Review : Skinfood GoldKiwi Toner dan Serum

10:26:00 PM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Antara produk skincare pilihan dari Skinfood yang ingin dikongsikan ialah
dari rangkaian GoldKiwi.

Aku beli asing, toner di outlet nya (sebelum ia berpindah) dan serum pula secara atas talian.
Toner seingat aku, harganya dalam lingkungan RM70+ (dari outlet Malaysia) 
dan serum pula RM 60 + (dari online).

Rangkaian GoldKiwi ini disyorkan oleh promoter di Skinfood sewaktu aku sedang mencari toner yang dapat bantu mencerahkan dan memutihkan wajah. Produk ini dikatakan dapat membantu kerana ekstrak buah kiwi yang kaya dengan vitamin C dan lebih baik jika dibandingkan dengan rangkaian lain.

Di samping itu, produk ini juga mesra kulit serta sesuai untuk semua jenis kulit.



Aku dah gunakan produk ni untuk toner dari awal bulan 1 dan serum pula pada awal bulan 2.
Sepanjang pemakaian, alhamdulillah tiada masalah dalam rutin skincare yang selalu aku jalankan.
Cuma, kesan whitening dan brightening nya tu, aku tak nampak. macam tiada perubahan sahaja, melainkan kulit lembut dan licin. itu je..

Komen penggunaan :
- selepas mencuci, pakai toner kemudian diikuti serum. Setelah itu, boleh oleskan pelembab atau sleeping pack sebelum tidur atau memakai primer atau krim ketika hendak mula bersolek.

Yang best :
  • wangi, bau buahan.
  • serum tidak berminyak, lebih kurang macam emulsion. 
  • Mudah meresap
  • kulit segar dan rasa fresh
  • mesra kulit (depends)
  • tahan lama (depends)
Yang tak best :
  • tidak seiring dengan apa yang ditawarkan. kesan pemutihan dan pencerahan tidak kelihatan meskipun sudah lebih dari 6 bulan pemakaian.

Nak beli lagi tak ? : bergantung. Mungkin nak cuba yang lain pula.

You Might Also Like

0 comments

Featured Post

Followers