Cara Penjagaan Untuk Kulit Berminyak

2:13:00 PM


Assalamualaikum dan hi !

Kulit yang berminyak sememangnya satu perkara yang sangat ingin dihindari. Ada tak yang nak
kulit berminyak? tak kan..Peluang nak dihinggapi jerawat tumbuh memang sangat tinggi bagi
kulit berminyak.




Tapi, apa sebab kulit jadi sangat berminyak?
Kulit berminyak adalah disebabkan terdapat kelenjar yang terlebih aktif mengeluarkan bahan yang
dipanggil sebum. Sebum ni sebenarnya bahan pelincir kulit yang natural dan sihat, tapi bila dikeluarkan secara
berlebihan, itulah yang menyebabkan kulit jadi berminyak.

Jangan risau, seperti yang pernah aku share dulu, kandungan minyak dimuka pun
penting gak untuk keanjalan kulit.
Maksudnya, tak semesti kulit jenis berminyak tak baik, cuma
perlu dijagalah supaya musuh utama wajah iaitu jerawat tak tumbuh. =)

Jenis kulit berminyak sebenarnya, mempunyai kecenderungan yang rendah atau lambat nak mengedut / less wrinkle berbanding kulit jenis lain.

Individu yang mempunyai kulit berminyak, kebiasaannya liang pori nya besar dan perlulah kita pastikan
liang-liang tersebut tidak tersumbat.
Pakai makeup tu, kenalah rajin rajin guna makeup removal dan cuci muka sebersih-bersihnya
untuk mengelakkan masalah liang pori tersumbat ni.

Disini aku ada beberapa tips dan cara penjagaan untuk kulit berminyak :

  • Gunakan cleanser yang bersesuaian dengan jenis kulit berminyak. Setiap produk ada bahan-bahan yang tersendiri dan memang khusus untuk jenis kulit berbeza. Contoh, produk untuk kulit kering , tidak boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Sebab kandungan pelembap yang ada dalam cleanse for dry skin adalah tinggi dan tak sesuai untuk kulit berminyak. 

  • Bersihkan muka dua kali sehari dengan cleanser, pagi dan sebelum tido sebolehnya. Basuh terlalu kerap pun tak bagus juga sebenarnya, unless berpeluh.

  • Untuk produk pelembap, pilih yang berasaskan air atau bebas minyak dan jauhi krim dan kandungan pelembap yang sangat tinggi.

  • Untuk kosmetik, bedak asas atau foundation misalnya, pilih berbentuk gel, liquid ( water-based) atau powder. Lagi bagus, tengok produk yang ada label noncomedogenic kerana ia mengandungi bahan yang takkan menyumbat pori.

  • Seminggu sekali, buat rawatan scrub untuk membuang kotoran serta membersihkan liang pori. Boleh cuba homemade nya scrub. 

  • Last but not least, banyak kan minum air dan always remember to remove cosmetics before tidur..Ha! jangan gatal picit jerawat gak ya ;-)

harap dapat membantu !




p.s : nanti aku update lak resepi scrub homemade nye

Special :
Misteri TWY? Typo atau ada makna lain disebaliknya..

Sumber :

You Might Also Like

3 comments

  1. hey babe! nampak blog u kat Blogger Zone fb group ;) I dah followww uu, hehe, boleh follow i pon? :-) www.yandrasap.blogspot.com

    ReplyDelete

Featured Post

Followers