Review : Revlon Super Lustrous Lipstick Cream

9:30:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Review kosmetik kali ini ialah tentang gincu yang baru aku beli beberapa minggu lalu. Memandangkan gincu yang lain dah lama and some were already outdated (aku jenis cepat jemu dan sometimes malas nak pakai), teringin nak cuba something new.

Ini merupakan pertama kali aku menggunakan gincu dari Revlon dari rangkaian Super Lustrous Lipstick Creme.
Pilihan warna untuk aku ialah Kiss Me Coral (750).




Warna ini aku suka sebab not too bright but not too dull. Gincu jenis matte ini tidak terlalu shiny dan menonjol sangat. Tambahan pula, bibir aku ni sedikit gelap dan bukan nya pinkish sangat, justeru susah sedikit nak cari warna yang dapat cover lip ni and indeed aku sangat berpuas hati dengan warna ini.
Untuk covering lebih baik dan nampak lembab, sapukan lapisan lip balm dahulu kemudian baru kenakan gincu jenis matte ini.

Harga? Hanya RM 27.00 di Watsons. 

Tips pantas : jangan lupa semak tarikh manufacturing dan tarikh anda mula buka gincu tersebut. Gincu selalunya tahan antara 6 hingga 12 bulan.

Komen penggunaan :
Selepas sapukan lapisan lipbalm, baru kenakan gincu matte ini untuk kesan lebih baik dan tampak lembab.

Yang best :
♥ murah
♥ tahan agak lama (lebih dari 4 jam sekiranya hanya minum atau makan sedikit)
♥ lembapan sederhana

Yang tak best :
- melekat di cawan sewaktu minum, namun tidak terlalu ketara
- cepat kering, jadi perlu pakai lip balm bersama (normal for matte lipsticks)

Lawati Revlon.com untuk lebih lanjut tentang seleksi warna pilihan.


You Might Also Like

7 comments

  1. ak sangat x biasa guna lipstick. biasa guna magic lipstick je. x kompidem uii.hheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee aku tengok jenis warna juga. kalau terang sangat, tak konfiden. cukup sekadar nak bagi nampak ada warna ja hehehe :D

      Delete
  2. nak cuba beli gak ahhh nanti.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. naalisa pakai mesti kebabom nye..cantik. naalisa putih hee

      Delete
  3. Saya pakai lipstick yang x brape terang.
    Segan..hikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sama la sis..ngee yang tak terlalu bright yet tak terlalu dull hee just nice

      Delete
  4. Tak suka guna lipstik :3 Macam menyusahkan sikit xD

    ReplyDelete

Featured Post

Followers