Wajah Disebalik Nama Estée Lauder

11:42:00 AM

Assalamualaikum dan hi ^^

Kali ini, aku nak share 
tentang seorang wanita yang terkenal kerana namanya
dan produk yang dihasilkan beliau iaitu
Estée Lauder.


Beliau merupakan co-founder ataupun pengasas kepada jenama 
Estée Lauder bersama suaminya
Joseph Lauder.
Antara wanita paling berpengaruh di dunia, beliau dilahirkan 
di New York dan 
berdarah French dan Jewish.

Beliau mendapat ilham dan mula berminat berkecimpung dalam
dunia kosmetik ini apabila terlibat dalam perniagaan ayah saudaranya yang merupakan
seorang ahli kimia dan menghasilkan produk-produk kecantikan untuk syarikatnya New Way Laboratories.

Syarikat Estée Lauder ditubuhkan pada tahun 1935 dan antara produk
pewangi pertama yang dihasilkan ialah Youth Dew, berfungsi sebagai
minyak mandian serta pewangi.

Sehingga kini, produk jenama Estée Lauder merupakan antara yang terlaris
di dunia. Antara kata-kata semangat beliau untuk para wanita yang paling diingati 

"Beauty is an attitude. There's no secret. Why all brides are beautiful?
Because on their wedding day they care about how they look.
There are no ugly women - only women who don't care or who don't believe
they're attractive"
Bagi beliau, tiada wanita yang hodoh di dunia. Kecuali mereka yang tidak peduli dan tidak
merasakan mereka cantik sahaja. 


Hihi..aku tak pernah pun guna produk Estée Lauder ni.
Mana tak nya..mahal kot. Aku ni penganggur jalanan ja..sob sob
Lain orang,lain jenis kulitnya.
Ada kulit mahal, ada kulit apa pun boleh,ada kulit biasa-biasa ja
dan sebagainya.
Kesimpulannya,
As long as, kita rajin menjaga diri kita,
itu pun dah cukup. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Kalau nak lagi cantik lagi, akhlak yang terpuji.
Insyaallah.

Oopss sebelum terlupa,
ini serious. Estée Lauder akan melancarkan produk terbaru.
Kalau nak dapatkan sample percuma dari Estée Lauder
dari kaunter yang terdekat,
boleh register menerusi 
link dibawah.
Masa adalah terhad.

Estée Lauder Free Sample


lepas korang isi form kat link tu, nanti korang akan dapat emel dari pihak
Estée Lauder . Contoh macam kat atas.
Hihi limited time only k.
(sehingga penghujung Januari 2014)


You Might Also Like

6 comments

  1. xpena pakai tp slalu dgr produk ni.. femess..huhu

    ReplyDelete
  2. hihi tu la..famous, classy dan $$ juga la..ngee

    ReplyDelete
  3. humm.. mahal kott.. memang tak makan setahun la kalau nak beli produk dia... baru saya tahu ini rupanya pemilik nama estee lauder.. hihi.

    ReplyDelete
  4. huhu tu la..lalu kaunter dia ja, tak pernah nak p usha. haha memang tao mahal dah hihi

    ReplyDelete
  5. Produk faveret... selalu beli set Estee Lauder masa musim Tahun Baru & Krismas untuk sendiri, mak dan adik perempuan :)

    ReplyDelete

Featured Post

Followers