Homemade Toner : Apple Cider Vinegar

5:10:00 PM



Assalamualaikum dan hi ^^

Aku nak share tentang salah satu bahan yang boleh dijadikan sebagai toner harian,
iaitu dengan menggunakan apple cider vinegar atau dalam 
bahasa melayu nya, cuka epal.


Kat farmasi pun ada jual yang organic punya, 
yang ini aku beli dekat kedai agromas. Satu botol ini, RM14 je


eee..tak pedih ke? tak busuk ke?
hihi..tak pedih sebab kita akan campurkan bahagian air juga nanti, 
(janganlah pakai direct..huhu)

Bau itu memang ada..standard bau cuka la kan.
Aku pernah try untuk sebulan, dah alhamdulillah setakat ini
tiada masalah. Then, kenapa tak pakai dah?
Hihi..still pakai cuma ada masa nya..contohnya bila aku sekadar cuci muka
dengan air biasa sahaja atau selepas make up remove dengan baby oil.
Antara reason lain, ialah aku pakai toner dari body shop dan skinfood
pada masa tertentu.

Sebelum ini, aku runsing sebab tercari-cari bahan natural
untuk muka aku. seboleh-bolehnya rendah bahan kimia.
sebelum bertemu skinfood dan sebagainya, 
memang hari-hari aku prepare resepi untuk kulit.
Homemade memang bagus dan natural.. tapi kekurangan nya ialah
ia tak tahan lama sebab tiada bahan pengawet.
Jadi memang selalu la, lepas pakai letak dalam fridge.


Aku isi dalam bekas spray ni. Spray pada cotton pad,
dan sapu / cuci muka je.


Aku memang dah beli siap-siap kit travel ni kat guardian.
Murah sahaja, lebih kurang RM 14 boleh dapat satu set ini. Banyak function nya.

Okay, back to our topic for this post. Apple cider vinegar as toner.
Mana aku dapat idea ni? from miss google la..bermacam-macam website aku singgah dan baca
tentang penggunaan bahan ini. Dan kesemuanya, setakat aku cari adalah method yang disediakan orang putih. (mungkin sebab aku search dalam english kot)

Method yang dinyatakan ialah dengan menggunakan nisbah 30:70 iaitu 
30% cuka dan 70% air yang ditapis. Dan nisbah ni boleh ditukar mengikut
kulit. Kalau rasa pedih, tambah kan jumlah air.
Yang aku pakai 40:60..

Bagus ke pakai apple cider vinegar sebagai toner?

Ini ialah kaedah homemade..guna pun, guna bahan makanan.
Memang mengambil masa yang lama untuk lihat keberkesanan.
Tapi apa yang dapat aku nyatakan di sini, penggunaannya lebih kurang macam 
pembersih kotoran dan minyak di muka.

Ada dari beberapa website yang menyatakan, apple cider vinegar toner dapat
  • membantu mengimbangi pH kulit
  • membantu memulihkan acne dan parutnya
  • memutihkankan kembali bintik-bintik usia
  • mengecilkan pori-pori di wajah
  • kandungan malic dan lactic acid, membantu proses exfoliation serta menambah baik skin complexion
dan bermacam lagi.
Namun, ia bergantung sama ada kulit dapat tahan ke tak.
Sebab ada orang mempunyai kulit sensitif bukan?
jadi, cuba dalam jumlah yang sedikit dahulu. Bila rasa ok teruskan, jika tak hentikan.

Aku masih lagi menggunakan, cuma pada waktu tertentu
disebabkan aku ada menggunakan produk lain.
Bila aku rasa nak pamper wajah dengan scrub, cleanser dan mask natural homemade,
aku akan sertakan toner ini sekali. Kiranya, dalam seminggu itu ada hari-hari
untuk natural. Hehe..rajin atau tak je..kan?Even Scarlett Johanson pun include apple cider vinegar
dalam skincare routine dia.




Antara laman yang boleh korang study (ada banyak yang aku dig dulu tapi lupa dah) :

You Might Also Like

4 comments

  1. kedai agromas? huhu, first time dengar. teringin pula nak beli cuka epal ni

    ReplyDelete
  2. aah, sebenarnya cuka epal ada juga dijual di giant, tesco dan sebagainya ^^ cubala

    ReplyDelete
  3. seriously, i tk tahu.... pasni nak cuba la...

    entry terkini...Pilihan botol susu anak

    ReplyDelete
  4. Ohh ingat organichana product je ade

    ReplyDelete

Featured Post

Followers