Shell Hauz Metrocity
12:07:00 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jalan-jalan di Kuching kali ni, nak bawa suami cuba ber'shell out' pula. First time aku makan shell out ni , masa di Bintulu di Seribu Bintang..orang Bintulu kalau sebut Seribu Bintang, confirm tahu.. entry lain , aku akan cerita pula na..hehe
Shell Hauz ni aku google dan waze je .. terletak di Metrocity, Matang ..berdekatan dengan hotel yang kami menginap iaitu Penview Hotel ( murah gila...selesa.. siap ada breakfast lagi for only RM70 per night).
Gamble je kami malam tu..nak cari shell out. Masa sampai tu, first impression restaurant ni ialah, wow...stylo..hehe cantik decoration tema laut. Pelayan nya pun comel dengan attire diorang.
Tengok menu nya, ada macam macam jenis combo..ala carte pun ada. Kami laki bini ni bukan selalu ber'shell out' jadi teragak-agak la nak makan macam mana.
Lastly, kami ambil combo B seingat aku. Harga dalam RM 60+ seingat aku la. sebab aku tambah dua ekor ketam. Combo ni termasuk minuman sekali (no free refill). Boleh tahan la harganya dengan kualiti yang disajikan. Cuma aku frust ketam, comel sangat..nasib ambil dua sahaja sebab mahal la gak kan haha. Sos yang kami pilih, salted butter dan butter sahaja...huuuu sedap sangat.
Suami aku yang mulanya skeptikal nak makan pun , terus jatuh cinta...
Overall, sedap..insyaallah datang lagi kalau singgah di Matang.
0 comments