BPP yang sedap ♥

9:21:00 AM




Assalamualaikum dan hi ^^

Sebelum ini, aku ada beli puff pastry yang ready made dari supermarket 
dekat rumah aku.

Excited sangat sebab dah lama teringin nak buat puff..tapi malas
nak buat pastry nya.


So, kali ini aku nak share resepi Beef Pepper Puff.
hihi simple sahaja 
dan lagi simple kalau ada pastry ready made.

Nak resepi pastry?
Boleh klik sini.

Resepi Beef Pepper Puff

Bahan-bahan
  • 2 tbsp butter
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang merah
  • serbuk lada hitam (lada hitam yang dikisar kering)
  • sos Lea Perrin / sos kicap cair
  • daging kisar
  • garam secukup rasa
  • Telur kuning (1)
  • Puff Pastry 
Prosedur 
  1. Dengan api yang sederhana, cairkan butter dalam saucepan.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan beberapa susu besar kicap cair kemudian daging kisar.
  4. Kemudian taburkan serbuk lada hitam serta garam secukup rasa dan goreng sehingga daging masak.
  5. Panaskan oven pada suhu 150 C.
  6. Pastikan pastry telah pun dilembutkan pada suhu bilik.
  7. Kemudian taburkan sedikit tepung sekiranya mahu uli. (tapi aku guna sahaja terus dari paket..aku dah tak uli, cuma tekan tekan nak pastikan ia lembut)
  8. Masukkan inti daging yang dimasak tadi di tengah tengah segi empat pastry.
  9. Sapukan kuning telur pada hujung pastry.
  10. Satukan penjuru pastry, agar membentuk seperti segitiga.
  11. Guna garfu untuk crimp ataupun nak buat simpul karipap pun boleh.
  12. Buat belahan sedikit di atas puff dan sapukan kuning telur.
  13. Bakar untuk 8 minit.
  14. Siap !

Ini lah hasilnya..hihi..sedapp!

Untuk entry resepi seterusnya, aku akan updatekan resepi cupcake dan frosting yang
sangat sangat mudah dan sedap. hihi
versi Anna Olson nye.


**Jemput klik kitty dibawah ini ye..atau button donate..tq**

You Might Also Like

3 comments

Featured Post

Followers