Chaiyok ! : Doodle Pertama

9:04:00 AM

Assalamualaikum dan hi ^^

Previous post aku ada nyatakan keinginan aku nak hasilkan doodle sendiri
dengan menggunakan adobe Illustrator.

Selama hampir satu setengah jam juga aku study and buat tutorial nak hasilkan 
doodle skating girl. First time kot guna software ni..memang
pening gak. Tapi lama-lama aku makin faham dah serba sedikit 
tools dengan cara penggunaannya serta bermacam lagi.



Dari pukul 10.30 lebih kurang aku buat..ikut tutorial dari
Bagus tutorial ini sebab banyak yang aku dapat aku faham, tapi ada la jugak
beberapa perkara yang aku lost dan aku study dari sini pulak

Dan hasilnya ini, yeay !


Hiii..walaupun tak seberapa comel dan hebat dari doodlers yang lain, 
ngee tapi rasa puas bila pertama kali buat dan nampak gak la
bentuk rupa nya huu..

Aku sebenarnya tak complete lagi tutorialnya, kena wat background and snowflakes bagai.
huu aku stop sebab sudah nak dekat 12.00 lebih. Aku bukan jenis berjaga malam..
Nak jaga awet muda kunun..

Lagipun dah nampak muka orang gak la tu kan hehe

Anyway, this is my beginning and there shall be more i need to uncover.
Sebenarnya adobe Illustrator ni banyak juga kegunaannya, tapi kebanyakkan
tak nak try apply sebab susah.. huu agakla..tapi
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan ?


p/s : banyak lagi cara sebenarnya nak wat doodle, yang aku try ni using basic shapes. Ada juga yang lukis dulu, scan and edit kat illustrator. Hee akan try tutorial-tutorial lain lak insyaallah 

You Might Also Like

3 comments

  1. cantiknya!!! ni kalau first try dah mcm ni, lama2 mesti lagi hebat.. thumbs up!! :)

    http://cikamal.com/ jemput singgah :)

    ReplyDelete

Featured Post

Followers