Tips Kecantikan Wanita Korea

10:11:00 AM


Assalamualaikum dan hi ^^

Kenalkan Suzy..dari group Miss A.
Cantik kan ?
Korean people are well-known for their great skin. Flawless.
Memang diakui, ada yang perform plastic surgeries untuk
menjadi lebih cantik. 
Tapi lihatlah kulit mereka, gebu nya !

Apa rahsia nya?

  • Mengekalkan hidrasi kulit 

Minum air yang mencukupi penting serta menjadikan buah-buahan serta sayuran antara menu utama bagi setiap sajian. Orang Korea percaya kulit yang mempunyai hidrasi yang baik dapat membantu menyihatkan kulit. 

Mereka mulakan hari dengan minum air dan membersihkan wajah dengan air sejuk untuk beberapa minit.
Selain itu, mereka juga menghindar makanan yang bergaram (mengandungi sodium berlebihan).

  • Sentiasa mengikut regiment penjagaan kulit iaitu - pembersih, penyegar dan pelembap

Pembersih / Cleanser

Teknik Suzy merupakan antara yang famous dan sering dijadikan contoh iaitu teknik 424.
Bersihkan wajah dengan pembersih berasaskan minyak seperti almond oil,atau coconut oil misalnya selama 4 minit.

Kemudian, bersihkan wajah dengan pembersih foam selama 2 minit dan akhir sekali,
bersihkan wajah dengan air selama 4 minit. Mulakan dengan air suam kemudian air sejuk pula.

(baru aku perasan, direction dari Skinfood nye cleanser pun macam ini jugak, bersih dengan air suam dan diikuti air sejuk. Untuk menutupkan kembali liang yang terbuka)



Penyegar / Toner

Orang korea tidak menggunakan cotton pad ketika memakai toner tetapi menggunakan hujung jari untuk penyerapan yang maksimum.

Pelembap / Mosturizer

Sapukan pada muka dengan membuat urutan ringan.

  • Kaedah exfoliation (scrub) dan pemakaian mask

Scrub dilakukan antara 1 hingga 2 kali seminggu untuk membuang sel-sel kulit mati.
Routine mask pula terbahagi kepada dua iaitu cleansing mask dan nourishing mask sekali seminggu.

Song Hye Kyo, yang famous dalam siri Autumn in My Heart, gemar membuat masker sendiri dengan menggunakan putih telur dan madu.

Aku pernah gak buat, bertahan dua minggu je sebab spare dalam fridge. Bila dah habis, tak sambung  prepare lagi. Huu tak sempat. Nanti nak buat lagi. Best!


  • Tidur yang secukupnya

Sekurang-kurangnya 6-8 jam waktu untuk tidur adalah baik untuk kesihatan kulit.

  • Senaman wajah

Antara yang selalu dilakukan warga Korea iaitu 'Ma Me Mi Mo Mu' dan diulang sebanyak 10 kali.

  • Pemakaian make-up yang ringan dan tidak berat

Bagi wanita Korea, "less make up, more skincare" .Skin care products mereka ada yang sehingga 10-20 jenis untuk setiap hari, khusus untuk penjagaan kulit. Betapa mereka memandang berat terhadap penjagaan kulit, bukan ?

A'ah..kalau perasan, aktress korean kebanyakannya tak memakai heavy make up pun..
paling koman (lekeh), cuma kenakan eyeliner, lipstick  dan blusher je. 

More:
**kalau sudi, klik button donate ye..tq**


You Might Also Like

9 comments

  1. hihi sila ^_^ saya pun tgh cuba cuba praktis air sejuk tu hehe

    ReplyDelete
  2. this is true..sy dah stop pkai mekap utk 2bulan & skg ni pkai produk pembersih, penyegar dan pelembap ja.. x elok guna kimia tebal2 tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap, betul tu..back to basic ..natural always the best even though memang time consuming =)

      Delete
  3. Wow, saya teringin nak buat masker telur tu tapi tak tahan dengan baunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mungkin awak boleh tambah lemon ke strawbery bagi ada fruity smell.. hii saya suka campur dengan bahan lain jugak. =P kalau xpun, kadang saya guna jelly aloe vera ^_^ dan yogurt asli

      Delete
  4. info yg menarik. hoho. kulit diorg memang flawless hihi. kulit idaman semua tu ;)

    jom blogwalking ke blog saya http://beautifulcherryblossom.blogspot.com/

    kalau nak follow pun no problem :). saya baru follow awak.
    salam perkenalan
    Nabihah

    ReplyDelete
  5. patutlah diaorang cantik-cantik dan gebu gebas yee..hehe

    Nak follow suzy boleh x?

    http://vitaminboutique.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. patutlah mereka semua cantik2 kan.

    ReplyDelete

Featured Post

Followers