Cara Menukarkan Pembiayaan Pendidikan PTPTN kepada Biasiswa

1:16:00 PM

Assalamualaikum dan hi ^^

Bulan Disember tahun lepas, aku mendapat khabar gembira daripada pihak
PTPTN atas kelulusan permohonan aku untuk menukar pembiayaan pendidikan PTPTN kepada biasiswa
untuk pelajar yang berjaya mendapat ijazah kelas pertama.
Syukur, alhamdulillah.
Ringan sedikit rasanya apabila sudah bebas dari berhutang.
hihi..



Jadi, kali ini aku nak share pengalaman dan prosedur-prosedur yang diperlukan
untuk mereka yang berjaya dapat first class degree dan ingin memohon
pertukaran.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan :

  • Buat surat rasmi. PERMOHONAN PENUKARAN PEMBIAYAAN PTPTN KEPADA BIASISWA.

sebagai contoh,  macam surat di bawah. Yang ini pun,
aku dapatkan contoh dari rakan-rakan aku yang share.



  • Semak pegawai yang menguruskan pinjaman korang kat sini dahulu, supaya senang korang nak tanya apa-apa dari pegawai tersebut. Emel atau call terus pun boleh.
  • Download dan cetak borang akuan pelajar dan borang permohonan dan akuan penerima bagi pengecualian bayaran balik (pin 6) yang boleh didapati di laman PTPTN.
  • Salinan sijil perakuan program MQR (ini selalunya untuk pelajar IPTS sahaja)
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dan perlu di sahkan di bahagian akademik universiti masing-masing (wajib)
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan perlu di sahkan di bahagian akademik universiti masing-masing (wajib)
  • ** sekiranya, pada skrol anda tiada term 'kelas pertama', macam universiti aku, dekat skrol tak mention first class degree, korang perlu dapatkan surat pengesahan/sokongan dari bahagian pengijazahan universiti masing-masing. 
Contohnya, macam aku, universiti aku memang dah sediakan surat pengesahan/sokongan sewaktu terima skrol ijazah dahulu. Wajib hantar surat pengesahan yang original dan mempunyai cop dan tandatangan dari pegawai bahagian pengijazahan. 

  • Dah selesai semua, susun dan pastikan tak ada yang tertinggal ya. Korang boleh hantar terus ke pejabat PTPTN cawangan negeri ataupun boleh hantar terus ke pegawai yang menguruskan pinjaman korang (check kat link yang diberi di atas tu, emel atau kol untuk tanya macam mana nak hantar terus pada beliau)
Settle ! Korang just tunggu je feedback dari
pihak PTPTN. 
Macam aku, aku hantar melalui PTPTN cawangan negeri
jadi agak lambat sedikit berbanding kawan-kawan yang hantar direct.
Alah..tak lambat mana pun, dalam dua minggu dah dapat jawapan.

Key, good luck ^_^



untuk makluman lebih lanjut, boleh layari laman ini


You Might Also Like

8 comments

  1. nk tnya..biasiswa penuh ker atau pun byar separuh je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. first class degree, biasiswa penuh.. tak perlu bayar ^_^

      Delete
  2. salam , tgk pointer ikut sem / ikut tahun ??? means apply ikut sem ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. keseluruhan sem. bila dh tamat belajar nnti. pngk anda =)

      Delete
  3. first class tu makna nya every sem 3.5 above ke atau cgpa akhir kena 3.5 above?

    ReplyDelete
  4. tak silap saya sekurang-kurangnya 3.7 dan ke atas, untuk title first class

    ReplyDelete

Featured Post

Followers