Resepi Nasi Kerabu Simple^^

8:22:00 PM

Assalamualaikum..

Ha..ini lah resepi yang aku gunakan..Maklumlah..anak mami teringin pekena nasi kerabu lak..
asyik nasi kandaq ja..

Resepi ini aku dapat dari blog Azie Kitchen. dan rakanku Ayu, mek dari kelate hihi
Hii ada jugak yang aku olah skit, ikut cita rasa..cewah

Cubalah..insyaallah ohsem !

Resepi Nasi Kerabu Simple

Untuk nasi
  • sukatan nasi dan air macam biasa, cuma letak bunga telang. tahu bunga telang? ni dia. kalau tak ada, boleh guna pewarna biru dan letakkan daun lima purut untuk bagi wangi ha.. 
Untuk ulaman
  • any ulam, contoh kacang panjang, taugeh, bunga kantan daun, daun selasih dan sebagainya..mengikut cita rasa korang k? aku tak bape gemar sayur and ulam...huhu
Untuk sambal kelapa
  • dua ekor ikan kembung yang telah direbus dan diambil isinya
  • 1/2 biji kelapa parut dan digoreng tanpa minyak
  • garam dan gula
*Gaulkan bahan-bahan tersebut. Aku beli kelapa goreng yang dah siap je dari market..kalau mahu buat sendiri pun boleh. =)

Untuk kuah tumis (my favourite)
  • 7 ulas bawang merah, 
  • setengah labu bawang putih
  • 3 bawang besar
  • 15 cili kering
  • halia
  • serai (diketuk)
*Blend bahan-bahan diatas kecuali serai. Kemudian setelah minyak cukup panas, tumis bahan-bahan yang telah diblend beserta serai yang diketuk.

*Masukkan air dan masak hingga mendidih.

  • santan
  • asam keping 
  • budu
*Setelah mendidih, masukkan santan dan kacau agar tak berketul-ketul. Kemudian masukkan asam keping dan budu.

*Masak sehingga pecah minyak. Aku suka rasa nya masin-masin sikit dan pekat..hee


Okay..selesai yang main part nya..haa untuk sampingan..(ikut hidangan yang selalu aku buat)
  • ikan celup tepung 
* buat adunan batter dahulu..masukkan telur kedalam bekas berisi tepung goreng Adabi, adunkan dan barulah celupkan ikan tadi sebelum digoreng

  • daging bakar
* daging aku perapkan dengan sos tiram,sos cili, gula dan garam secukup rasa, lada hitam kisar, serbuk ketumbar dan sedikit serbuk jintan manis. 

*Kemudian sedikit minyak,  untuk moist kan daging kita. Perap sekurang-kurangnya sejam. Kalau kurang pun boleh..cuma tak sempat daging nak serap bahan bahan tadi.

* Dan bakar dalam ketuhar atau pemanggang ajaib korang =)

  •  Keropok goreng dan telur asin sebagai pelengkap hidangan aku huaaa sedappp..
hah gambar ni lagi..hehe..aku banyak kali dah buat tapi tak pernah terfikir pun nak
ambil gambar makanan aku..huu maaf tak alert hehe



p/s : tipula kalau aku cakap setiap kali aku masak nasi kerabu, ikut sebiji sebiji dari resepi..mesti ada yang letak and tak letak and terlebih letak.. biasala..first time je skema..pastu, masak ikut hati dan rasa dah .cewahhh

You Might Also Like

3 comments

  1. Sedap nampak nasi kerabu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee tq sis untuk resepi tu. mmg best! especially kuah tumis hehe

      Delete
  2. wahh ! sdap tuh nasi kerabu tumis.. terliur nehh.. kan p bli psar mlam t.. hoho =P

    ReplyDelete

Featured Post

Followers