Top 10 Favourite Romantic Movies (English)
11:14:00 AM
Assalamualaikum..
Are you hopeless romantic? hehe..aku sikit-sikit je kot.. by the way, entry kali ni nak cerita lima filem dari top 10 romantic movies yang aku suka and aku percaya korang pun mesti suka nye.. jom survey !
- P/s : I Love You
tu roh Gerry dok perhati Holly baca instruction dari surat yang Gerry tulis before dia mati |
Filem ni sebenarnya diadaptasikan dari sebuah novel terkenal iaitu PS, I Love You hasil karya penulis Irish,Cecelia Ahern. Sebelum menonton filem ini, sebenarnya aku dah pernah baca novel nya.. baca novel dia pun dah berair-air mata..bergelinang..sangat touching kisahnya.
Secara tuntasnya, filem ni mengisahkan sepasang suami isteri, Holly dan Gerry. Mereka ni sangat mencintai walaupun ada kali nya pernah gak gaduh..( gaduh-gaduh manja). Kemudian, all of sudden, Gerry meninggal dunia disebabkan tumor otak dan barulah Holly merasakan satu kehilangan besar dalam hidupnya.. ( hargailah orang yang tersayang ye sementara masih ada peluang..huhu)
Tidak lama lepas kematian Gerry, Holly mula menerima hadiah dan surat-surat dari Gerry. Setiap surat diterima berkala dan dalam nya ada instruction yang Gerry suruh buat.. Pada ending setiap surat yang diterima, akan ditulis "P.S. I Love You". Ada arahan yang sangat lucu dan ada yang sedih tapi sangat bermakna untuk Holly.Bagaimana ending nya? Huhu..korang mesti meleleh nya air mata. Kisahnya sangat best dan kreatif..
Filem ini bertemakan komedi romantik.. Dibintangi oleh Julia Stiles dan Heath Ledger (mendiang). Masa aku tengah search movie romantik nak tengok dulu, aku tengok cover pun macam serious and tak best je sebab muka Julia Stiles nampak garang je. Hoho..tapi dah ada Heath Ledger, aku habiskan juga la sejam 45 minit untuk tengok hehe..
Mengisahkan tentang tentang seorang pelajar baru, Cameron, yang jatuh cinta dengan gadis cantik, Bianca. Cameron ni teringin la nak berpacaran dengan Bianca, namun terhalang sebab ayah Bianca yang sangat protective melarang , unless kakak Bianca, Kat ( Julia Stiles) dates dulu.
Masalahnya, Kat ni sangatlah hot-tempered..garang dan kuat melawan (sebab tu dia tak ada boyfriend lagi ). Jadi adalah pakatan nak gunakan/upah jugak la Patrick (Heath Ledger), untuk ngorat Kat.. Namun, Patrick ni pun jenis ego gak..Bayangkan, ego dengan miss garang hoho.. Best dan banyak scene lucu-lucu.. Dan yang paling best, memang romantik lah ye.
- A Walk To Remember
Filem ni diadaptasikan dari novel romantik hasil karya Nicholas Sparks. Encik Sparks ni banyak menulis novel romantik yang best dan banyak antaranya telah dibuat filem.
Dibintangi oleh Mandy Moore dan Shane West. Cerita ni lebih kurang cam P.S I Love You gak.. sedih-sedih huu..tapi banyak gak perbezaan nya dan sweet la untuk korang layan =)
Yang pasti, sediakan tissue ye..untuk yang soft-hearted nya person huu ..cerita ni bukan romantic komedi..
- She's All That
Filem ini mula ditayangkan pada tahun 1999. Aku masih ingat lagi aku tengok muvi ni kat TV2, kul 10 malam. Temanya teen romantic comedy, jadi tak ada sedih-sedih la tengok filem ni. Hehe.. Lebih kurang cam la cerita Playboy Itu Suami Aku, cuma bezanya gadis ni Laney Bogss (Rachel Leigh Cook) seorang nerd dan memang bukan jenis pompom girl aka cheerleeders. Berbeza dengan Zack Siler, seorang pelajar paling popular di kampus..
Zack ni dicabar untuk ngorat Laney dan jadikan dia gadis prom dalam masa enam minggu. Si Laney ni tak tahu komplot diorang. Macam-macam lah yang terjadi. Hehe tapi seronok la tengok..Aku suka dan antara salah satu filem yang all-time favourite la..
- The Time Traveler's Wife
Filem ni pun diadaptasi dari novel karya, Aundrey Niffenegger. Kalau korang pernah tengok The Incredible Hulk, ha ni heronya Eric Bana jadi watak utama untuk filem ini sebagai Henry. Turut sama, Rachel Mc Adams sebagai Clare.
Berkisarkan tentang Henry yang menghidapi kecelaruan genetik yang membolehkan dia time travel tak tentu masa. hehe cam pelik ja kan.. tapi cerita ini sangat unik.
Bagaimana ketabahan Clare menanti Henry, suaminya dari kecil lagi dan menangani masalah rumah tangga mereka disebabkan masalah yang dihidapi suaminya. Ye la...suami dia selalu hilang kot..sebab time travel tetiba.. Perkara ni jugaklah yang menyebabkan berlaku krisis bila anak yang dikandung Clare selalu gugur sebab masalah genetik tersebut. Namun, sinar kegembiraan datang jua buat keluarga Henry dan Clare even tak lama.. Huu sedeh weh.. aku tengok tiga kali dah.. satu dari internet dan dua kali lagi tengok kat Astro.. tiap kali tengok mesti kena kesat air mata kot. .
p/s : i love you.. next entry akan diupdate kan for the nexr five movies yang aku gemar
4 comments
minat cite omputih ea?? husna tak suka sgt cita romantik.. suka aksi.. hehehe..
ReplyDeleteaah.. kalau muvi mmg kebanyakan omputih hoho.. action, thriller mmg prefer outbound..inbound pun suka juga especially yang comedy ( kena support local gak =P)
ReplyDeleteSy paling suka kalau romantik ni movie cinderella story, ade chad michael murray n hillary duff.
ReplyDeletehttp://moshinemo.blogspot.com/p/my-top-10-adorable.html
Waa itu best jugak ^^cinderella story. sangat comel hillary
ReplyDelete