Guardian Acerola Cherry & Thyme : Body Scrub

8:43:00 PM

Assalamualaikum dan hi
Last two weeks, aku visit Guardian. 
Antara routine juga la kalau keluar jalan-jalan
di mall..saja. 
Kalau tak membeli pun, sekadar cuci-cuci mata tengok produk-produk yang ada.

Aku tertarik dengan body scrub Guardian : Acerola Cherry & Thyme ni.
Tertarik dengan buah acerola cherry ni sebenarnya.. 
sebelum aku singgah Guardian,
aku ada beli barang kat The Face Shop, dan
 Nampak cleanser foam buah ini juga.

Promoter tu cakap, buah ni baik untuk skin whitening juga.
hehe..tapi aku tak beli pun cleanser tu.. sebab ada lagi cleanser lain kat umah..
instead,
aku beli Volcano Clay : Black Head Clay Nose Pack je..ngee

Okay..back to our topic, buah acerola cherry tu.
Korang pernah dengar tak? Aku waktu tu la baru first time.

Belek-belek scrub tu..wangi..fruity but sweet sangat.
Kebetulan scrub pomegranate Guardian yang aku beli dulu (RM5.09 sahaja), dah habis.
Jadi  aku beli lah ni..Harganya RM13 something.

yang best nya, bebas paraben !
Buah acerola cherry ni sebenarnya adik beradik buah cherry juga.
Dimakan dan dijadikan topping ice cream misalnya ataupun jus buahan.
Kaya dengan vitamin C. Sebiji buah cherry yang kecil ni, mengandungi lebih banyak kandungan vitamin C berbanding sebiji buah oren..


Menurut nutritiousfruit.com, buah ini merupakan yang kedua paling kaya vitamin c, topped only by camu-camu..(sejenis buahan juga)



Yang best :
*mesra untuk kulit 
* bau buahan dan menyenangkan. wangi !
*harga berpatutan
*kulit terasa lembut selepas digunakan

Yang tak best:
** Takat ini belum ada lagi

Nak beli lagi tak? :
Yes ! 

Rate :


Kesimpulannya : sangat best..wangi..use twice a week. harga pun berpatutan. Boleh cuba !

You Might Also Like

0 comments

Featured Post

Followers