangat elok tapi sayang tak boleh nak dipakai. Contoh, ada skirt ni..warna electric blue..pakai sekali sahaja waktu annual dinner sebab theme color block. Lepas-lepas tu tak pakai dah..rasa rugi sangat, tapi time beli dulu tak fikir betul-betul (salah sendiri).
Ada banyak lagi yang pakai sekali dua ja..tak pakai langsung and masih elok lagi. Bila tengok baju baju macam ni rasa "ya Allah..membazir ja aku ni." Memang lepas ni beringat la masa nak beli. Make sure baju yang nak beli lagi ni, memang kena betul betul boleh pakai. Bukan untuk diperam. And ingat..memang la harga murah tapi hang memang akan pakai tak nanti ni iola?? (Habit buruk aku, pantang tengok sales atau jualan harga runtuh)
**korang ada suggestion any websites yang kita boleh jual preloved items kita tak? dulu ada pernah dengar, tapi tak ingat nama apa. Friendly Fashion dah ditutup pula last year..
atau just buat giveaway je kan haha..(ooh itu kena extra bajet lak..sebab postage ..)
anyway, baik aku asingkan siap-siap mana yang patut.
Cheerios
7 comments
Ehehee..biasalah perempaun, banyak mana pun baju, tetap rasa tak cukup..bila nampak je sales atau yang berkenan, mesti nak beli, kadang-kadang yang beli sebelum ni pun tak sempat nak pakai lagi..hehe.. ^_^
ReplyDeletesamalah ni..masalah orang perempuan.akak banyak simpan baju sebab badan kejap naik kejap turun.so terpaksa simpan walau almari dah nak meletup..huhu
ReplyDeleteSebenarnye saya dari dulu x faham maksud 'Preloved Item'. Ape ea?
ReplyDeleteWalaupun malu..tetap nak tanya.
preloved means previously owned heee..specifically by somebody, :D
DeleteWaahhh..banyak nye baju sampai nak meletup almari. Almari Fhatin pun same ke? Hehe..
ReplyDeletehaha sama ja :P, berkurang bila masing-masing balik semula kampus je hihi..cuti sem penuh balik :D
DeleteHuhuhu.. ni almari meletup.. saya pula rak buku meletup xD ada blouse dengan skirt je ka? :3
ReplyDelete