Review : The Body Shop Vitamie E Hydrating Toner dan Vitamin E Moisture Cream

9:29:00 PM

Assalamualaikum dan hi ^^

Segmen review kali ini, aku nak share tentang produk dari The Body Shop,
iaitu Vitamin E Hydrating Toner dan Vitamin E Moisture Cream.




Aku beli dan telah pakai sejak sebulan yang lalu. Time tu sebenarnya tengah cari
kedai Etude House..huu tengok-tengok Etude House dah tutup di area aku tinggal ni. Kalau nak juga, terpaksa menyeberang lak. Jauh dan ketiadaan masa. Sadis gak la, sebab dah target nak
beli apa kan.

Tapi, tak apalah. Singgah di The Body Shop and purchase set Vitamin E treatment ni, 
tapi aku tak beli cleanser dia sebab aku nak remain pakai yang sedia ada dulu.
Aku tak ada toner dan krim untuk daylight, so saja nak cuba yang ini.

Overall, set Vitamin E ni sebenarnya lebih sesuai untuk mereka yang berkulit kering walaupun di krim itu especially, dinyatakan for all skin types. Aku pakai sedikit sahaja krim tu dan sapu lightly di muka. 
Sebab pengalaman pertama aku pakai, huhu agak berminyak kulit aku. 
Untuk penggunaan seterusnya, aku kurangkan pemakaian dan amount yang dicolet pun sangat sedikit, cukup-cukup nak sapu dibahagian berparut dan tidak berminyak. (kulit kombinasi ada certain part yang berminyak dan certain lagi kering).

Untuk tonernya, juga aku pakai waktu siang sahaja. Pakai juga sedikit, sebab takut terlalu berminyak. 
Bila dah pakai, biarkan seketika before sapukan krim untuk optimize kan absorption pada kulit.

Tapi, aku risau juga mampu tak aku nak habiskan sebab aku pakai sedikit sahaja dan toner dan krim masih banyak haha..(aku nak beli Skinfood nye krim sebenarnya huhu..nyesal) Jadi sekarang ini, 
aku pakai kat tangan aku yang berparut sebab kena percikan minyak panas. Hehe..
Ada gak la keberkesanan Vitamin E tu.

Toner nya bebas alkohol. Bau toner dan krim nya seperti losyen Baby Johnson's je. Sweet
Harganya pula, toner : RM 42 manakala krim pula : RM54
Setakat ini aku tak ada alahan lagilah dengan produk ini.

Yang best :
*mesra untuk kulit 
* tidak mempunyai bau yang keterlaluan


Yang tak best:
**Agak berminyak untuk kulit kombinasi. 
**Lebih sesuai dengan mereka berkulit kering

Nak beli lagi tak? :
Tak kot..nak cuba yang lain

Rate :


p.s: aku tersilap pilih sebenarnya..nak beli korean nya skincare target hari itu..sebelum ini pergi beli cleanser
dari The Face Shop..korean..dah Etude tutup. lepas tu singgah The Body Shop..lupa yang ni produk Western haha.. 

You Might Also Like

0 comments

Featured Post

Followers