Review : The Face Shop Face It Aura Color Control Cream

8:58:00 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ini, aku ada ceritakan tentang promoter The Face Shop promote produk Face It Oil Cut dan CC Cream, jadi segmen review kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman menggunakan Face It Aura Color Control Cream atau CC Cream.
Sebagaimana yang telah aku maklumkan sebelum ini,
harga refill ialah RM79.90 manakala harga CC Cream tersebut ialah RM129.00. Aku beli ni dari outlet The Face Shop di Penang, dekat sahaja dengan rumah.


Face It Aura CC Cream : Untuk menggunakannya, tekan punat dan
krim nya akan keluar dibahagian tengah. Calitkan dengan jari atau gunakan applicator yang disediakan.
 Brightening + Anti-wrinkle + SPF  effect
Creates a "Spotlight Makeup" : turns up the wattage of your skin tone with enhanced skin luminosity
"A Born-color Cream" : just like you were born with a  brighter ,healthier & naturally luminescent  skin!
*12H Long-wearing : with its innovative darkening-proof formula, the makeup is maintained morning-fresh & bright for 12 hours.
*12H Hydrating: promotes Clear & lively skin tone
Super blendable & layerable  texture allows buildable coverage & easy touch ups on-the-go.
Apa beza CC cream dan BB cream?
CC cream atau Color Control Cream, juga dikenali sebagai Color Correcting Cream merupakan suatu perkataan/ terms yang digunakan oleh sesetengah jenama yang bertujuan untuk menambah baik tona kulit yang tidak sekata. Manakala BB cream atau Blemish Balm / Beauty Balm adalah pelembap bewarna yang mengandungi elemen perlindungan dari sinaran matahari. 
Tidak banyak sebenarnya perbezaan, kedua-duanya lebih kurang sama.
Tapi bagi aku, BB cream lebih berminyak dibandingkan dengan CC cream.

Berbalik semula kepada produk ini, setakat ini aku berpuas hati dengan coverage nya serta hasil kemasan juga memuaskan. Boleh dipakai bersahaja, atau dengan bedak compact untuk kesan lebih nyata.
Kalau yang kulit ada tona warna tak sekata, krim ini memang sesuai. Tambahan pula, ianya tidak berminyak dan cepat meresap.

Komen Penggunaan :
- Boleh dipakai selepas toner. 
- Boleh digunakan bersahaja atau beserta dengan bedak compact

Yang best :
  • Good coverage. Krim ini mampu menutup dan menyamarkan tona kulit yang tak sekata.
  • Tidak berketul-ketul
  • Cepat meresap
  • Tidak berminyak pada wajah dan tangan
  • Tahan lama (tidak perlu berulang kali)
  • Kulit lebih cerah
Yang tak best :
  • Harga mungkin agak mahal bagi sesetengah pihak, namun ianya berbaloi dan tahan lama.
Nak beli lagi tak ? : Nak ! Sesuai untuk yang berkulit kombinasi khususnya yang inginkan krim tidak  terlalu berminyak namun memberi kesan finishing yang baik.

You Might Also Like

3 comments

Featured Post

Followers