The Return of Superman !
2:00:00 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pernah tengok tak series realiti korea The Return of Superman?
Aku pertama kali menonton di KBS World.
Omoooooo...sangat sangat cute.. first time tengok terus fell in love with those cute and adorable kids with their dads !
Ada empat famili, but this series lebih menjurus hubungan dan aktiviti antara ayah dan anak-anak.
Super cool..super awesome..menarik hee banyak adegan lucu..ye la..kanak-kanak kan macam macam karenah dan ragam. seronok tengok macam mana ayah mereka layan waktu ketiadaan ibu mereka.
Kembar tiga..tapi tak seiras. Daehan, Minguk dan Manse. Ayah mereka pelakon manakala ibu mereka hakim kalau tak salah. Antara ketiga ni, Manse nampak berani sikit, Daehan rasanya manja suka nangis dan tak nak lepas dari ayah. Minguk ni medium, lembut dan pandai ambil hati.
Paling tak tahan satu scene tu, dia bangun pagi, baju senget ke tepi..ayah dia pelik, tanya "kenapa seksi ni?"
haha..tak jumpa gambar nak tunjuk. Ada masa tu..tiga-tiga nak ayah dia dukung...nasib baik la ayah nye kuat haha..adoi
Yang ni pula kembar dua, Seo-eon dan Seo-jun. Ayah nya pengacara manakala ibunya florist.
Yang ni pun comel..bijak. Ada sorang tu tak pasti yang mana suka nangis, yang seorang lagi nampak independent :)
Ayah dan anak paling sporting. Sarang namanya.. Anak kepada pasangan peninju dan model.
Suka tengok. Memang chemistry ayah dan anak perempuan tunggalnya ni. Dua dua kuat makan juga haha.
Ada sekali tu, ayah dia macam nak marah juga kot entah la sebab Sarang g cium budak laki mana tah. hehe
Yang ni pula Lee Ha-ru.. anak kepada rapper dan pelakon...Ha-ru ni macam spoil princess juga la..tah kalau tengok. pening juga ayah dia nak melayan. Ha-ru sangat suka kan rubber duck hee
kalau korang nak tonton online, boleh refer dekat blog Mellya :)
6 comments
hahaha kat sini pon depa rajin tngok return of superman ni. tp ak belom lg. dok layan abnormal summit ja.
ReplyDeleteWaaa tak pernah dengar g..hee nanti nak usha gak !
ReplyDeleteRancangan favourite Cik Mimie setiap petang ahad memang tak miss tgk cerita ni..dari dorang kecik sampai skrg ni..memang best sangat :) sarang paling comel suka muzik, nyanyi n menari :) jgn lupa tau tgk setiap ari ahad dekat KBS tu :)
ReplyDeleteanyonyonyo.. tak ikut sangat rancangan ni tapi tengok la jugak kekadang. suka si haru..!!! ngade hahaha
ReplyDeletesebelum ni dok layan appa eodiga ja. cerita ni tak pernah lagi layan. nak kena cari mood baru boleh layan. hehe
ReplyDeleteTak pernah tgk..
ReplyDeleteTapi, Siyes tomei..
Macam akak n anak-anak pulak
..
Sebab 3 orang boys..