Salam Maulidur Rasul 1435H

11:50:00 AM

Assalamualaikum dan salam maulidur rasul !

Tiba juga hari yang dinantikan iaitu hari keputeraan junjungan besar
Nabi Muhammad saw, yang kita cintai dan rindui.
Mari sama-sama kita berselawat ke atas Rasulullah saw.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ


Nabi Muhammad saw diputerakan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. 
Teringat lagu Raihan tentang tanda-tanda kelahiran Rasulullah saw menerusi lagu "Nabi Anak Yatim"
Waktu jawab soalan masa PMR, kebetulan ada soalan tentang kelahiran Rasulullah saw. Syukur dapat jawab sebab memang hafal dan ingat lagu ini masa kecil-kecil.. hehe



Nabi Anak Yatim - Raihan

Muhammad
Muhammad
Muhammad Musthofa

Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Mekkah Mukaromah
Ibu susunya Halimatus Sa`diah

Ayahnya meninggal dunia
Ketika Nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga bayinya

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari makam suaminya
Aminah jatuh sakit di 'Abwa
Kembali ke alam baka

Tinggallah Nabi seorang diri
Hilang insan yang dikasihi
Tinggallah Nabi seorang dari
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Shalallahu 'alaa Muhammad
Shalallahu 'alaaihi wassalam

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Hidupnya yatim, yatim piatu
Namun dialah manusia agung

Sebenarnya, bagus jikalau kita dedahkan nasyid-nasyid sebagai contoh lagu ini,
kepada anak-anak kecil dalam usaha untuk kita mendidik mereka mengenal kekasih Allah, Rasulullah saw.


Apa apa pun, jangan lupa ya ? Banyakkan selawat keatas nabi Muhammad saw.

Untuk lebih info, terdapat risalah percuma yang boleh 
anda download dari laman web www.islam.gov.my . Klik sahaja.
Terdapat maklumat tentang sejarah kelahiran Rasulullah saw, iktibar dan hikmah dan bermacam lagi.

You Might Also Like

2 comments

Featured Post

Followers