Farewell

10:33:00 AM

Assalamualaikum dan hi !
Dah nak dekat seminggu aku tamat kontrak mengajar di sekolah kedua.
Perasaan? Seronok ada, sedih pun ada. haha..
Banyak pengalaman yang aku timba kerana berpeluang mempelajari dan mengajar subjek yang sebelum
ini aku belum pernah terlibat.
MPV-menservis automobil dan pendidikan moral.
Kemahiran hidup memang merupakan minor sewaktu pengajian dahulu.

Subjek menservis automobil sangat menarik dan bagi aku sangat sesuai untuk pelajar-pelajar khususnya lelaki yang tak minat baca buku sangat, suka main motor or kereta ka.. dan bercita-cita nak jadi mekanik atau sekadar nak menambah ilmu tentang servis kereta,
ha memang sesuai..
Hal ini merupakan antara subjek yang dapat menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah dan mempelajari sesuatu..at least..
zaman sekarang ini berbeza dengan zaman dahulu..
bak kata orang-orang yang lebih berpengalaman dari aku.

Subjek moral pula? pertama kali bagi aku.
ye lah..sekolah dulu mana pernah masuk kelas moral.. selalu tengok kawan-kawan pergi
ke perpustakaan ataupun bilik moral.

Bagi aku moral ini macam sivik juga.. dan memerlukan pemikiran yang luas.
Subjek ini juga bagi aku, penting.. 
untuk mendidik pelajar menjadi manusia yang berpekerti..
Ada sesetengah mengatakan tak penting..belajar setakat untuk exam sahaja..

Hmm..sayang seribu kali sayang kalau itu yang diniatkan sahaja..
namun begitu, subjek moral ini bukan sahaja dapat diajar secara formal..
informal dan non formal juga..
melalui teladan yang boleh kita tunjukkan..

Selain itu, aku juga mendapat pengalaman baru..
iaitu aku dapat melihat perbezaan karakter pelajar-pelajar berdasarkan beberapa sekolah yang
pernah aku mengajar sebelum ini.
Pengalaman ini sangat berguna..
pelajar bandar dan desa..pelajar sekolah prestasi tinggi dan biasa.
memang boleh rasa kelainannya.
Cara nak approach pelajar pun berbeza.

Moment paling aku tak akan lupakan ialah
sewaktu hari terakhir di situ,
sengaja aku luangkan lima minit terakhir untuk
para pelajar aku (subjek moral pada hari itu)
menulis kekuatan dan kelemahan serta ucapan sekiranya ada untuk aku.
Surat anonymous.

Ada yang mencuit hati, ada yang mengada haha
dan yang paling aku tersentuh,
bila ada pelajar menyatakan sebelum ini mereka
tak pernah ada rasa nak belajar moral pun.
but since aku mengajar kelas mereka, baru mereka faham mengapa subjek itu perlu ada dan perlu
mereka belajar serta fahami.

antara gift yang mereka bagi...ada biskut la..coklat..tumblr,,humm sedih aku.especially yang burung origami tu. satu beg..
aku harap depa tak lah bazirkan masa depa atau tak buat homework sebab nak wat ini sahaja..Allah..
Terima kasih semua :)

You Might Also Like

0 comments

Featured Post

Followers