Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Recently, jadi viral di social media tentang teknik contouring.. to be honest, aku bukan seorang yang suka bermake up..nak pakai bedak pun malas..oho.
Cleaning our makeup brushes are essential.
It is vital for us to care about the hygienic aspects especially with tools or applicators we used for our skin ♡
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Buka dashboard Adsense, dicadangkan untuk test sama ada blog aku ni mesra mobile atau tak..
Apa lagi..cuba je la hee
Yeay! mesra nya...
Korang kalau nak test..Klik link bawah ni ye
| credit to Google |
- Ketika memilih kasut, sebaiknya jangan terburu-buru agar kasut yang dibei selesa dipakai dan fesyennya bersesuaian dengan penampilan diri.
- Jangan sesekali membeli kasut pada waktu pagi keran ketika itu kaki belum mengembang pada ukuran maksimum.
- Minum air rebusan daun,akar,kulit kayu,batang dan bunga kari.Ia akan melegakan sebarang gangguan dalam perut.
- Makan daun kari secara mentah untuk mengatasi cirit-birit.
- Buat teh daripada daun kari yang kering dan minum airnya.Khasiatnya dapat menambah selera makan dan mengurangkan muntah-muntah.
- Jika terkena patukan ular,minum campuran daun kari yang telah dikisar dengan kunyit mentah dan garam.Ini adalah langkah awal sementara mangsa dibawa ke hospital.
- Untuk kanak-kanak yang mengadu sakit perut,minumlah campuran jus daun kari.
- Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masakkan ia sehingga hangus.Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
Sumber : Legacy Secret Trading
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Simple sahaja tutorial kali ni iaitu cara nak disabled word verification.
Word verification ni ada sesetengah tak kisah, (tak kisah kalau senang) tapi ada juga yang boleh timbulkan kemarahan (kalau jenis yang berbelit-belit, tak nampak) sampai readers pun boleh rasa segan atau malas nak drop komen nanti sebab asyik salah je. hehe..
" Bacalah selalu 'La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin' kerana kalimah ini memiliki RAHSIA untuk HILANGKAN SEGALA KESUSAHAN " - Ustaz Kazim Elias (@UstazKazimElias
| sumber : Google |
Asma adalah penyakit yang disebabkan keradangan di saluran udara paru-paru. Apabila terdedah dengan bahan yang boleh mencetuskan keradangan, dinding saluran udara ke paru-paru akan menjadi tebal dan saluran tersebut akan menjadi sempit.
Tips yang berikut diharapkan dapat membantu mengurangkan serangan asma.
Setiap gadis mengimpikan kulit yang cantik dan flawless, ala-ala wanita Korea.
Kini, perbagai jenis produk kecantikan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Di sini, Iola nak kongsikan antara vitamin yang sangat baik untuk kulit agar lebih cantik dan sihat.
Jenis kulit adalah berbeza bagi setiap individu.
Justeru, adalah penting untuk memilih produk yang tertentu dan bersesuaian.
Selain itu, faktor usia juga memainkan peranan penting juga.
Sebagai contoh, produk penjagaan kulit yang memfokuskan anti penuaan tidak semestinya sesuai untuk semua golongan khususnya bagi remaja.
Kulit remaja memerlukan penjagaan yang berbeza berbanding kulit orang dewasa.
Kebiasaannya, remaja berhadapan dengan masalah jerawat serta kulit berminyak.
Jom tengok apa yang kulit remaja perlukan !
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ni untuk tips skincare, aku nak kongsikan antara bahan yang baik dan sesuai untuk dijadikan masker mingguan korang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Review kosmetik kali ini ialah tentang gincu yang baru aku beli beberapa minggu lalu. Memandangkan gincu yang lain dah lama and some were already outdated (aku jenis cepat jemu dan sometimes malas nak pakai), teringin nak cuba something new.
- Kerap Bersihkan Wajah
Individu yang mengalami masalah kulit berminyak sering dengan rutin mencuci kulit wajah dengan pendapat dapat mengeringkan kulit dan jerawat. Sebenarnya, cara ini adalah salah dan sebaliknya membuat kulit semakin berminyak.
Cucilah muka sebanyak dua kali sehari sahaja iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Itu memadai agar memastikan kulit muka tidak terlalu terdedah dengan klorin dan bahan kimia pada sabun pencuci.
- Sering skrub
Menggunakan skrub terlalu kasar juga menjadikan kulit lebih sensitif sehingga mengakibatkan keradangan. Cara yang betul ialah dengan melakukan skrub sekali atau dua kali sahaja dalam seminggu. Pastikan skrub dari tekstur halus dan diurut lembut pada muka serta dibilas dengan air suam.
- Sentiasa biarkan peluh kering sendiri
Antara punca kulit menjadi semakin sensitif ialah apabila peluh di wajah dibiarkan kering sendiri tanpa dibersihkan. Jangan biarkan peluh menyerap ke dalam kulit, bersihkan muka secepatnya supaya tiada kotoran yang tinggal,
- Suka picit jerawat
Tangan gatal sememangnya adalah kebiasaan. Elakkan perkara ini kerana ia akan meninggalkan kesan parut selepas dipicit. Sebaiknya, gunakan krim jerawat untuk mengeringkannya dan biarkan ia hilang sendiri.
- Menu Berminyak
Kerap mengambil hidangan berminyak antara penyumbang kepada masalah kulit berminyak. Kurangkan makan bergoreng dan amalkan diet yang sihat.
- Kosmetik berminyak
Pastikan kosmetik yang digunakan tidak mempunyai kandungan minyak yang tinggi. Periksa label dan pilih hypo allergic dan oil free ketika membeli.
Sumber : Remaja Bil. 647
Senaman merupakan faktor terbesar sekiranya anda mahu meningkatkan ketinggian.
Mengetahui jenis senaman yang betul dapat membantu perkembangan tulang belakang anda.
Regangan adalah bentuk latihan yang terbaik boleh dilakukan. Selain itu, anda juga boleh melakukan latihan gantung atau bergayut. Lakukan selama tiga hingga lima minit atau mengikut kemampuan anda sendiri.
Selain itu, berenang juga antara aktiviti regangan yang turut menolong anda meningkatkan ketinggian
Di samping aktiviti regangan dan senaman, terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil perhatian serta boleh anda lakukan :
• Jarang bersarapan :
Sarapan pagi amat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pilih makanan yang tepat dan jauhi makanan yang tinggi dengan gula, lemak dan terlalu masin.
• Makanan bebas lemak :
Sebenarnya makanan bebas lemak bukan bermakna makanan tersebut mengandungi kalori yang rendah. Semak kandungan pada makanan tersebut sebelum memilih makanan yang sesuai.
• Hanya salad :
Salad mengandungi kalori yang tinggi jika dinikmati dengan keju, roti kering dan kuah berlemak tinggi.
• Memilih jus buah-buahan :
Buah-buahan segar adalah lebih baik daripada jus. Ia bukan sahaja kaya dengan serat, malahan tidak mengandungi gula tambahan.
Sumber : Remaja bil. 554
- Resume memainkan peranan yang paling besar. Jangan ambil mudah kerana tanpa resume kamu tidak akan dipanggil untuk temuduga, dan tanpa temuduga? bermakna tiada pekerjaan.
- Impression akan membantu anda mendapatkan lebih perhatian. Tetapi imej yang sengaja dibuat-buat, cita-cita yang tidak realistik dan sikap menunjuk-nunjuk hanya menemui kegagalan.
- Tunjukkan sikap yang komited, dapat menjalankan tugas dengan baik dan bersedia untuk belajar.
- Jangan menipu atau memanipulasi keadaan kerana buruk padahnya jika diketahui. Sebaliknya bersedia dengan jawapan yang menyakinkan dan rangka jawapan sendiri agar lebih berkesan.
♥ Senyum : senjata paling berkesan untuk memikat hati sesiapa pun.
♥ Pandai memasak : biarpun tidak sehandal ibu, namun jangan malu untuk tunjukkan yang kamu mampu untuk hidangkan sesuatu yang istimewa untuk nya.
♥ Berwatakan menarik : tidak semestinya kamu harus miliki wajah yang cantik. Cukup andai kamu bijak membawa diri serta mempunyai karakter tersendiri.
♥ Jujur dan merendah diri : tiada siapa yang selesa dan gemarkan dengan individu yang suka angkat bakul sendiri.
♥ Mempunyai tingkah laku yang baik : lemah lembut dan bersopan santun adalah sifat yang wajib dimiliki. Tiada gunanya kaya harta dan rupa tetapi miskin adab.
♥ Jaga cara pemakaian : cara berpakaian melambangkan keperibadianmu. Kebersihan serta menjaga penampilan adalah kunci kepada kepercayaan daripada sesiapa yang memandang.
♥ Bijak menyesuaikan diri : Jadilah seorang yang boleh berdikari dan tidak terlalu bergantung padanya sahaja.
♥ Terlalu manja : manja berpada-pada. Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku dapat memikat hati si dia. Jangan terlalu mengada ngada kelak ada yang rimas pula.
Sumber : Remaja bil 554
◆ uruskan jadual untuk belajar dan bekerja sebaik mungkin.
◇ dalam kesibukan belajar dan bekerja, cuba curi sedikit masa untuk kamu berehat. Reahat perlu untuk kembalikan tenaga.
◆ Jangan suka menangguhkan sebarang kerja sama ada tugasan kuliah mahupun tugasan di tempat kerja kamu.
◇ pastikan segala yang kamu mengikut perancangan bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
◆ pastikan komitmen belajar dan bekerja seimbang
◇ untuk kemudahan kamu, cari tempat kerja yang hampir dengan rumah kamu.
Sumber : Remaja bil. 554






