Hala Tuju Selepas SPM

11:02:00 AM

Assalamualaikum dan hi!

Masa aku jadi guru praktikal dan guru sementara dekat beberapa
sekolah dulu, sering kali aku dihujani
dengan pertanyaan dari students aku tentang
peluang yang ada untuk mereka selepas 
tamat SPM nanti.

Ada yang cakap,
 " kalau tak ambil SPM boleh tak? kalau saya ambil pun, 
bukan saya boleh lulus pun. Tak boleh nya nak minta 
masuk U.."

"Teringin nak masuk U, tapi cam mustahil 
ja saya nak dapat straight A"

Aip!! Pantang mak nenek, give up before you try.
Kena cepuk gak la budak- budak tu.
Hehe..tak adalah. Aku menyahut seruan guru penyayang..
Jadi, setiap kali murid bertanya
aku akan ceritakan sendiri pengalaman aku mahupun orang sekeliling aku
yang dah pun melepasi dan akan melepasi tahap
complete ijazah pertama.

Jom tengok apa yang tersedia untuk korang / adik-adik la ye.

  • STPM
Berikut merupakan antara syarat kelakan untuk mengambil STPM menurut MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) :

lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran, atau sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran yang lain

Macam mana kalau Bahasa Melayu tak lulus? Adik-adik boleh ambil SPM ulangan dan pastikan lulus ok?
Bahasa Melayu penting..Apa-apa pun kena lulus juga untuk sambung pelajaran lagi

Sekarang ini, STPM sudah ada sistem baru, yang mana adik-adik ada tiga semester untuk habiskan. Bererti, lebih kurang setahun setengah. 

Apa kelebihan STPM? 

Suasana pembelajaran seperti di sekolah, guru-guru sentiasa ada dan tak kan biarkan calon-calon STPM terkontang-kanting, maksudnya guru-guru akan jaga adik-adik dan cuba pastikan prestasi yang terbaik. 
Berbanding matrikulasi dan asasi, sijil STPM lebih bermakna lagi dan laku. Kalau nak hendak tangguh pelajaran sampai STPM dan minta pekerjaan, sijil STPM boleh digunakan tapi kalau sijil Matrikulasi dan Asasi tak ada erti dan tak boleh digunakan untuk apply kerja.

  • Diploma
Untuk syarat kemasukan ke diploma, bergantung mengikut universiti atau politeknik serta course yang dimohon. Adik-adik kena rajin search ni kat internet k. 

Diploma mengikut kebiasaan mengambil masa lebih kurang tiga tahun. Walaupun agak lama berbanding STPM, Asasi dan Matrikulasi, banyak juga kelebihan yang adik boleh dapat tao. 

Apa kelebihan Diploma?

Suasana pembelajaran sudah di peringkat universiti dan politeknik. Bermaksud, adik-adik dah dewasa dan perlu belajar berdikari sendiri. Tak ada guru-guru lagi yang nak kepung, cuma pensyarah-pensyarah sahaja yang hanya membimbing anda untuk berdikari mencari ilmu sendiri. Dah tak ada spoonfed ataupun disuap oleh guru, tapi kena rajin mencari ilmu itu sendiri. Pensyarah cuma bagi perkara basic sahaja, yang lain haa....pergi lah berkampung di perpustakaan mahupun buat study group sendiri.

Cuma ingat, jangan terkena cultural shock k? Untuk yang sambung diploma di universiti, kekalkan pointer 3.5 above dan anda berpeluang untuk ditawarkan program fast track, bermaksud terus sambung ijazah di universiti yang sama dan dapat habiskan ijazah sama macam budak-budak yang masuk asasi ataupun matrikulasi. **ikut universiti k, macam yang aku nyatakan ini ialah UITM

Lagi satu kelebihan nya, ialah untuk yang dapat keputusan yang sederhana, anda boleh apply diploma yang anda minat contohnya diploma farmasi dan dapat result yang bagus, terus sambung degree. Ha..

  • Matrikulasi 
Di sini ada dinyatakan syarat minimum kemasukan matrikulasi. Okay, aku dulu masuk matrikulasi untuk program setahun.. Suasana sangat best..macam universiti dah.. dan itulah yang hampir buat aku lalai. Jadi berhati-hatilah dengan godaan nya okay?

Waktu inilah, kebanyakan pelajar yang masuk matrikulasi ini akan buat penebusan untuk diri sendiri. Macam aku, dulu target nak apply medic JPA, tapi fail sebab tak dapat straight As. Cuma 8A 3B ja..sedih memang sedih. Tapi ada hikmah nye hehe..Syukran


Ada rakan aku, SPM cuma 3A ja, tapi setiap sem 4 flat. Akhirnya berjaya sambung medic di universiti tempatan. Orang kata matrikulasi setahum susah kan? Cuma mahu tak mahu sahaja..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. 

Matrikulasi juga ada program dua tahun. Setakat yang aku ketahui dari rakan-rakan aku, tahun pertama , adik-adik akan belajar semua subjek dan tahun kedua baru pilih subjek pengkhususan. Bagus juga tapi ingat... sijil Matrikulasi tak ada erti jadi jaga pointer 3 ke atas atau anda nanti kena lelong masuk jurusan yang anda tak pernah dengar atau pilih waktu nak mohon masuk universiti. Kalau bawah yang sepatutnya, kene buang tak pun kena ulang matriks tu lagi ha..

Apa kelebihan Matrikulasi?

Okay kelebihannya, kalau yang dapat program setahun, memang cepat la masuk universiti..
Kalau anda tak lalai dapat kekalkan pointer 4 flat (kalau nak jadi dr) atau 3.0 ke atas insyaallah adik-adik boleh pilih jurusan yang diidam kan..syarat kelayakan untuk jurusan-jurursan di universiti nanti aku updatekan.

  • Asasi
Syarat kelayakan untuk asasi bergantung kepada universiti itu sendiri, adik-adik kena search dulu k. Waktu dapat result nanti dan nak isi UPU, ingat..semak dulu..sama ada kita layak atau tak ok.

Apa Kelebihan Asasi?

Program asasi lebih kurang macam matrikulasi cuma, program ini dikendalikan oleh universiti itu sendri. Suasana pembelajaran macam aku nyatakan sebelum ini, sudah di universiti. Jadi kenalah belajar sendiri dan rajin-rajin bertemu pensyarah dan cari buku di library, ( bukan takat cari sahaja..kenalah study k)

Kelebihannya lagi ialah, peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang sama  dengan syarat anda kena capai atau melepasi pointer yang disyaratkan...Ha..jangan ingat senang-senang plak ya..kalau tak capai, anda kena pilih universiti lain untuk sambung peringkat ijazah kelak waktu mengisi UPU kelak k.. 

Macam yang dinyatakan juga, sijil Asasi ataupun Matrikulasi sahaja tak laku kalau nak apply kerja, jadi dapatkan pointer yang bagus dan teruskan pengajian ke peringkat ijazah.

  • Maktab Perguruan / Institut Perguruan
Boleh rujuk sini untuk syarat kelayakan untuk masuk IPG

Tak banyak yang boleh aku nyatakan, tapi adik adik tahu la kan graduan IPG akan menjadi guru di sekolah-sekolah rendah. Tapi ada ja, program  untuk graduan yang bakal ajar sekolah menengah cuma, yang ini students nya dihantar belajar ke luar negara dan hanya untuk subjek tertentu sahaja. 

Program ini, selama lima tahun merangkumi tahun pertama sebagai asasi kemudian empat tahu kemudian untuk ijazah pendidikan.

Apa  Kelebihan IPG ?

Dapat elaun..itu yang best. hehe.. suasana pembelajaran lebih kurang macam IPTA lain..



Ha..itu sebahagian yang boleh aku kongsikan..sebenarnya banyak lagi peluang, contohnya SPA,IKBN dan bermacam-macam lagi. Apa yang perlu korang ada ialah
usaha untuk mecari ilmu dan mempertingkatkan ilmu.
Tak ada usaha, tak kemana.

Bagi yang excel, boleh apply scholarship Petronas,JPA, MARA dan perbagai lagi
tajaan. Search k ^^

Jangan ingat dunia terhenti dengan SPM sahaja.
Elok ka tak elok ka, tak kan ada makna
kalau kita tak ada cita-cita nak berjaya.

K, selamat maju jaya ^^




You Might Also Like

11 comments

  1. info yg baik..syira pun ada share ni semalam :)

    ReplyDelete
  2. Saya ni sebenarnya berminat nak ambik stpm lepas dpt result utk tahun 2014 ni, but mostly seniors kata jangan. Sebab susah. Diorang kata walaupun fast track tp baik ambik diploma walaupun 3 tahun. Macam mana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam biela ,

      okay..STPM dengan Diploma, masing masing ada kelebihan. ya..susah ke tak susah, biela tak tahu lagi kan? kemampuan biela tak sama dengan orang lain. Akak tak nak persuade biela untuk pilih yang mana biela nak. K mcm ni, biela minat area or course apa? waktu pilih UPU nanti buat pilihan betul dan bersesuaian dengan result nanti. Andai kata rezeki biela dapat course diploma yang biela suka, just go for it. Sebab, biela dah dapat basic kukuh iaitu pilihan biela sendiri dan lepas bis diploma, terus ja sambung degree. Kalau pointer elok, minta fast track. Tapi andai kata biela tak achieve course biela mahu, dan biela rasa biela boleh dapat yang lebih baik, pilih stpm, study betul betul and lepas tu terus apply sambung degree. Tapi chances nya kita tak tahu sama ada kita akan dapat pilihan kita atau tak..ingat, ikut hati biela dan not from others. Kalau niat dan semangat hati kuat, semuanya akan dipermudah insyaallah. Kalau still konfius juga, minta petunjuk dari Allah..istikharah.

      Delete
  3. Salam...saya nak tanya kalau budak U mcm saya nih nak minta upu kali kedua boleh lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok.. awak sekarang diploma atau ijazah?

      Delete
    2. ijazah...saya kna ambil kategori apa yea?

      Delete
    3. maksud nya awak nak wat degree yang kedua ke? ok. untuk UPU tu bergantung kepada tahun SPM. kalau saya tak salah, masa saya isi untuk adik, paling lewat SPM candidates yg isi ialah tahun 2011. jadi untuk persoalan awak, melalui apa yang saya tahu mungkin awak kena mohon terus ke universiti yng awak nak. buka laman web uni untuk lihat lebih lanjut =)

      Delete
    4. **untuk upu yang terkini, kalau tak salah sehingga SPM tahun 2011 sahaja yang boleh isi.

      Delete
  4. yea saya spm 2011...sbnrnya saya beljar ijazah ini baru 5 bulan kranya sem 2 dh...tpi sya nk isi upu kali kedua ni sbb course yang saya nk tukar tu tiada di universiti saya nih...klu isi spm 2011 tuh ,boleh ke kalu saya nk letak result matrikulasi saya ....dan klu saya isi spm 2011 tuh saya dpt diploma atu ijazah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap saya upu untuk ijazah bagi diploma, matriks stpm dah dibuka..boleh isi,, guna keputusan diploma.. kalau awak join isi yang upu ambilan spm 2013, itu untuk asasi dan diploma sahaja..untuk ijazah lain tapi saluran tu dah dibuka.maksudnya..awak tgk upu untuk ambilan mana

      Delete

Featured Post

Followers