Perbezaan Krim, Serum, dan Emulsion

11:07:00 AM

Assalamualaikum dan hi ^^

Di awal aku mula reti nak jaga muka dulu, aku cuma
tahu basic skincare routine sahaja iaitu cleanser (pencuci) , toner (penyegar) dan mosturizer (pelembap) sahaja. Sekarang ini, bermacam-macam tambahan ada contohnya mist,skin refiner,ampoule dan sebagainya

Pening juga. Tapi kita sebagai pengguna, kena tahu dulu
fungsi setiap routine, jangan pakat beli sahaja ya.

Recently, aku ziarah Skinfood. Aim aku memang nak beli toner dan sleeping mask baru.
(Skinfood produk boleh pakai campur as long as suits your skin type).
Aku purchase new toner dari Gold Kiwi range
dan diberi sample percubaan krim, serum dan emulsion.

Eh? krim, serum dan emulsion? krim tahu la..serum dan emulsion??


  • Krim
Kandungan pelembap dalam krim adalah yang paling tinggi. Jadi sangatlah sesuai untuk mereka yang berkulit kering khususnya. Kalau secara teorinya dan ikut foreigners, pemakaian krim ni mengikut musim dan cuaca. Macam cuaca di Malaysia ni panas dan lembap jadi tendency kulit jadi berminyak sangat tinggi. Kalau boleh kurangkan atau elakkan pemakaian pelembap berbentuk krim. Kalau di negara bermusim sejuk, mereka di sana akan bertukar memakai krim disebabkan cuaca yang boleh menyebabkan kulit mereka kering.

Terdapat juga pelembap dalam bentuk gel. Mengandungi kadar lembapan yang rendah dan sangat mudah serta cepat meresap kedalam kulit. Kurang menyebabkan liang pori tersumbat. (means tendency grow pimples pun reduce ^^)
  • Emulsion
Emulsion juga sebenarnya sejenis pelembap, khusus untuk mereka yang berkulit sensitif misalnya dan mereka yang tidak sesuai dengan kadar lembapan yang sangat tinggi. Dalam korean skincare ni, lotion pun adalah nama lain untuk pelembap juga. Emulsion dan lotion dikategorikan sebagai krim ringan, cuma beza keduanya ialah kadar pelembap dalam lotion lebih tinggi dibandingkan dengan emulsion. 
Secara praktikal, ada sesetengah memakai emulsion pada waktu siang dan lotion pada malamnya.

Aku memilih menggunakan emulsion, sebab kulit aku tidak terlalu kering dan tidak terlalu minyak.
Kebaikan untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi dan berminyak.
  • Serum
Pernah dengar essence juga tak? Keduanya lebih kurang sama , cuma serum lebih ringan daripada essence. Harga untuk essence dan serum lebih mahal daripada pelembap biasa kerana ia mengandungi bahan-bahan yang tinggi kadar concentration nya, dan specific untuk merawat mahupun membekalkan nutrient yang diperlukan kulit. Namun demikian, serum selalunya lebih ringan dan mempunyai kadar concentration yang tinggi berbanding essence.

Di samping itu, penggunaan essence atau serum baik untuk meningkatkan penyerapan mosturizer ke dalam kulit. Maksudnya, penggunaan serum ialah sebelum memakai mosturizer.


Pada kebiasaannya, skincare routine bermula dengan cleanser, toner,emulsion, essence atau serum dan diakhiri dengan mosturizer. Namun begitu, ikut jenis dan penerimaan kulit juga. 
Ada sesetangah kulit tak memerlukan mosturizer yang berlebihan. 
Jadi penting untuk anda kenal pasti jenis kulit anda dahulu !
Kalau malas jumpa doktor nak check kulit,
cuba baca post ini



Teringin nak kulit segebu minah ni =P




You Might Also Like

2 comments

  1. first time dengar perkataan emulsion..

    sudilah singgah ke blog saya..

    khalidasurayaloveyou.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. saya pun baru-baru je tahu tentang emulsion ni =) insyaallah

    ReplyDelete

Featured Post

Followers