Ketahui Jenis Kulit Anda

12:11:00 PM

 

  Assalamualaikum dan hi !

Aku nak share tentang macam mana nak kenal pasti jenis kulit. Sebelum memilih dan membeli produk, kenalah tahu jenis kulit kita dahulu sama ada sesuai atau tidak. nanti silap produk, haa..habis kulit tu..

Sebagaimana yang kita tahu, kulit ni merupakan organ terbesar sekali dan berfungsi untuk melindungi badan kita. Ketebalan kulit adalah berbeza mengikut bahagian. 

Dan selalunya, kita ni melebihkan penjagaan kulit di bahagian muka berbanding kulit kaki, kulit paha.. hehe tak adalah..kalau nak kulit sihat overall, kena sihat dari dalam lah kan..sayuran dan buahan khususnya yang banyak vitamin C dan E antaranya yang terbaik lah selain banyak kan minum air untuk kekalkan kelembapan kulit.

Selain itu, penjagaan luaran pun penting untuk mengekalkan dan menambah baik kecantikan kulit. 

Secara amnya, jenis kulit adalah berbeza bagi setiap individu dan jenis treatment, krim , produk dan sebagainya pun berbeza mengikut individu.

Kalau produk A ni sesuai untuk Timah, tak semestinya juga sesuai untuk Tijah. Jadi, dengan memahami beberapa kategori jenis kulit penting untuk kita tahu kulit kita adalah jenis apa.

Bila dah tahu, kulit jenis kategori apa, senang bila kita nak pilih pencuci dan sebagainya.


Antara kategori kulit termasuklah kulit normal, berminyak, sensitif, kering serta kombinasi bergantung kepada kandungan air, lemak dan tahap sensitif kulit.

Kandungan air dalam kulit penting untuk keselesaan dan keanjalan manakala kandungan minyak pulak mempengaruhi tekstur kulit. 


Berikut adalah ciri-ciri kebiasaan bagi setiap kategori kulit : (may varied according to people k):

  • Kulit Normal
**Kulit jenis ni tak terlalu kering dan tak terlalu berminyak
** Tidak mempunyai masalah sensitif atau alahan yang terlalu teruk

** Pori-pori di wajah pun tak begitu jelas kelihatan/tak terlalu nyata


  • Kulit sensitif
**kemerahan
**rasa gatal-gatal
**rasa macam panas di wajah
**kekeringan terlampau

Kalau korang ada simptom macam ini, cuba kaji benda apa yang membuatkan berlaku alahan kat muka dan elakkan dari menggunakan. Kadang-kadang ada certain chemical substances dalam produk itu yang kulit korang tak dapat terima.

  • Kulit Berminyak
**Pori-pori besar dan kelihatan
**Wajah kelihatan berkilat dan kusam
**Banyak berlaku jerawat dan blackheads bagai

Kulit jenis ini seharusnya guna produk yang noncomedogenic..supaya liang pori tak tersumbat dan menyebabkan jerawat. Kadang-kadang, tahap oiliness bergantung kepada pemakanan, stress dan sebagainya. Kulit ni kena extra care skit..sebab kecenderungan nak tumbuh jerawat memang tinggi

  • Kulit Kering
**Pori pori hampir kelihatan 
**Kulit kusam dan kasar
**Tak anjal
**Ada garis garis halus
**Bila cuaca kering, kulit jadi merah dan merekah kalau teruk sangat. Berlaku iritasi

Kadang-kadang faktor bahan dalam cleanser misalnya boleh menyebabkan kulit jadi sangat kering. Kulit jenis ni kena extra mosturize untuk menghidrasi kulit.


  • Kulit Kombinasi
**Kebanyakan orang miliki kulit jenis ni
** Kadang -kadang berminyak kat certain areas je especially kat bahagian T-zone (hidung, dahi dan dagu) dan kering atau normal di bahagian lain.

Faktor pemakanan pun boleh mempengaruhi penghasilan minyak di muka.

So, ni saja yang aku nak share. Korang ley cuba kuiz kat sini untuk mengetahui jenis 
kulit korang.

Selain itu, kalau nak cuba kaedah ini pun ley gak.

Semoga dapat membantu 


Sumber : 




You Might Also Like

1 comments

Featured Post

Followers