Review : The Body Shop Satsuma Puree Body Lotion

5:00:00 AM





Assalamualaikum..

kali ni, aku nak cerita tentang produk The Body Shop yang aku beli dan dah cuba..
iaitu Satsuma Puree Body Lotion



Aku beli saiz kecik ni pun (60ml). Ada satu lagi saiz besar (250 ml)

Okay..sebelum tu, nak cerita sedikit tentang satsuma.. 

Satsuma ialah sejenis buah citrus, dan berasal dari negara China dan Jepun sebelum mula dieksport
ke barat.

Oleh kerana tergolong dalam keluarga citrus, buah satsuma ni memang kaya lah dengan vitamin C dan baik untuk kulit.

Baik, berbalik kepada produk tadi.
Bertindak sebagai lotion badan, produk ni tak berminyak dan sangat ringan untuk kulit.
Cepat menyerap dan sangat harum.
Bau buahan citrus ataupun macam orange. Rasa cam nak makan pun ada.

Produk ni dinyatakan sesuai untuk kulit normal tapi aku rasa kulit combination atau berminyak boleh guna sedikit kot sebab lotion ni sendri tak berminyak. Tak terlalu berkrim dan tak terlalu bergel sangat. Ringan dan cepat menyerap bagi pandangan aku.

Tapi untuk golongan kulit kering, lotion ni tak dapat memberi kelembapan yang optimum.



Aku akui, aku memang sangat suka. Cuma satu saja aku tak berapa berkenan..mahal hoho
botol kecik ni pun dah cost RM17.90. 

Overall :

Yang Best

*Ringan dan tak berminyak
*Cepat menyerap dan baik untuk kulit
*Bau citrus yang menyenangkan

Yang Tak Best

*Harga agak mahal 


Nak beli lagi tak? : Tengok bajet gak. Kalau dia bagi murah, jadi produk tetap kot 
haha angan la. Korang yang ada bajet lebih, cubala ^^

Rate:




You Might Also Like

0 comments

Featured Post

Followers