Top 10 Favourite Romantic Movies (English) - sambungan

12:00:00 PM

Assalamualaikum..

keh, untuk sambungan lagi lima filem romantik paling aku suka are the following below :

  • The Notebook


Filem ini merupakan adaptasi dari novel, juga dari karya penulis terkenal Nicholas Sparks. Filem Dear John pun, kalau korang pernah tonton , pun dari hasil karya beliau. Ryan Gosling dan Rachel McAdams teraju utama filem ni.

Cerita ni pun agak menyentuh perasaan juga..Menceritakan tentang cinta antara dua darjat. Cinta mereka ni kira sampai ke akhir jugak la..Kiranya, memang jodoh diorang untuk bersama cuma terpaksa melalui perbagai onak dan duri..ha..banyak halangan dan tentangan.. 

Namun, paling aku tersentuh bila scene-scene yang terakhir..huu menunjukkan ketabahan Noah untuk menunjukkan betapa cintanya dia kat Allie even sampai akhir, walaupun Allie menghidap penyakit dementia pun ( tak mampu nak ingat perkara-perkara penting), Noah tetap gak berusaha sehingga akhir hayat.. Sedih gak ending dia..touching. Such a sweet story la..


  • Elizabethtown

Okay..kali ni tak sedih sedih dah..cerita romantik comedy plak.. Bintang utama nya, of course the handsome Orlando Bloom dan beautiful Kirsten Dunst. 

Cerita tentang Drew, yang hampir nak bunuh diri disebabkan kerugian hampir satu billion dollar oleh syarikat dia,kena pecat la, kena dumped dengan girlfriend pulak, tapi tak jadi bila dia dapat kol from hometown, minta dia pulang ke kampung nya di Elizabethtown sebab ayah nya meninggal dunia. On the way nak balik tu, dia bertemu dengan Claire..mula lah jatuh cinta pa bagai. Kehadiran Claire ni umpama cahaya la bagi hidup dia yang dah gelap tu..hoho

Namun, dalam syok bercinta tu ada la juga masalah dan persoalan yang timbul. Tapi cerita ni banyak ketawa dari sedih. Nice jugak la for those hopeless romantic to watch =)

  • Letters To Juliette

Next movie yang aku suka ialah Letters to Juliete. Dibintangi oleh cutie Amanda Seyfried dan Christopher Egan. 

Cerita nya tentang seorang gadis Amerika ,Sophie (Amanda Seyfried) yang pergi bercuti di Itali bersama tunangnya seorang chef, Victor..tapi tunangnya even pergi pre-honeymoon pun masih tak fokus untuk bercuti, instead menggunakan masa untuk wat research tentang restoran yang bakal dia buka. 

Dalam tengah bercuti, Sophie menjumpai sepucuk surat yang tak dijawab - letter to Juliete - yang ditulis oleh seorang wanita Inggeris pada tahun 1957 untuk kekasih dia waktu WWII. Surat ni Sophie terbaca waktu tengah melawat satu tempat di mana banyak surat-surat cinta la diletak di Verona's courtyard. Surat-surat ni kebiasaan akan dijawab balik oleh secretaries of Juliet. Macam rakan pena kot aku rasa...hehe 

Sophie, menjawab surat tu dan dalam masa seminggu Claire, si penulis tu, hadir dengan cucu nya Charlie (Christopher Egan). Terus depa saling suka menyukai. Tengok la nanti camna konflik tu berlaku dan ending untuk mereka berdua.. By the way, cerita ni bagi aku unik dan memang romantik la.




  • A Lot Like Love

K...berbalik kepada movie bertemakan romantic comedy..A Lot Like Love dibintangi oleh Ashton Kutcher dan Amanda Peet.

Best dan lawak cerita ni..cinta tarik tali gak..Kisah tentang cinta pandang pertama bagi Oliver (Ashton Kutcher) terhadap Emily (Amanda). Diorang terserempak di lapangan terbang. Oliver bercita-cita nak jadi usahawan internet, dan yakin yang dia akan berjaya, dia minta Emily call Oliver dalam masa enam tahun akan datang untuk buktikan. 

Apa yang menariknya, setiap kali depa bertemu semula, pasti seorang tu senang dan bahagia manakala the other tu mesti tengah dalam kesusahan.. Cerita agak bermakna dari segi usaha yang nak disampaikan iaitu, pasangan yang saling melengkapi dan sentiasa ada bila susah dan senang. Best ! Ashton Kutcher kot...



  • Titanic

Last but not least, among my all-time-favourite.. Titanic.. Rasanya tak perlu kot nak cerita lebih tentang apa yang best kan? Movie ni dah jadi sangat famous dan sangat dikenali..even aku sekolah rendah pun dah tahu tagline 'i jump, u jump' haha.. Cinta antara dua darjat dan cinta sampai hujung nyawa la gak.. 

p/s: That's all untuk top 10 favourite romantic movie aku.. Ada lagi yang best tapi sepuluh ni la yang aku ingat..ingat maksud nya sangat suka la tu.. =) Hargailah orang-orang yang sayang dan hargai kita k.



You Might Also Like

0 comments

Featured Post

Followers