Group Discussion : Alternatif Untuk Guru

9:00:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Tamat sudah khidmat sebagai guru ganti. 
Alhamdulillah, sepanjang empat bulan lebih di sekolah yang sama, 
banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang ditimba.
Boleh dijadikan sebagai persediaan, sebagai guru sebenar nanti hihi..insyaallah.
Pelbagai subjek yang pernah aku ajar, contohnya Matematik, MPV Automotif, Kemahiran Hidup,
Pendidikan Moral, ICTL, Geografi dan sebagainya. Namun tak dapat lagi peluang mengajar biologi atau sains huu..subjek major sewaktu di universiti dulu.

Hee, tapi aku bersyukur dengan peluang yang ada ni.
sedikit sebanyak dapat bantu aku belajar juga cara nak mengajar subjek lain.
Different subjects ada different approaches.

Untuk guru ganti seperti aku, kadang-kadang tak sempat nak study habis. Kelas esok, tapi kita tak sempat khatam lagi ni. Apa nak buat ??

Ha, apa yang aku pernah buat ialah dengan mengadakan group discussion.
Tapi sebelum tu, kena la juga baca sikit supaya dapat tahu apa yang perlu murid kuasai.
Lepas tu, cari bahan untuk pengajaran.
Bahagikan topik-topik kecil kepada beberapa kumpulan, tak perlu banyak-banyak sebab nanti tak cukup masa untuk rumusan dan latihan ha..

Namun demikian, kita kena kenal pasti dulu kelas tu murid-muridnya macam mana..hee
boleh ke tidak beri komitmen kalau kerja berkumpulan ni.
Untuk kelas yang aku rasa tidak boleh beri 100% kerjasama berpasukan, aku buat pairing sahaja dan tajuk yang diberi pun ringkas sahaja. Janji mereka dapat faham apa yang perlu dibuat.

Okay, selalunya lepas perbincangan kumpulan, aku akan minta pelajar (wakil tapi semua ahli akan dapat giliran) untuk membentangkan dapatan mereka ke kumpulan-kumpulan lain.
Sebab tu, topik yang diberi tidak terlalu berat atau banyak.

Selesai bentang, mereka perlu buat peer evaluation di mana, mereka akan menilai kumpulan-kumpulan yang membentang pada mereka. hee..
dan last sekali, aku akan buat rumusan dan beri latihan untuk pastikan objektif pembelajaran yang aku tetapkan pada hari itu, tercapai.

Insyaallah.


Kalau ada sharing atau tips lain, boleh komen-komen di sini :)


You Might Also Like

5 comments

  1. subjek mpv automatif tu macam berat je?sekolah teknik ek?kalau akak memang tak mampu kalau suruh jadi cikgu ni..huhuhu

    ReplyDelete
  2. aktiviti gini lagi better berbanding cikgu baca buku anak murid dengar... allah.. jenuh nak bukak mata. lg2 sejarah.. ihihih

    ReplyDelete
  3. Ok..kelas atas mmg very gud buat mcm nie. Klo kelas bawah, kelas lemah, diorg xmau buat. Itu yg akk alami setiap tahun =.='
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tu la kak bergantung .. kelas belakang susah nak bagi komitmen..banyak main, mungkin ley buat games dan ajar yang basic dulu kan. mungkin? selalu macam mana sis handle ya ? hee ley sharing

      Delete
  4. ina sebagai pelajar mmg suka buat group discussion ni.. lagi ingat hehe

    ReplyDelete

Featured Post

Followers