Easy Whipped Cream Frosting

3:58:00 PM

Assalamualaikum dan hi ^^
Nak dekat dua hari tak on lappy..
Ni pun..post entry via mobile saja..
Blogwalking pun tak syok sebab limited kan melalui phone je..huu
Anyhow,aku nak kongsi satu resepi 
Yang baru je aku cuba buat tadi hehe..
Sangat sangat excited sebab first time buat frosting just guna whipped cream..hehe
Selalu mesti tambah butter la..cream cheese..
kali ni tak !
Frosting ni aku rasa sama macam time aku belajar buat kek black forest dulu masa di universiti..
Hehe subjek penyediaan makanan antara subjek hate love aku hihi..
Suka sebab dapat makan..tak suka sebab pressure dalam kitchen..
Ala ala masterchef kot...huu



Haa..resepi frosting ni aku guna untuk buat cupcake chocolate moist..
Ngee cantik bagi aku sebab color kek ni nak hitam sikit dan frosting nye putih salju..
Hii.. resepi ni adaptasi dari resepi kek chocolate moist yang pernah aku post dahulu..
Cuma aku scoop dan bakar as cupcakes..
Senang sikit..kalau rasa nak makan panas panas..ley perhangat balik..ngee

Resepi Whipped Cream Frosting
♥ 400 ml whipping cream / thick cream / heavy cream
♥ 1/4 cup sifted icing sugar
♥ 1 tsp vanilla essence

Prosedur

1. Whisk mixer diletakkan dalam freezer untuk disejukkan selama 20 minit.
2. Setelah itu, sediakan satu bekas mangkuk atau mixer dan diletakkan dalam bekas yang telah diisi dengan air sejuk atau berais.. (maksud nye.. mangkuk mixer tu direndam dalam air berais..faham tak huhu..suhu yang sejuk penting nak hasil kan whip cream yang stabil..)
3. Proses nak whip bermula dengan masukkan whipping cream dari peti ais. Mix pada kelajuan sederhana sehingga mula memekat.
4. Masukkan icing sugar dan mix pada kelajuan tinggi kemudian sederhana dan rendah (selang 10 saat).
5. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan putar pada kelajuan rendah.
6. Sekiranya krim anda tidak kental lagi, putar dengan kelajuan sederhana sehingga tidak lagi berada dalam keadaan cair (sebab nak piping nanti susah).
7. Akhir sekali piping ke cupcake.. pastikan suhu tidak terlalu panas kerana ia mudah cair.. simpan dalam peti sejuk.
8. Hidang apabila hendak makan.

Selamat mencuba ☆★♥♡



**jemput klik butang donate ye kalau sudi..terima kasih ★☆"



You Might Also Like

6 comments

  1. hello dear good friend Tuesday a smile to you

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaaaa . terliur tengok gambarr

    ReplyDelete
  3. uish.. dah mcm eskrim dah tu.. nampak menarik dan sedap.. menabung astro juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sebenarnya whipped cream ni pun ley buat ice cream juga tao..nnti saya update kan. heee terima kasih , satg saya p isi tabung awak ya

      Delete

Featured Post

Followers