Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Previously, aku ada mention tentang voucher dari Luxola bernilai RM50.
Jadi, apa yang aku beli?
hihi..memperkenalkan Sanface Skin Tightening Sandal Glow Pack.
Sebenarnya dah sampai lama dah..and dah pakai banyak kali, tapi lambat nak share dengan korang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini nak bercerita tentang make-up removal kegemaran dari Skinfood iaitu Black Sugar Cleansing Oil dari rangkaian Black Sugar yang sememangnya merupakan rangkaian terlaris dari Skinfood.
- Kerap Bersihkan Wajah
Individu yang mengalami masalah kulit berminyak sering dengan rutin mencuci kulit wajah dengan pendapat dapat mengeringkan kulit dan jerawat. Sebenarnya, cara ini adalah salah dan sebaliknya membuat kulit semakin berminyak.
Cucilah muka sebanyak dua kali sehari sahaja iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Itu memadai agar memastikan kulit muka tidak terlalu terdedah dengan klorin dan bahan kimia pada sabun pencuci.
- Sering skrub
Menggunakan skrub terlalu kasar juga menjadikan kulit lebih sensitif sehingga mengakibatkan keradangan. Cara yang betul ialah dengan melakukan skrub sekali atau dua kali sahaja dalam seminggu. Pastikan skrub dari tekstur halus dan diurut lembut pada muka serta dibilas dengan air suam.
- Sentiasa biarkan peluh kering sendiri
Antara punca kulit menjadi semakin sensitif ialah apabila peluh di wajah dibiarkan kering sendiri tanpa dibersihkan. Jangan biarkan peluh menyerap ke dalam kulit, bersihkan muka secepatnya supaya tiada kotoran yang tinggal,
- Suka picit jerawat
Tangan gatal sememangnya adalah kebiasaan. Elakkan perkara ini kerana ia akan meninggalkan kesan parut selepas dipicit. Sebaiknya, gunakan krim jerawat untuk mengeringkannya dan biarkan ia hilang sendiri.
- Menu Berminyak
Kerap mengambil hidangan berminyak antara penyumbang kepada masalah kulit berminyak. Kurangkan makan bergoreng dan amalkan diet yang sihat.
- Kosmetik berminyak
Pastikan kosmetik yang digunakan tidak mempunyai kandungan minyak yang tinggi. Periksa label dan pilih hypo allergic dan oil free ketika membeli.
Sumber : Remaja Bil. 647
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Produk yang ingin aku kongsikan kali ini ialah dari Etude House, antara yang terlaris selain rangkaian Baking Powder iaitu AC Clinic Red Spot Balm. Mengapa aku nyatakan disini produk ini antara yang terlaris?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Antara produk skincare pilihan dari Skinfood yang ingin dikongsikan ialah
dari rangkaian GoldKiwi.
Aku beli asing, toner di outlet nya (sebelum ia berpindah) dan serum pula secara atas talian.
Toner seingat aku, harganya dalam lingkungan RM70+ (dari outlet Malaysia)
dan serum pula RM 60 + (dari online).
Rangkaian GoldKiwi ini disyorkan oleh promoter di Skinfood sewaktu aku sedang mencari toner yang dapat bantu mencerahkan dan memutihkan wajah. Produk ini dikatakan dapat membantu kerana ekstrak buah kiwi yang kaya dengan vitamin C dan lebih baik jika dibandingkan dengan rangkaian lain.
Di samping itu, produk ini juga mesra kulit serta sesuai untuk semua jenis kulit.
Aku dah gunakan produk ni untuk toner dari awal bulan 1 dan serum pula pada awal bulan 2.
Sepanjang pemakaian, alhamdulillah tiada masalah dalam rutin skincare yang selalu aku jalankan.
Cuma, kesan whitening dan brightening nya tu, aku tak nampak. macam tiada perubahan sahaja, melainkan kulit lembut dan licin. itu je..
Komen penggunaan :
- selepas mencuci, pakai toner kemudian diikuti serum. Setelah itu, boleh oleskan pelembab atau sleeping pack sebelum tidur atau memakai primer atau krim ketika hendak mula bersolek.
Yang best :
- wangi, bau buahan.
- serum tidak berminyak, lebih kurang macam emulsion.
- Mudah meresap
- kulit segar dan rasa fresh
- mesra kulit (depends)
- tahan lama (depends)
Yang tak best :
- tidak seiring dengan apa yang ditawarkan. kesan pemutihan dan pencerahan tidak kelihatan meskipun sudah lebih dari 6 bulan pemakaian.
Nak beli lagi tak ? : bergantung. Mungkin nak cuba yang lain pula.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini aku nak review satu lagi produk Skinfood iaitu Premium Tomato : Whitening Emulsion.
Produk ini sebenarnya aku beli dari Korean Skincare Online Shop. Dalam dua minggu juga rasanya baru sampai ke rumah hihi. Best ! Best ! Lagipun, outlet Skinfood sudah berpindah dan lagi jauh, susah aku nak reach out. Jadi online sahaja lah..murah pun murah sebab direct from Korea.
Assalamualaikum dan hi ^^
Selalunya, bila aku nak travel..
usually aku akan prepare skincare kit khusus bila aku outstation..
(outstation kunun..)
Contohnya pergi melancong, kursus, kem atau sebagainya.
Tak perlu kot bawa yang original size..
Assalamualaikum dan hi
Last two weeks, aku visit Guardian.
Antara routine juga la kalau keluar jalan-jalan
di mall..saja.
Kalau tak membeli pun, sekadar cuci-cuci mata tengok produk-produk yang ada.
Aku tertarik dengan body scrub Guardian : Acerola Cherry & Thyme ni.
Tertarik dengan buah acerola cherry ni sebenarnya..
sebelum aku singgah Guardian,
aku ada beli barang kat The Face Shop, dan
Nampak cleanser foam buah ini juga.
Promoter tu cakap, buah ni baik untuk skin whitening juga.
hehe..tapi aku tak beli pun cleanser tu.. sebab ada lagi cleanser lain kat umah..
instead,
aku beli Volcano Clay : Black Head Clay Nose Pack je..ngee
Okay..back to our topic, buah acerola cherry tu.
Korang pernah dengar tak? Aku waktu tu la baru first time.
Belek-belek scrub tu..wangi..fruity but sweet sangat.
Kebetulan scrub pomegranate Guardian yang aku beli dulu (RM5.09 sahaja), dah habis.
Jadi aku beli lah ni..Harganya RM13 something.
![]() |
| yang best nya, bebas paraben ! |
Buah acerola cherry ni sebenarnya adik beradik buah cherry juga.
Dimakan dan dijadikan topping ice cream misalnya ataupun jus buahan.
Kaya dengan vitamin C. Sebiji buah cherry yang kecil ni, mengandungi lebih banyak kandungan vitamin C berbanding sebiji buah oren..
Menurut nutritiousfruit.com, buah ini merupakan yang kedua paling kaya vitamin c, topped only by camu-camu..(sejenis buahan juga)
Assalamualaikum dan hi ^^
Hendak membersihkan wajah pun, ada cara nya ya !
Jom terjah tips-tips mencuci muka dengan betul.
1. Kenali Kulit Anda
Tak semua kulit adalah sama. Anda yang memerlukan lebih lembapan dan ada yang tidak. Tujuan mencuci wajah adalah untuk membuang kotoran dan lebihan minyak dan sebagainya.
Kulit kering misalnya lebih sensitif terhadap kandungan asid di dalam cleanser. Manakala yang mempunyai kulit kombinasi pula, apabila mencuci, tumpukan pada bahagian T-zone (dahi, hidung dan dagu : bahagian yang sering berminyak dan berpotensi untuk kerap tumbuh jerawat). Kulit berminyak pula, wajah sering kali rasa berminyak di seluruh bahagian.
2. Jangan Obses
Cuci muka apabila perlu sahaja. Cuci terlalu kerap boleh menganggu keseimbangan kandungan lembapan natural di wajah. Selepas mengenakan solekan ataupun memakai sunscreen serta sebelum tidur, antara waktu yang sesuai dan perlu mencuci muka.
3. Air
Air suam ataupun air sejuk, kedua-duanya ada kebaikan. Air yang terlalu panas menganggu kandugan minyak natural di samping membahayakan kulit. Kebiasaannya, cuci muka dengan air suam dan diikuti dengan air sejuk. Air sejuk bertujuan menutup semula pori-pori muka yang terbuka.
4. Scrubbing
Scrub bagus untuk membuang kulit mati di wajah di samping membantu peredaran darah di wajah.
Scrub terlalu kerap pula boleh membahayakan kulit, jadi seeloknya satu atau dua kali seminggu sahaja.
5. Lap wajah
Jangan lap wajah terlalu kasar, sebaliknya lap atau tekap tuala muka. Tuala muka pula haruslah bersih.
Patting and not rubbing. Biarkan wajah tidak kering sepenuhnya untuk membiarkan lembapan air meresap ke dalam wajah.
Assalamualaikum dan hi ^^
Entry kali ini, aku nak share latest skincare regiment yang aku
dah apply almost a month dah.
Iaitu Fermented Pomegranate Whitening Sleeping Mask.
Sleeping mask? Mask pun ada untuk waktu tidur juga?
Yeap. Selalunya aku pakai dua kali seminggu, depends jugak kadang-kadang
rajin, tiga hingga empat kali seminggu.
(setakat ini tak ada breakouts yang terjadi, syukran)
Harganya, sekitar RM70 lebih. (tak ingat, lupa resit letak mana)
untuk 100g.
Amount nak digunakan pun sedikit sahaja, dan pakai pun beberapa kali dalam seminggu.
jadi tak cepat habis, boleh tahan berbulan insyaallah.
Cara pemakaian:
Selepas mencuci muka, dan memakai toner, serta emulsion atau essence,
sapukan mask ini pada wajah
sambil mengurut secara circular. Kemudian biarkan, dan terus tidur.
Kiranya, bila pakai mask ini, tak perlu pakai krim malam lah ye.
Selama sebulan, aku tak perasan la pula perbezaan ke apa apa.
cuma bangun pagi, and cuci muka rasa
bersih dan lembut. Kesan memutih itu aku tak pasti
hehe.sebab bila tanya adik,
putih tak?
Dia akan cakap
Aduyaii..hehe aku sebenarnya saja syok syok pakai whitening sleeping mask ini.
Nampak macam best, dan memang best pun.
Wangi buah delima, dan tidak berminyak.
Sesuai dengan mereka yang mempunyai kulit kombinasi macam aku.
A skin-brightening sleeping mask containing arbutin and pomegranate ferment extract forms a protective layer onto skin.
It provides continuous moisturization overnight and suppresses the formation of blemishes and dark spots, making skin look clear and radiant by morning.
Yang best :
*mesra untuk kulit
* tidak mempunyai bau yang keterlaluan, bau buahan delima
*harga berpatutan dan tahan lama
*tak berminyak
*bangun pagi, basuh muka rasa licin dan lembut
*tak berminyak
*bangun pagi, basuh muka rasa licin dan lembut
Yang tak best:
** Takat ini belum ada lagi
Nak beli lagi tak? :
Yes !
Rate :
Assalamualaikum dan hi ^^
Kali ini, aku nak share
tentang seorang wanita yang terkenal kerana namanya
dan produk yang dihasilkan beliau iaitu
Estée Lauder.
Beliau merupakan co-founder ataupun pengasas kepada jenama
Estée Lauder bersama suaminya
Joseph Lauder.
Antara wanita paling berpengaruh di dunia, beliau dilahirkan
di New York dan
berdarah French dan Jewish.
Beliau mendapat ilham dan mula berminat berkecimpung dalam
dunia kosmetik ini apabila terlibat dalam perniagaan ayah saudaranya yang merupakan
seorang ahli kimia dan menghasilkan produk-produk kecantikan untuk syarikatnya New Way Laboratories.
Syarikat Estée Lauder ditubuhkan pada tahun 1935 dan antara produk
pewangi pertama yang dihasilkan ialah Youth Dew, berfungsi sebagai
minyak mandian serta pewangi.
Sehingga kini, produk jenama Estée Lauder merupakan antara yang terlaris
di dunia. Antara kata-kata semangat beliau untuk para wanita yang paling diingati
"Beauty is an attitude. There's no secret. Why all brides are beautiful?
Because on their wedding day they care about how they look.
There are no ugly women - only women who don't care or who don't believe
they're attractive"
Bagi beliau, tiada wanita yang hodoh di dunia. Kecuali mereka yang tidak peduli dan tidak
merasakan mereka cantik sahaja.
Hihi..aku tak pernah pun guna produk Estée Lauder ni.
Mana tak nya..mahal kot. Aku ni penganggur jalanan ja..sob sob
Lain orang,lain jenis kulitnya.
Ada kulit mahal, ada kulit apa pun boleh,ada kulit biasa-biasa ja
dan sebagainya.
Ada kulit mahal, ada kulit apa pun boleh,ada kulit biasa-biasa ja
dan sebagainya.
Kesimpulannya,
As long as, kita rajin menjaga diri kita,
itu pun dah cukup. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Kalau nak lagi cantik lagi, akhlak yang terpuji.
Insyaallah.
Oopss sebelum terlupa,
ini serious. Estée Lauder akan melancarkan produk terbaru.
Kalau nak dapatkan sample percuma dari Estée Lauder
dari kaunter yang terdekat,
boleh register menerusi
link dibawah.
Masa adalah terhad.
Estée Lauder Free Sample
lepas korang isi form kat link tu, nanti korang akan dapat emel dari pihak
Estée Lauder . Contoh macam kat atas.
Hihi limited time only k.
(sehingga penghujung Januari 2014)
Assalamualaikum dan hi ^^
Kenalkan Suzy..dari group Miss A.
Cantik kan ?
Korean people are well-known for their great skin. Flawless.
Memang diakui, ada yang perform plastic surgeries untuk
menjadi lebih cantik.
Tapi lihatlah kulit mereka, gebu nya !
Apa rahsia nya?
- Mengekalkan hidrasi kulit
Minum air yang mencukupi penting serta menjadikan buah-buahan serta sayuran antara menu utama bagi setiap sajian. Orang Korea percaya kulit yang mempunyai hidrasi yang baik dapat membantu menyihatkan kulit.
Mereka mulakan hari dengan minum air dan membersihkan wajah dengan air sejuk untuk beberapa minit.
Selain itu, mereka juga menghindar makanan yang bergaram (mengandungi sodium berlebihan).
- Sentiasa mengikut regiment penjagaan kulit iaitu - pembersih, penyegar dan pelembap
Pembersih / Cleanser
Teknik Suzy merupakan antara yang famous dan sering dijadikan contoh iaitu teknik 424.
Bersihkan wajah dengan pembersih berasaskan minyak seperti almond oil,atau coconut oil misalnya selama 4 minit.
Kemudian, bersihkan wajah dengan pembersih foam selama 2 minit dan akhir sekali,
bersihkan wajah dengan air selama 4 minit. Mulakan dengan air suam kemudian air sejuk pula.
(baru aku perasan, direction dari Skinfood nye cleanser pun macam ini jugak, bersih dengan air suam dan diikuti air sejuk. Untuk menutupkan kembali liang yang terbuka)
Penyegar / Toner
Orang korea tidak menggunakan cotton pad ketika memakai toner tetapi menggunakan hujung jari untuk penyerapan yang maksimum.
Pelembap / Mosturizer
Sapukan pada muka dengan membuat urutan ringan.
- Kaedah exfoliation (scrub) dan pemakaian mask
Scrub dilakukan antara 1 hingga 2 kali seminggu untuk membuang sel-sel kulit mati.
Routine mask pula terbahagi kepada dua iaitu cleansing mask dan nourishing mask sekali seminggu.
Song Hye Kyo, yang famous dalam siri Autumn in My Heart, gemar membuat masker sendiri dengan menggunakan putih telur dan madu.
Aku pernah gak buat, bertahan dua minggu je sebab spare dalam fridge. Bila dah habis, tak sambung prepare lagi. Huu tak sempat. Nanti nak buat lagi. Best!
Aku pernah gak buat, bertahan dua minggu je sebab spare dalam fridge. Bila dah habis, tak sambung prepare lagi. Huu tak sempat. Nanti nak buat lagi. Best!
- Tidur yang secukupnya
Sekurang-kurangnya 6-8 jam waktu untuk tidur adalah baik untuk kesihatan kulit.
- Senaman wajah
Antara yang selalu dilakukan warga Korea iaitu 'Ma Me Mi Mo Mu' dan diulang sebanyak 10 kali.
- Pemakaian make-up yang ringan dan tidak berat
Bagi wanita Korea, "less make up, more skincare" .Skin care products mereka ada yang sehingga 10-20 jenis untuk setiap hari, khusus untuk penjagaan kulit. Betapa mereka memandang berat terhadap penjagaan kulit, bukan ?
A'ah..kalau perasan, aktress korean kebanyakannya tak memakai heavy make up pun..
paling koman (lekeh), cuma kenakan eyeliner, lipstick dan blusher je.
More:
**kalau sudi, klik button donate ye..tq**
Assalamualaikum dan hi ^^
Di awal aku mula reti nak jaga muka dulu, aku cuma
tahu basic skincare routine sahaja iaitu cleanser (pencuci) , toner (penyegar) dan mosturizer (pelembap) sahaja. Sekarang ini, bermacam-macam tambahan ada contohnya mist,skin refiner,ampoule dan sebagainya
Pening juga. Tapi kita sebagai pengguna, kena tahu dulu
fungsi setiap routine, jangan pakat beli sahaja ya.
Recently, aku ziarah Skinfood. Aim aku memang nak beli toner dan sleeping mask baru.
(Skinfood produk boleh pakai campur as long as suits your skin type).
Aku purchase new toner dari Gold Kiwi range
dan diberi sample percubaan krim, serum dan emulsion.
Eh? krim, serum dan emulsion? krim tahu la..serum dan emulsion??
- Krim
Kandungan pelembap dalam krim adalah yang paling tinggi. Jadi sangatlah sesuai untuk mereka yang berkulit kering khususnya. Kalau secara teorinya dan ikut foreigners, pemakaian krim ni mengikut musim dan cuaca. Macam cuaca di Malaysia ni panas dan lembap jadi tendency kulit jadi berminyak sangat tinggi. Kalau boleh kurangkan atau elakkan pemakaian pelembap berbentuk krim. Kalau di negara bermusim sejuk, mereka di sana akan bertukar memakai krim disebabkan cuaca yang boleh menyebabkan kulit mereka kering.
Terdapat juga pelembap dalam bentuk gel. Mengandungi kadar lembapan yang rendah dan sangat mudah serta cepat meresap kedalam kulit. Kurang menyebabkan liang pori tersumbat. (means tendency grow pimples pun reduce ^^)
- Emulsion
Emulsion juga sebenarnya sejenis pelembap, khusus untuk mereka yang berkulit sensitif misalnya dan mereka yang tidak sesuai dengan kadar lembapan yang sangat tinggi. Dalam korean skincare ni, lotion pun adalah nama lain untuk pelembap juga. Emulsion dan lotion dikategorikan sebagai krim ringan, cuma beza keduanya ialah kadar pelembap dalam lotion lebih tinggi dibandingkan dengan emulsion.
Secara praktikal, ada sesetengah memakai emulsion pada waktu siang dan lotion pada malamnya.
Aku memilih menggunakan emulsion, sebab kulit aku tidak terlalu kering dan tidak terlalu minyak.
Kebaikan untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi dan berminyak.
- Serum
Pernah dengar essence juga tak? Keduanya lebih kurang sama , cuma serum lebih ringan daripada essence. Harga untuk essence dan serum lebih mahal daripada pelembap biasa kerana ia mengandungi bahan-bahan yang tinggi kadar concentration nya, dan specific untuk merawat mahupun membekalkan nutrient yang diperlukan kulit. Namun demikian, serum selalunya lebih ringan dan mempunyai kadar concentration yang tinggi berbanding essence.
Di samping itu, penggunaan essence atau serum baik untuk meningkatkan penyerapan mosturizer ke dalam kulit. Maksudnya, penggunaan serum ialah sebelum memakai mosturizer.
Pada kebiasaannya, skincare routine bermula dengan cleanser, toner,emulsion, essence atau serum dan diakhiri dengan mosturizer. Namun begitu, ikut jenis dan penerimaan kulit juga.
Ada sesetangah kulit tak memerlukan mosturizer yang berlebihan.
Jadi penting untuk anda kenal pasti jenis kulit anda dahulu !
Kalau malas jumpa doktor nak check kulit,
cuba baca post ini
Assalamualaikum dan hi ^^
Segmen review kali ini, aku nak share tentang produk dari The Body Shop,
iaitu Vitamin E Hydrating Toner dan Vitamin E Moisture Cream.
Aku beli dan telah pakai sejak sebulan yang lalu. Time tu sebenarnya tengah cari
kedai Etude House..huu tengok-tengok Etude House dah tutup di area aku tinggal ni. Kalau nak juga, terpaksa menyeberang lak. Jauh dan ketiadaan masa. Sadis gak la, sebab dah target nak
beli apa kan.
Tapi, tak apalah. Singgah di The Body Shop and purchase set Vitamin E treatment ni,
tapi aku tak beli cleanser dia sebab aku nak remain pakai yang sedia ada dulu.
Aku tak ada toner dan krim untuk daylight, so saja nak cuba yang ini.
Overall, set Vitamin E ni sebenarnya lebih sesuai untuk mereka yang berkulit kering walaupun di krim itu especially, dinyatakan for all skin types. Aku pakai sedikit sahaja krim tu dan sapu lightly di muka.
Sebab pengalaman pertama aku pakai, huhu agak berminyak kulit aku.
Untuk penggunaan seterusnya, aku kurangkan pemakaian dan amount yang dicolet pun sangat sedikit, cukup-cukup nak sapu dibahagian berparut dan tidak berminyak. (kulit kombinasi ada certain part yang berminyak dan certain lagi kering).
Untuk tonernya, juga aku pakai waktu siang sahaja. Pakai juga sedikit, sebab takut terlalu berminyak.
Bila dah pakai, biarkan seketika before sapukan krim untuk optimize kan absorption pada kulit.
Tapi, aku risau juga mampu tak aku nak habiskan sebab aku pakai sedikit sahaja dan toner dan krim masih banyak haha..(aku nak beli Skinfood nye krim sebenarnya huhu..nyesal) Jadi sekarang ini,
aku pakai kat tangan aku yang berparut sebab kena percikan minyak panas. Hehe..
Ada gak la keberkesanan Vitamin E tu.
Toner nya bebas alkohol. Bau toner dan krim nya seperti losyen Baby Johnson's je. Sweet
Harganya pula, toner : RM 42 manakala krim pula : RM54
Setakat ini aku tak ada alahan lagilah dengan produk ini.
Yang best :
*mesra untuk kulit
* tidak mempunyai bau yang keterlaluan
Yang tak best:
**Agak berminyak untuk kulit kombinasi.
*mesra untuk kulit
* tidak mempunyai bau yang keterlaluan
Yang tak best:
**Agak berminyak untuk kulit kombinasi.
**Lebih sesuai dengan mereka berkulit kering
Nak beli lagi tak? :
Tak kot..nak cuba yang lain
Rate :
p.s: aku tersilap pilih sebenarnya..nak beli korean nya skincare target hari itu..sebelum ini pergi beli cleanser
dari The Face Shop..korean..dah Etude tutup. lepas tu singgah The Body Shop..lupa yang ni produk Western haha..
Assalamualaikum dan hi ^^
Pernah tengok The Avengers tak? Captain America? Ataupun Home Alone 3?
Yeap, mesti kenal saudari Scarlett Johansson kan.
Seorang aktress terkenal, disamping memiliki wajah yang cantik.
Apa rahsianya? Jom kita lihat antara tips selebriti ini telah kongsikan menerusi temu bual
bersama majalah Elle.
- memiliki wajah yang sensitif, beliau menggunakan produk yang tidak mengandungi bahan pewangi, sebagai contoh Cetaphil. (murah sahaja, di Guardian, Watson ataupun mana-mana farmasi ada menjual)
- sentiasa membersihkan alatan make up khususnya berus make up serta span, sekali seminggu (memang perlu pun..kotor, perlu lah basuh ye. bakteria banyak! auww)
- jarang menggunakan krim pelembab ( berikutan kulitnya mudah berjerawat)
- setiap malam, beliau menggunakan apple cider vinegar untuk membersihkan wajahnya. Menurutnya, ia membantu mengekalkan pH kulit serta tona wajah yang sekata. Lihat post Homemade Toner : Apple Cider Vinegar
- sekiranya on travel, sebaik sahaja off plane, beliau akan membuat rawatan steam pada wajahnya
Senang je kan cara beliau menjaga muka nya.
Dan lagi best, produk dan bahan mudah didapati di samping tidak terlalu
mahal.
Selamat Mencuba ^^
Assalamualaikum dan hi ^^
Aku nak share tentang salah satu bahan yang boleh dijadikan sebagai toner harian,
iaitu dengan menggunakan apple cider vinegar atau dalam
bahasa melayu nya, cuka epal.
Kat farmasi pun ada jual yang organic punya,
yang ini aku beli dekat kedai agromas. Satu botol ini, RM14 je
eee..tak pedih ke? tak busuk ke?
hihi..tak pedih sebab kita akan campurkan bahagian air juga nanti,
(janganlah pakai direct..huhu)
Bau itu memang ada..standard bau cuka la kan.
Aku pernah try untuk sebulan, dah alhamdulillah setakat ini
tiada masalah. Then, kenapa tak pakai dah?
Hihi..still pakai cuma ada masa nya..contohnya bila aku sekadar cuci muka
dengan air biasa sahaja atau selepas make up remove dengan baby oil.
Antara reason lain, ialah aku pakai toner dari body shop dan skinfood
pada masa tertentu.
Sebelum ini, aku runsing sebab tercari-cari bahan natural
untuk muka aku. seboleh-bolehnya rendah bahan kimia.
sebelum bertemu skinfood dan sebagainya,
memang hari-hari aku prepare resepi untuk kulit.
Homemade memang bagus dan natural.. tapi kekurangan nya ialah
ia tak tahan lama sebab tiada bahan pengawet.
Jadi memang selalu la, lepas pakai letak dalam fridge.
Aku isi dalam bekas spray ni. Spray pada cotton pad,
dan sapu / cuci muka je.
Aku memang dah beli siap-siap kit travel ni kat guardian.
Murah sahaja, lebih kurang RM 14 boleh dapat satu set ini. Banyak function nya.
Mana aku dapat idea ni? from miss google la..bermacam-macam website aku singgah dan baca
tentang penggunaan bahan ini. Dan kesemuanya, setakat aku cari adalah method yang disediakan orang putih. (mungkin sebab aku search dalam english kot)
Method yang dinyatakan ialah dengan menggunakan nisbah 30:70 iaitu
30% cuka dan 70% air yang ditapis. Dan nisbah ni boleh ditukar mengikut
kulit. Kalau rasa pedih, tambah kan jumlah air.
Yang aku pakai 40:60..
Bagus ke pakai apple cider vinegar sebagai toner?
Ini ialah kaedah homemade..guna pun, guna bahan makanan.
Memang mengambil masa yang lama untuk lihat keberkesanan.
Tapi apa yang dapat aku nyatakan di sini, penggunaannya lebih kurang macam
pembersih kotoran dan minyak di muka.
Ada dari beberapa website yang menyatakan, apple cider vinegar toner dapat
- membantu mengimbangi pH kulit
- membantu memulihkan acne dan parutnya
- memutihkankan kembali bintik-bintik usia
- mengecilkan pori-pori di wajah
- kandungan malic dan lactic acid, membantu proses exfoliation serta menambah baik skin complexion
dan bermacam lagi.
Namun, ia bergantung sama ada kulit dapat tahan ke tak.
Sebab ada orang mempunyai kulit sensitif bukan?
jadi, cuba dalam jumlah yang sedikit dahulu. Bila rasa ok teruskan, jika tak hentikan.
Aku masih lagi menggunakan, cuma pada waktu tertentu
disebabkan aku ada menggunakan produk lain.
Bila aku rasa nak pamper wajah dengan scrub, cleanser dan mask natural homemade,
aku akan sertakan toner ini sekali. Kiranya, dalam seminggu itu ada hari-hari
untuk natural. Hehe..rajin atau tak je..kan?Even Scarlett Johanson pun include apple cider vinegar
dalam skincare routine dia.
dalam skincare routine dia.
Antara laman yang boleh korang study (ada banyak yang aku dig dulu tapi lupa dah) :
Assalamualaikum dan hi ^^
Kali ini, aku nak share tentang cleanser daripada The Face Shop iaitu Phyto Powder
in Cleansing Foam : Green Tea
Sebenarnya aku pakai jarang-jarang, bila in between maksudnya waktu
aku rasa berminyak sangat ataupun pada waktu petang atau tengah hari lepas remove make up.
Harganya RM32.90 dan kebetulan time aku beli ada promotion, buy 1 free 1. Aku beli green tea dan black charcoal. Tapi aku dan adik-adik aku pilih pakai green tea (aku share dengan tiga orang adik perempuan) dan yang charcoal tu aku fikir nak bagi for the next GA nanti. ( ha..jadi alert ya hihi kalau nak free cleanser charcoal dari The Face Shop ni)
Sesuai dengan kulit combination dan berminyak sebab dia membantu membersihkan wajah dari kotoran dan minyak. Namun, aku rasa untuk kulit kering tak begitu sesuai takut nanti terlalu kering pulak.
Bau nya lebih kurang macam cleanser ginvera ka apa tak tahu tapi familiar la scent nya.
Tak terlalu kuat. Dan setakat ini aku tidak mengalami alahan, cuma kalau kulit dah memang kering , pergi cuci lagi memang rasa something macam iritasi kat wajah. Sebab itu, aku cuma pakai bila rasa berminyak sangat dan selepas remove make up.
Yang best :
**harga yang murah
**harga yang murah
**membersih wajah berminyak dengan berkesan
Yang tak best:
**Kadang rasa macam terlalu kering.
Tidak sesuai dengan mereka yang berkulit kering
Nak beli lagi tak? :
Boleh la..so and so
Rate :
Yang tak best:
**Kadang rasa macam terlalu kering.
Tidak sesuai dengan mereka yang berkulit kering
Nak beli lagi tak? :
Boleh la..so and so
Rate :
p/s : ini entry yang lama dah disimpan. baru nak post. hehe by the way, charcoal dah aku try.
and so much better than this. Will update sooner. :)
Assalamualaikum dan hi !
Kulit yang berminyak sememangnya satu perkara yang sangat ingin dihindari. Ada tak yang nak
kulit berminyak? tak kan..Peluang nak dihinggapi jerawat tumbuh memang sangat tinggi bagi
kulit berminyak.
Tapi, apa sebab kulit jadi sangat berminyak?
Kulit berminyak adalah disebabkan terdapat kelenjar yang terlebih aktif mengeluarkan bahan yang
dipanggil sebum. Sebum ni sebenarnya bahan pelincir kulit yang natural dan sihat, tapi bila dikeluarkan secara
berlebihan, itulah yang menyebabkan kulit jadi berminyak.
Jangan risau, seperti yang pernah aku share dulu, kandungan minyak dimuka pun
penting gak untuk keanjalan kulit.
Maksudnya, tak semesti kulit jenis berminyak tak baik, cuma
perlu dijagalah supaya musuh utama wajah iaitu jerawat tak tumbuh. =)
Jenis kulit berminyak sebenarnya, mempunyai kecenderungan yang rendah atau lambat nak mengedut / less wrinkle berbanding kulit jenis lain.
Individu yang mempunyai kulit berminyak, kebiasaannya liang pori nya besar dan perlulah kita pastikan
liang-liang tersebut tidak tersumbat.
Pakai makeup tu, kenalah rajin rajin guna makeup removal dan cuci muka sebersih-bersihnya
untuk mengelakkan masalah liang pori tersumbat ni.
Disini aku ada beberapa tips dan cara penjagaan untuk kulit berminyak :
- Gunakan cleanser yang bersesuaian dengan jenis kulit berminyak. Setiap produk ada bahan-bahan yang tersendiri dan memang khusus untuk jenis kulit berbeza. Contoh, produk untuk kulit kering , tidak boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Sebab kandungan pelembap yang ada dalam cleanse for dry skin adalah tinggi dan tak sesuai untuk kulit berminyak.
- Bersihkan muka dua kali sehari dengan cleanser, pagi dan sebelum tido sebolehnya. Basuh terlalu kerap pun tak bagus juga sebenarnya, unless berpeluh.
- Untuk produk pelembap, pilih yang berasaskan air atau bebas minyak dan jauhi krim dan kandungan pelembap yang sangat tinggi.
- Untuk kosmetik, bedak asas atau foundation misalnya, pilih berbentuk gel, liquid ( water-based) atau powder. Lagi bagus, tengok produk yang ada label noncomedogenic kerana ia mengandungi bahan yang takkan menyumbat pori.
- Seminggu sekali, buat rawatan scrub untuk membuang kotoran serta membersihkan liang pori. Boleh cuba homemade nya scrub.
- Last but not least, banyak kan minum air dan always remember to remove cosmetics before tidur..Ha! jangan gatal picit jerawat gak ya ;-)
harap dapat membantu !
p.s : nanti aku update lak resepi scrub homemade nye
Special :
Misteri TWY? Typo atau ada makna lain disebaliknya..
Special :
Misteri TWY? Typo atau ada makna lain disebaliknya..
Sumber :
Aku nak share tentang macam mana nak kenal pasti jenis kulit. Sebelum memilih dan membeli produk, kenalah tahu jenis kulit kita dahulu sama ada sesuai atau tidak. nanti silap produk, haa..habis kulit tu..
Sebagaimana yang kita tahu, kulit ni merupakan organ terbesar sekali dan berfungsi untuk melindungi badan kita. Ketebalan kulit adalah berbeza mengikut bahagian.
Dan selalunya, kita ni melebihkan penjagaan kulit di bahagian muka berbanding kulit kaki, kulit paha.. hehe tak adalah..kalau nak kulit sihat overall, kena sihat dari dalam lah kan..sayuran dan buahan khususnya yang banyak vitamin C dan E antaranya yang terbaik lah selain banyak kan minum air untuk kekalkan kelembapan kulit.
Selain itu, penjagaan luaran pun penting untuk mengekalkan dan menambah baik kecantikan kulit.
Secara amnya, jenis kulit adalah berbeza bagi setiap individu dan jenis treatment, krim , produk dan sebagainya pun berbeza mengikut individu.
Kalau produk A ni sesuai untuk Timah, tak semestinya juga sesuai untuk Tijah. Jadi, dengan memahami beberapa kategori jenis kulit penting untuk kita tahu kulit kita adalah jenis apa.
Bila dah tahu, kulit jenis kategori apa, senang bila kita nak pilih pencuci dan sebagainya.
Antara kategori kulit termasuklah kulit normal, berminyak, sensitif, kering serta kombinasi bergantung kepada kandungan air, lemak dan tahap sensitif kulit.
Kandungan air dalam kulit penting untuk keselesaan dan keanjalan manakala kandungan minyak pulak mempengaruhi tekstur kulit.
Berikut adalah ciri-ciri kebiasaan bagi setiap kategori kulit : (may varied according to people k):
- Kulit Normal
**Kulit jenis ni tak terlalu kering dan tak terlalu berminyak
** Tidak mempunyai masalah sensitif atau alahan yang terlalu teruk
** Pori-pori di wajah pun tak begitu jelas kelihatan/tak terlalu nyata
- Kulit sensitif
**kemerahan
**rasa gatal-gatal
**rasa macam panas di wajah
**kekeringan terlampau
Kalau korang ada simptom macam ini, cuba kaji benda apa yang membuatkan berlaku alahan kat muka dan elakkan dari menggunakan. Kadang-kadang ada certain chemical substances dalam produk itu yang kulit korang tak dapat terima.
- Kulit Berminyak
**Pori-pori besar dan kelihatan
**Wajah kelihatan berkilat dan kusam
**Banyak berlaku jerawat dan blackheads bagai
Kulit jenis ini seharusnya guna produk yang noncomedogenic..supaya liang pori tak tersumbat dan menyebabkan jerawat. Kadang-kadang, tahap oiliness bergantung kepada pemakanan, stress dan sebagainya. Kulit ni kena extra care skit..sebab kecenderungan nak tumbuh jerawat memang tinggi
- Kulit Kering
**Pori pori hampir kelihatan
**Kulit kusam dan kasar
**Tak anjal
**Ada garis garis halus
**Bila cuaca kering, kulit jadi merah dan merekah kalau teruk sangat. Berlaku iritasi
Kadang-kadang faktor bahan dalam cleanser misalnya boleh menyebabkan kulit jadi sangat kering. Kulit jenis ni kena extra mosturize untuk menghidrasi kulit.
- Kulit Kombinasi
**Kebanyakan orang miliki kulit jenis ni
** Kadang -kadang berminyak kat certain areas je especially kat bahagian T-zone (hidung, dahi dan dagu) dan kering atau normal di bahagian lain.
Faktor pemakanan pun boleh mempengaruhi penghasilan minyak di muka.
So, ni saja yang aku nak share. Korang ley cuba kuiz kat sini untuk mengetahui jenis
kulit korang.
Selain itu, kalau nak cuba kaedah ini pun ley gak.
Semoga dapat membantu

Sumber :





















