Review : Skin Food Fermented Pomegranate Whitening Sleeping Mask

9:16:00 AM



Assalamualaikum dan hi ^^

Entry kali ini, aku nak share latest skincare regiment yang aku 
dah apply almost a month dah.
Iaitu Fermented Pomegranate Whitening Sleeping Mask.

Sleeping mask? Mask pun ada untuk waktu tidur juga?
Yeap. Selalunya aku pakai dua kali seminggu, depends jugak kadang-kadang
rajin, tiga hingga empat kali seminggu.
(setakat ini tak ada breakouts yang terjadi, syukran)

Harganya, sekitar RM70 lebih. (tak ingat, lupa resit letak mana)
untuk 100g. 

Amount nak digunakan pun sedikit sahaja, dan pakai pun beberapa kali dalam seminggu.
jadi tak cepat habis, boleh tahan berbulan insyaallah.

Cara pemakaian:

Selepas mencuci muka, dan memakai toner, serta emulsion atau essence, 
sapukan mask ini pada wajah
sambil mengurut secara circular. Kemudian biarkan, dan terus tidur.
Kiranya, bila pakai mask ini, tak perlu pakai krim malam lah ye.


Selama sebulan, aku tak perasan la pula perbezaan ke apa apa.
cuma bangun pagi, and cuci muka rasa 
bersih dan lembut. Kesan memutih itu aku tak pasti
hehe.sebab bila tanya adik,
putih tak?
Dia akan cakap
"Hang nak putih macam mana lagi?"

Aduyaii..hehe aku sebenarnya saja syok syok pakai whitening sleeping mask ini.
Nampak macam best, dan memang best pun.
Wangi buah delima, dan tidak berminyak.
Sesuai dengan mereka yang mempunyai kulit kombinasi macam aku.


A skin-brightening sleeping mask containing arbutin and pomegranate ferment extract forms a protective layer onto skin.
It provides continuous moisturization overnight and suppresses the formation of blemishes and dark spots, making skin look clear and radiant by morning.

Yang best :
*mesra untuk kulit 
* tidak mempunyai bau yang keterlaluan, bau buahan delima
*harga berpatutan dan tahan lama
*tak berminyak
*bangun pagi, basuh muka rasa licin dan lembut

Yang tak best:
** Takat ini belum ada lagi

Nak beli lagi tak? :
Yes ! 

Rate :


You Might Also Like

4 comments

Featured Post

Followers