­

Review : Sanface Skin Tightening Sandal Glow Pack

9:00:00 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Previously, aku ada mention tentang voucher dari Luxola bernilai RM50.
Jadi, apa yang aku beli?
hihi..memperkenalkan Sanface Skin Tightening Sandal Glow Pack.
Sebenarnya dah sampai lama dah..and dah pakai banyak kali, tapi lambat nak share dengan korang.


Produk jenama daripada Just Herbs ni berharga RM48 sahaja dan luckily free delivery.
( yang best tentang Luxola ni ialah free delivery for purchase of RM40 and above..hihi best kan? )
Produk Just Herbs yang berasal daripada India sememangnya dikenali dengan produk natural dan bebas bahan pengawet.


Benefits
  • Contains certified organic fenugreek, Aloe Vera juice and vegetable glycerine
  • Free from petrochemicals, parabens, SLS/SLES PEG/PPG, Genetically modified ingredients(GMO) and other synthetic ingredients

Bahan asasnya ialah fennel (jintan manis) dan sandalwood (kayu cendana..kalau tak silap).
Bau sangat ketara..aku tak pasti sama ada disebabkan fennel atau sandal, tapi apa apa pun okay je tak memeningkan pun haha..tapi obvious smell la.

"Pamper your skin with this lifting and firming mineral mud mask. Infused with powerful age control nutrients, it tones and revitalizes the skin for a youthful, radiant look. The detoxifying and purifying action of the mineral clays coupled with the rejuvenating effects of fennel and trigonella seeds, visibly tighten the skin and give it a natural glow, while sandalwood has antioxidant properties and helps to soothe sunburn."
Produk ini menawarkan pemulihan kulit yang terkena sunburn, beri kesan keremajaan serta membantu menghasilkan kulit yang glowing gi tu..hehe 

Apa komen aku tentang produk ni?

Cara penggunaan produk ni mudah sahaja. Macam bedak sejuk. :)
Senang dan praktikal sebab kalau dah biasa pakai bedak sejuk tu, yang ni pun sama je.
Kesan? Dari segi pemutihan atau glowing tu, tak begitu ketara tapi rasa lebih segar kulit wajah.
Normally aku pakai 2-3 kali seminggu (kalau rajin kadang-kadang lebih). 
Tak mengeringkan kulit dan kulit juga kurang berminyak.

Nak repeat lagi ?

Boleh je, hee tapi rasanya macam nak cuba produk lain dari Just Herbs pula.
First time guna, rasa best juga. Lagipun, ia mengandungi bahan-bahan organik terpilih serta bebas daripada bahan petrokimia, parabens dan sebagainya :)

Boleh visit Luxola :)

You Might Also Like

1 comments

  1. Kalau dah umo nak masuk 32 ni boleh nampak remaja balik x?
    Hahaha...

    ReplyDelete

Featured Post

Followers