Baju Raya Sudah Sampai !

8:30:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Raya tahun ini special sedikit, sebab pertama kali aku beli baju tanpa perlu direct ke tailor hehe..
Baju upah tahun ini hanya sehelai sahaja. Yang lain, beli online.
Syukur, tiada masalah yang berlaku dan semuanya fits very well!
Baju upah tahun ini, baru sahaja siap dan kos nya? hehe tahun ni naik lagi harga.
Last year RM65, kali ini RM 70 pula sepasang untuk kurung moden.
Campur dengan kos kain lagi RM60++, menjadikan harga baju upah raya kali ini RM130+.
Itu baru sepasang. Tapi tak apalah, bukan selalu pun buat atau beli baju kurung ni..

Okay, sebenarnya aku bukan nak cerita sal baju upah tu..tapi baju yang aku beli online.
Yang berkrim tu, kurung moden siap ada riben lagi di belakang, dan muat hingga saiz L. Kalau diikutkan, aku ni saiz dalam lingkungan 36 ke 38. Jadi riben dibelakang tu, boleh la di adjust.
(boleh share dengan adik adik lain..kami saiz lebih kurang je)
Baju kurung krim ni nama nya kurung prada lace dan aku beli ni dari Projek Dress Bajet.


Harga? Murah dari baju yang aku upah tu..huhu 
Material nya lace dan chiffon serta full lining. Tak payah tambah beading pun dah nampak okay.
Yang navy blue tu pula, namanya shawl dress.. ala-ala jubah queen.
Yang ini special sikit.. sebab custom made. Aku send ukuran and terus buat sahaja.
Yang ini aku tempah dari rakan Facebook je.
Harganya lebih mahal sedikit sahaja, kalau nak ikutkan dengan lace sequin serta veil chiffon tu kira berbaloi la dengan harganya.


Tak iron lagi hehe..yang biru tu dah basuh sebab lama sampai. Aku tempah sebulan awal.
Yang krim tu baru je sampai beberapa hari lepas, aku beli hari rabu, sampai hari jumaat. cepat la tu kan.
Lepas ni, boleh beli lagi hihi

Tips Pantas : Kalau nak beli secara online, pastikan anda tahu ukuran saiz badan anda. Kemudian, bandingkan dengan saiz yang ditawarkan serta material. Barulah baju itu insyaallah ngam dengan anda. Okay?



You Might Also Like

12 comments

  1. pehhh. baju cantek gilaaa!!!

    macam baju nikah plak yg wane krim tuu..

    baju beli online gak. tp jubah biasa je.. hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kalau tambah beading, bju nikah terus jadi hahaa.. ngee trend sekarang kan jubah ..hee

      Delete
  2. Tadi ade jenguk Dress Bajet ni tapi order dah tutup sebab dah nak raya:(
    Terlambat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..pos laju pun sampai berapa hb tak pasti..kalau delivery before raya..kalau selepas due date, raya ke berapa baru dapat baju..

      Delete
  3. Replies
    1. Memang cantik ! Saya suka kain nya.. rezeki. Sebab ni restock kedua.. hari tu xsempat beli sebab habis..

      Delete
  4. baju yg biru tu mcm kate dress mazlianul maznan...cantekkk

    ReplyDelete
  5. perghh.. cantinyaa.. alala.. wawa x berani nak beli baju onli.. takut terkecik or singkat.. kalau labuh or besar x pe, boleh oter.. hihi.. beraya sakan la ea tahun ni..

    Entri terbaru : Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  6. cantiknya waaaaahhhhhhhhhh! jeles jeles ><

    ReplyDelete
  7. suka sangat baju yang ada lace ni. lawo lawo ^^

    ReplyDelete

Featured Post

Followers