Sakura Di Bumi Malaysia

10:52:00 AM


Assalamualaikum dan hi ^^

Sakura di Malaysia?
Recently,banyak berita yang dikongsikan tentang
musim bunga yang melanda di serata negeri.
Teringat waktu zaman matrikulasi di Perlis. 
Kawasan sekeliling matriks dipenuhi dengan pokok-pokok ala-ala sakura yang ketika
itu memang musim berbunga.

Sangat cantik permandangan di situ.
Jadi, banyak lah students yang mengambil kesempatan
nak wat pose ala ala berada di bumi Doraemon haha..
Paling tak tahan..
aku teringat member aku sorang ni..
siap ambil gambar pakai shawl tebal kat leher dengan jaket
sambil berkaca mata hitam..
yang tukang ambil gambar pun pandai ambil shot..
memang tengok hasilnya..
macam berada di oversea je..haha over..


Ni di kawasan perumahan di Kedah ..penuh di jalan..bunga-bunga yang gugur..
jenuh nak kena sapu haha..

So..terfikir aku nak cari nama sebenar pokok jolokan sakura ni..
Nama saintifik pokok ini ialah Tabebuia rosea dan juga dikenali sebagai pokok Tecoma.
Terdapat lebih daripada 50 spesies dan dibezakan dengan warna serta bentuk bunganya.
Antara warna yang boleh dihasilkan ialah putih, kuning, merah jambu dan sebagainya.
Di sebalik keindahan bunga yang dihasilkan ini, terdapat kebaikan daripada segi perubatan iaitu untuk merawat penyakit malaria, sembelit serta disyorkan untuk rawatan anemia.
Boleh rujuk sini untuk lebih detail tentang pokok ini.

Kalau nak tahu..Pokok Tabebuia ni..pokok rasmi atau pokok national
bagi negara El Salvador..

 p.s : hee dah habis baca..tolong klik cupcake dibawa ni ye..terima kasih ^^



You Might Also Like

0 comments

Featured Post

Followers