Goodbye 2014 !

12:30:00 PM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahun 2014 bakal melabuhkan tirai.
Sepanjang tahun ini, banyak kenangan pahit mahupun manis yang ditempuh.
Rakyat Malaysia khusunya, pasti akan mengingati tahun 2014 sebagai tahun yang penuh dugaan.


Bermula dengan tragedi di Lahad Datu yang masih kita perlu berjaga-jaga, musibah yang menimpa terhadap dua pesawat MAS dan yang terbaru tragedi pesawat AirAsia serta banjir besar yang melanda di beberapa negeri.
Allahurabbi..dugaan yang memerlukan kita bersatu padu di kala susah dan senang serta mengingati kekuasaan yang Maha Esa. Dia lah berkuasa ke atas segala sesuatu.

Semoga tahun 2015 yang akan tiba ini, menjadi suatu peluang untuk kita rakyat Malaysia bergerak serta merubah ke arah kebaikan. Insyaallah.

Tahun 2014 bagi diri ini, telah mengajar erti kesabaran.
Sabar dan sentiasa memohon kemudahan daripada Nya.
Biarpun hampir setahun lebih, tidak mendapat rezeki untuk berkhidmat secara tetap.
namun Allah telah mengurniakan rezeki menjadi guru sementara di beberapa buah sekolah.
Alhamdulillah! pengalaman yang sungguh bermakna.
Bertemu dan berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia telah membuka mataku tentang kehidupan bekerja. 

Kerja sebagai guru ganti ni, gajinya diberi mengikut hari bekerja.
Kalau tak pergi sekolah atau cuti, maka tiadalah gaji untuk hari itu.
First time, aku bekerja. 
Dulu lepas SPM, duduk di rumah je..
Mak ayah tak berapa galakkan bekerja.
Jaga rumah, jaga adik-adik je.
Masa tu, diorang pun sekolah rendah lagi.

Sekarang dah habis universiti, kena lah cari pengalaman bekerja :)

Tahun ini juga, banyak kawan-kawan yang telah mendirikan rumahtangga. Ada yang bakal menimang anak juga tak lama lagi. Tumpang seronok untuk mereka.
Hee..jodoh aku belum tiba lagi.
target nak kerja dulu..
Nak berbakti kepada ibu bapa insyaallah.
Anak sulung lah katakan..

Moga tahun 2015 ni, menjadi tahun baru untuk aku memulakan kerjaya insyaallah..
dengan izin dan rezeki daripadaNya

You Might Also Like

13 comments

  1. InsyaAllah ten! apa2 pon yang berlaku semua takdir Allah. mengenai soal rezeki dan jodoh, insyaAllah Allah tu Maha Kaya Maha Pengasih Maha Pemurah. Always put 1001% trust on Allah then He will grant you based on our need. Allah...

    ReplyDelete
  2. tahun ni mmg tahun yang penuh dugaan dan ujian...
    mula2 kite diuji kehilangan MH370 .. kemudian MH17.. kemudian banjir yang teruk pula melanda...
    dan baru2 ini tentang kapal terbang airsia.... hani mendoakan supaya awk sentiasa dilimpahi rezeki.. dan berjaya dgn kerjaya yg awk ceburi ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin insyaallah..terima kasih..sama sama la kita :)

      Delete
  3. tahun 2014 tahun yg pling byk dugaan dn buat mnusia tersedar.. smoga 2015 nnti lebih baik dripd tahun nie.. :)

    ReplyDelete
  4. Insyaallah kak, ada jodoh tu heheheh! selamat tahun baru ye kak :) semoga impian akak tercapai ♥♥

    ReplyDelete
  5. 2014, tahun yang banyak bagi pengajaran buat kita semua. tutup buku lama, bukak buku baru. all the best for 2015! semoga tercapai apa yang dihajati. ^_^

    ReplyDelete
  6. Hehe byebyebye. Mulakan dengan semangat baru Iola :D

    ReplyDelete
  7. Parent anis pun tak galakkan kerja lagi tapi nak sangat sbb boleh dapat duit hehe

    Selamat tahun baru

    Jemput join bloglist Anis
    http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/12/segmen-bloglist-januari-2015-by-anis.html
    Terima kasih

    ReplyDelete
  8. semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun yg sebelumnya.. all the best utk 2015. :)

    ReplyDelete
  9. banyak duka tahun 2014.. tapi kena redha semuanya ketentuan ilahi.. semoga tahun 2015 lebih membahagiakan dan membawa banyak rahmat-Nya

    ReplyDelete

Featured Post

Followers